Bayangkan, dengan hanya amalkan asam gelugor atau asam keping yang sering kita gunakan sebagai bahan masakan boleh membantu untuk kita sihat. Siapa sangka, hanya rendamkan asam keping ini, bantu memberikan kesihatan tubuh badan yang baik.
Sebagaimana yang dipaparkan oleh puan Amalina Ahmad Daud yang berkongsi tip kesihatan yang hanya menggunakan asam keping yang diperolehinya daripada perkongsian founder Suzy honey .
Semalam sebaik sahaja saya dan suami keluar dari kawasan kampung kami sempat singgah di Bukit Besi , Dungun. Kami lepak dan menikmati moreh di kawasan sekitar situ. Bertemu dengan seorang kenalan lama suami saya yang di panggil Pak Din.
Kami duduk minum air semeja. Rupanya Pakdin merupakan Pengamal Perubatan Alternatif. Wah…ini menarik lagi minat saya untuk bersembang lagi lama.
Pak Din ada 4 orang anak. 3 perempuan 1 orang lelaki. Kesemua anak anaknya berjaya. Menjadi pengurus besar di Petronas dan menjadi Pilot juga doktor.
Saya bertanya kepada Pak Din ,
“Pak Din , anak PakDin yang menjadi doktor itu macamana ? Dia menyokong tak perubatan alternatif ini?”
Ads
Jawab Pak Din ” Ya mestilah. Anak saya yang itu banyak merujuk kepada saya ”
Wah…hebatnya ! Saya kagum dengan PakDin. Bila saya bercakap dengan PakDin ini mengingatkan saya kepada Tok Guru saya dalam Perubatan Melayu iaitu Dr. Abd Ghani bin Husain. Bila Pak Din menyebut bilangan jenis pokok pokok herba dan prinsip perubatan ini yang sama seperti saya pelajari. Bila bercakap bab jantung bagaikan saya bercakap dengan doktor.
Pak Din seorang yang sangat merendah diri dan beliau sempat memberitahu saya antara penyakit yang beliau rawat ialah sakit jantung, kanser juga strok. Jangan terkejut PakDin ini sudah keluar merawat ramai pesakit hingga keluar negara.
Sempat beliau memberi saya satu kaedah untuk merawat masalah darah pekat yang merupakan salah satu punca masalah kepada penyakit penyakit kronik.
Ads
Caranya :
Ambil sekeping asam gelugor. Di basuh bersih dan masukkan kedalam 1 gelas air panas. Kemudian di tutup dan dibiarkan selama 2 jam. Baru diminum.
Ads
Asam keping yang digunakan tadi ambik di simpan dalam peti dan esoknya boleh digunakan lagi. 1 keping boleh diguna pakai sebanyak 3 kali/3hari.
Minum setiap hari berturut turut sehingga selesai masalah yang di hadapi. Selepas itu pergilah check di klinik atau hospital samaada ada perubahan atau tidak!
Sambil PakDin tersenyum….
Alhamdulillah
Terima kasih banyak Pak Din kerana berkongsi ilmu. Sebenarnya banyak lagi yang di kongsikan. Ada kelapangan masa saya akan kongsikan lagi ya.
*Saya kongsi dari founder Suzy honey
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai wanita tertanya-tanya, betul ke tak boleh minum teh masa haid?
Ada yang kata boleh, ada yang kata tak elok. Jadi, jom kita dengar penjelasan daripada Dr. Zubaidi teh mana yang baik, teh mana yang patut dielakkan ketika datang bulan!
Kesan Minum Teh Ketika Haid
Sebenarnya tidak ada larangan untuk minum teh semasa haid, tetapi ia bergantung kepada jenis teh dan kesan individu terhadap tubuh.
Contoh teh herba (seperti chamomile, peppermint, atau ginger tea) membantu melegakan kekejangan, kembung, dan rasa tidak selesa.
Chamomile tea, khususnya, mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.
Teh hijau pula kaya dengan antioksidan dan boleh membantu mengurangkan kelesuan atau keletihan.
Namun cuba elakkan teh berkafein tinggi (seperti teh hitam atau teh oolong) ketika haid.
Ini kerana kafein boleh meningkatkan dehidrasi dan menyebabkan kekejangan lebih teruk pada sesetengah individu.
Kafein juga boleh meningkatkan kegelisahan atau perubahan mood.
Elakkan juga teh yang terlalu manis. Gula tambahan boleh menyebabkan kembung atau membuat simptom haid lebih ketara.
Jadi secara umumnya, teh herba adalah pilihan terbaik semasa haid kerana sifat menenangkannya.
Namun, teh berkafein tinggi mungkin tidak sesuai jika puan sensitif terhadap kafein.
TAMBAHAN INFO: MAKANAN UNTUK HAID YANG BAIK UNTUK DIMAKAN
1. AIR MASAK
Minum banyak air masak semasa datang haid amatlah penting. Kekal terhidrat boleh mengurangkan peluang anda untuk mendapat sakit kepala dan dehidrasi yang merupakan gejala normal ketika haid.
2. BUAH-BUAHAN
Buah-buahan yang kaya dengan air seperti tembikai dan timun adalah bagus untuk kekal terhidrat. Buah-buahan manis boleh membantu mengekang keinginan gula dalam badan. Tanpa perlu makan banyak gula halus yang boleh menyebabkan paras glukosa meningkat dan menurun.
3. SAYURAN BERDAUN HIJAU
Merupakan perkara normal apabila mengalami penurunan tahap zat besi semasa haid, terutamanya jika aliran haid anda banyak. Ini boleh menyebabkan badan keletihan, sakit badan dan pening.
Sayuran berdaun hijau seperti kangkung dan bayam boleh meningkatkan tahap zat besi dalam badan kerana kaya dengan magnesium.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi, dan yang seangkatan dengannya.
Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah haemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL.
Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
Anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya.
Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalan jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu, hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.
Sebagai salah satu usaha menambah jumlah darah ini pastinya melalui pengambilan makanan yang tepat. Mari kita lihat senarai makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia.
1. Daging merah
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. Barulah boleh tambah darah!
2. Brokoli
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.
3. Pisang
Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.
4. Kekacang
Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia dan bagus untuk tambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.
5. Hati
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.
6. Bayam
Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.
7. Kerang
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.
8. Telur
Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Bagus untuk tambah darah.
9. Oat
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat. Walaupun tidak sesuai dengan tekak kita, cubalah telan sedikit untuk kebaikan kita sendiri. Mahu tambah darah kan? Kenalah makan sesuatu!
10. Buah delima
Makanan tambah darah yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
11. Madu
Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan. Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, bukan yang tiruan dan diletakkan gula.
12. Kurma
Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.
13. Kismis
Untuk tambah darah, sambil-sambil duduk berehat, boleh kunyah buah kismis. Untuk pengetahuan, buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.
Elakkan kafein dan makan zat tambahan
Menjaga jumlah haemoglobin dalam darah sangat penting kerana ia melibatkan janin yang dikandung. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Di samping itu, hindarilah makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium sebelum tidur agar dapat tambah darah.
Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya akan diberi pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik semasa pemeriksaan antenatal untuk tambah darah. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan ini berserta vitamin C agar lebih mudah diserap. Contohnya makan pil zat besi bersama dengan air jus buah-buahan. Elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas makan ubat atau ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
Semoga ibu hamil dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar dari gejala anemia. Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. Rujuklah kepada pakar sekiranya berasa letih dan tidak bermaya.
Dengarlah nasihat doktor dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini. Yang penting, elakkan makanan yang dilarang semasa mengandung.
Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan. Fikirkan tentang kesihatan anda dan bayi anda.
Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Ibu-Ibu pula bukanlah banyak masa nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Kami kongsikan cara mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Bahan-bahan:
1 penutup Cecair Pelembut Pakaian
Span
Cara Membuat:
Basuh kipas terlebih dahulu hingga tiada habuk.
Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.
Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.
Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.