Asam Pedas Ayam Kuah Nak Lagi Kaw, Rupanya Kena Ada Kerisik. Resipinya Wanita Ni Kongsikan!

Share

Asam Pedas Ayam Kuah Nak Lagi Kaw, Rupanya Kena Ada Kerisik. Resipinya Wanita Ni Kongsikan!

Tentu ramai antara kita biasa masak asam pedas ikan pari atau asam pedas ikan kembung dek kerana rasa hidangannya yang lazat. Malah ada juga yang sanggup mencari asam pedas tersedap dengan berkunjung ke Melaka mahu pun ke negeri  Johor untuk mendapatkan makanan yang popular ini.

Pun begitu jika selama ini anda biasa menikmati asam pedas ikan apa kata kali ini anda mencuba sendiri kesedapan rasa Asam Pedas Ayam pula. Resipi penyediaannya sama sahaja cuma perlu ada kerisik untuk memastikan kuah asam pedas lebih padu rasanya.

 

 

Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie dan bolehlah dicuba.

Bahan-bahan Asam Pedas Ayam
½ ekor ayam

Bahan kisar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sdb Lada hitam
15 tangkai cili kering
Belacan sebesar separuh bola pinpong

Bahan lain
1 batang serai
1 sdb kerisik
Asam jawa sebesar bola pinpong
Bendi
Tomato
Daun kesum

 

 

Cara Penyediaan:

Bahan yang kita kisar halus tu kita tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah di ketuk. Tumis 2 atau tiga kali dengan menambah air sedikit.

Hasil dari menumis berulang kali akan membuatkan kuah asam pedas kita lebih sedap dan warna lebih menarik. Ini hasil dari 3 kali menumis. Setiap kali kering tambah sedikit air dah tumis sehingga pecah minyak. Begitulah berulang ulang kali.

Masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Kacaukan rata biar ayam kita mengecut.

Masukkan Kerisik dalam ayam kita tadi. Kerisik ni buat asam Pedas kita lebih istimewa. Warna lebih cantik dan rasa lemak manis yang tersendiri. Sedap oi.

Masukkan air asam jawa. Barulah cukup rasa masam, manis dan pedas lauk kita hari ni. Masukkan air 3 cawan atau ikut kepekatan yang dikehendaki. Biarkan mereneh sampai mendidih.

Bila ayam sudah empuk masukkan bendi dan tomato.

Jangan lupa masukkan juga daun kesum. Kalau takde tak payah bubuh. Tapi kalau ada uishhh memang mantul baunya. Bubuh seikhlas hati ye. Perasakan dengan garam dan gula sesuai selera. Matikan api.

Tadaaaa dah siap asam Pedas Ayam kita. Meriah uiii, bau dia memang harum semerbak.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN