Kebiasaan mak-mak akan menegur anak-anak terlebih dahulu sebelum sampai ke rumah orang, jaga tingkahlaku dan jangan nakal-nakal. Tetapi… nasihat tinggal kenangan apabila rumah yang dikunjungi itu ada ‘geng’ anak untuk bermain. Maka mereka pun naik ‘sheikh’ lah ikut sama berlari-lari.

Bila dah begitu jadinya, ibu ayah tak boleh nak buat apa lah. Nak dimarah anak, depan orang tak manis pula kan? Tetapi, tunggu sahaja ada kesempatan untuk tarik anak ke tepi, ‘selamat’ lah anak tu untuk kena ‘tazkirah’ dengan mak!

Seperti yang berlaku dalam video yang dimuat naik seorang pengguna Tiktok ini, hanya dengan tanda isyarat mata yang diberikan cukup memahamkan anak untuk duduk diam-diam dan tidak anjak bermain lagi.

Ads

‘The power of mak-mak Asian‘, cukup hanya mengetap bibir sambil membuntangkan mata dengan riak wajah garang, anak gadisnya terus duduk diam-diam tanpa membuat perangai lagi. Sesudah itu, si ibu menukar semula mood tadi dan sambung bertahlil seperti biasa.

@aisyah_ariffin♬ Venom – Music From The Motion Picture – Eminem

Ads

Netizen tak pernah tak lawak! Meninjau di ruangan komen, ada yang meniap mungkin akan ada episod sambungan bila dalam kereta nanti. Malah, ada juga yang mengakui ibu mereka turut membuat cara teguran yang sama.

Ads

“Asian Parent Silent Treatment” -Cara Mak Ini Ketap Bibir Buntangkan Mata Kat Anak Curi Perhatian Orang Ramai “Asian Parent Silent Treatment” -Cara Mak Ini Ketap Bibir Buntangkan Mata Kat Anak Curi Perhatian Orang Ramai “Asian Parent Silent Treatment” -Cara Mak Ini Ketap Bibir Buntangkan Mata Kat Anak Curi Perhatian Orang Ramai

Sumber : Aisyah_Arifin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI