Asyik Beli Je, Buat Sendiri Mee Telur Guna 3 Bahan Dah Sedap. Tak Perlu Guna Mesin Mee Pun Dah Jadi!

Share

Biasanya kita beli mee di kedai untuk buat hidangan minum petang bersama keluarga.

Apa kata kali ni, kita buat sendiri mee. Mee paling mudah adalah mee telur yang hanya menggunakan tiga bahan aje.

Rasanya memang fresh! Untuk buat mee tak perlu guna mesin pemotong mee, guna aje pisau yang dipotong secara menegak.

Enak dimakan bersama sup serta cili! Jom ikuti resipi ni.

Mee telur (Homemade egg noodles)

Sekali sekala merasa buat mee sendiri, alang² kita share kt sini.


Cuma guna 3 bahan je: tepung gandum, telur ayam dan garam. Cuma penat sikit bila nk menguli. Kemudian, dimakan bersama sup ayam dan chili oil.

Resepi boleh rujuk setiap gambar ya.

1 cawan tepung gandum 1 biji telur ayam Secubit garam halus – Gaul sehingga menjadi sebentuk doh. – Sekiranya perlu, boleh masukkan sedikit air.
Doh yg pertama akan jadi seperti ini. – Biarkan seketika selama 30 minit di dalam peti. – Pastikan doh dialas kain atau bertutup.
Doh td dikeluarkan dari peti, kemudian diuli lagi sehingga doh menjadi pejal. – Masukkan semula ke dalam peti dan biarkan selama 15 minit.
Setelah itu, keluarkan doh dan uli. – Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit. – Leper dan canaikan doh sehingga nipis seperti kain.
Jadi seperti kain.
Kemudian potong secara memanjang.
Rebus selama 10 minit atau lebih.
Mee yg direbus diangkat dan dibasuh. Kemudian toskan.
Dihidang bersama sup ayam, hirisan daun bawang dan chili oil. Resepi Sup Ayam – Saya panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis hirisan 2 biji bawang kecik, 3 biji bawang putih dan 2 hirisan halia. – Masukkan air dan campak seikat bunjut sup ikan Adabi (paket biru). Biarkan sehingga air mendidih. – Masukkan bahagian tulang ayam dan biarkan selama 40 minit. Akhir sekali perasakan dengan garam. – Untuk hidangan dengan mee, ambil sup jernih sahaja tanpa hirisan bawang² tadi. Resepi cili oil, saya cuma tumis bawang putih yg dicincang dalam minyak yg banyak, kemudian masukkan serbuk cili kering (chili flakes), dan secubit garam.
Siap! Memang sedap!

Sumber: Zurina Zulkefli

IKLAN