Asyik Gaul Kunyit Je, Boleh Cuba Buat Ayam Goreng Pedas Chinese Style Ni!

Share

Balik-balik kalau goreng ayam je letak kunyit garam, itu jela dimasaknya sampai ke sudah. Anak tak banyak bunyi asalkan ayam mereka onz je! Tapi kan, sebagai seorang ibu mesti sesekali nak cuba juga menu baru untuk dimasak. Betul tak?

Haaa apa kata cuba menu ni pula untuk dimasak, resepi Kepak Ayam Goreng Pedas CHinese Style. Kalau tak nak semua kepak pun tak mengapa, ganti dengan semua bahagian! Bila anak-anak selera makan, ibu pun pasti rasa gembira… Jom cuba!

RESEPI KEPAK AYAM GORENG PEDAS(Chinese style)

Bahan-bahannya :-

8 ketul kepak ayam
1 sudu kecil cuka – beli di sini
1 biji telur putih sahaja)
1 sudu besar tepung jagung – beli di sini
2 sudu besar tepung gandum – beli di sini
Minyak masak – beli di sini

Bahan rempah :-

1½ sudu kecil chilli flakes
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk Sichuan pappercorn
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1¼sudu kecil garam
¼ sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk paprika

 

P/s : Kalau Sichuan pappercorn tidak ada boleh digantikan dengan serbuk lada hitam. Campurkan kesemua BAHAN REMPAH dan Gaulkan.

Cara-caranya :-

1) Cuci kepak ayam sehingga bersih dan tapiskan . Sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kepak ayam ,cuka dan 1½ sudu BAHAN REMPAH yang dicampurkan . Gaulkan sebati dan perapkan paling kurang 30 minit keatas.

2) Setelah diperap , Campurkan tepung jagung,tepung gandum dan telur kedalam ayam yang telah diperapkan tadi . Gaul rata .

 

3) Didalam periuk@kuali , panaskan minyak goreng hingga 325F. Minyak harus cukup sehingga kepak ayam dapat tenggelam .Goreng kepak ayam selama 10 minit . Angkat dan tapis ayam tersebut .Rehatkan kepak ayam sebentar.

4) Panaskan minyak ,kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi kedalam minyak yang panas dan gorengkan selama 3 minit sehingga menjadi warna keemasan dan rangup.

5) Akhir sekali,angkat ayam tadi kemudian taburkan bersama lebihan BAHAN REMPAH tadi Dan gaulkan sebati.

Sumber : Nurul Ateekah

IKLAN