“Asyik Guna Pinggan Mangkuk Free, Yang Mahal Tu Bila Nak Guna Atau Tunggu Raya Ajer? Sindiran Ayah Buat Mak Terkejut. Lucu, Rupanya Ini Yang Terjadi!

Share

Perasan tak, ada segelintir mak-mak memang gemar membeli pinggan mangkuk yang berjenama dan mahal tapi tak guna waktu sekeluarga makan.

Pinggan yang dibeli dijadikan hiasan dalam almari. Tersusun indah tanpa diusik. Jika pakai pun setahun sekali waktu hari raya atau tetamu datang.

Bagaimanapun seeloknya pinggan ini digunakan daripada menjadi perhiasan semata. Jika asyik membeli jika tidak guna ia sudah menjadi kearah pembaziran.

Sebagaimana yang dikongsi oleh lelaki ini, yang berkongsi bagaimana ia berlaku dalam keluarganya. Pinggan jenama tidak digunakan sehinggalah mendapat teguran daripada ayahnya.

Moga perkongsian ini menjadi iktiibar.

Abam tak tahu zaman sekarang, tapi kalau dulu, kita pergi rumah orang kita, rata-rata akan hiaskan pinggan mangkuk dan periuk mahal dalam almari khas. As part of house decoration lah kiranya kan. Sekarang rasanya pun masih ada, hias Tupperware sampai anak nak pergi sekolah, guna container ecosave.

Pinggan percuma sabun, gelas ubat gigi, container Sugarbun, container Coleslaw KFC itulah yang menghiasi ruangan dapur. Tuan rumah guna sudu biasa, tapak peraize bak kata orang Sarawak sebab yang cantik tu simpan untuk hari raya dan untuk tetamu. Iyelah dengan perangai manusia lagi, bila kita hantar lauk, container tak balik semula.. tu yang recycle container. Tu dulu, zaman takde jual container tapau macam sekarang.


Mak siap tulis nama kat setiap Tupperware dia, takut tertukar. Angkara tupperware lupa kat sekolah, kami dihujani perlbagai pertanyaan macam soal jawab polis. Itulah nilaian tupperware pada mak-mak.

Mak suka beli set pinggan mangkuk. Zaman tu famous Queen Anne, periuk Vision beli dari Langkawi. Mid 90’s benda viral zaman tu… Siap main kutu lagi nak dapatkan “must have: item dikalangan cikgu-cikgu.

Tak hairanlah kalau dulu, ada yang sampai hias set pinggan mangkuk kat ruang tamu!
Hinggalah satu hari masa ayah masih ada, masa tu kami semua sarapan bersama. Ayah berbunyi, “Pinggan kat rumah kita ni takde pinggan lain ke? Asyik pakai pinggan free dengan sudu lembut ni je. Yang mahal-mahal Corelle, Arcopal semua tu nak hidang pada tetamu je ke? Nak tunggu raya baru nak pakai? Atau nanti dah mati baru nak keluarkan semua untuk kenduri arwah?”

Terkesima kami, mak dan adik-adik semua bergegas simpan semua pinggan hadiah dan gelas hadiah tu. Keluarkan set pinggan mangkuk dan sudu premium untuk makan tengahari tu. Abam masih ingat lagi, masa tu kami makan nasi ayam masak madu. Bukan setakat tu, gelas, jag, lapik meja dan langsir pun kami tukar.

Gambar sekadar hiasan

Ayah masa tu pergi kebun. Balik dari kebun, dia terkejut. “Ha, ni baru macam restauren… Makan kat rumah pun rasa mewah… Asyik-asyik guna pinggan peraize…”
Itulah ingatan indah bersama ayah. Sejak peristiwa tu, selang sebulan mak akan tukar set pinggan mangkuk dan cawan supaya berbaloi apa yang dibeli dan tak jadi sekadar hiasan dalam almari yang dibeli khas untuk letak pinggan mangkuk mahal! Tak terduga dek akal. Hikmah dari ayah cakap pagi tu, kami sedar bahawa bermewah itu kena pada tempatnya. Bukan bermewah untuk tatapan orang dan bukan untuk menunjuk sedangkan kita sendiri tak menikmatinya.

Tapi post abam ni bukanlah nak menunjuk, sebab tak semua orang mampu ada set pinggan mahal. Tapi zaman sekarang ni dengan lambakan kedai harga patut, semua orang ada choice untuk pilih yang terbaik untuk diri mereka.
Berapa kali pinggan peraize pecah berderai, gelas hadiah ubat gigi berkecai, sebab tu kita pilih yang terbaik untuk keluarga kita. Kalau tak kerana ayah cakap pada sarapan tu… Pasti kami akan menyesal dengan kata-kata ayah…

“Takkkan bila aku dah mati baru nak keluar semua pinggan mangkuk ni untuk kenduri arwah. Kita sendiri tak pernah pakai, bila dah mati, orang lain yang rasmi…”
In loving memory with my late Arwah Ayahanda Haji Azahari

Sumber: Mohd Khairul Azha Azahari

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN