CARA MENGAWAL GULA DALAM DARAH
.
Bagi pesakit diabetes, pengambilan makanan faktor penting bagi mengawal tahap gula dalam darah. Ini kerana pesakit kencing manis mengalami masalah dalam proses metabolisme, yang sepatutnya karbohidrat diproses dapat dijadi gula (glukos) dan ditukarkan kepada tenaga.
Bagi pesakit kencing manis, metabolisme ini tidak berlaku. Gula yang dihasilkan tidak dapat digunakan menjadi tenaga kerana penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau masalah insulin yang ada tidak dapat digunakan akibat kerintangan insulin (insulin resistance).
Maka berlakunya pengumpulan gula sehingga terlalu tinggi (hyperglycaemia) dan akhirnya mendatangkan komplikasi seperti kegagalan ginjal, kebutaan dan sakit jantung.
Oleh sebab itu, pesakit kencing manis harus mengurangkan pengambilan karbohidrat yang berproses kerana ia menghasilkan gula dengan segera. Ia dapat dikenalpasti kerana bacaan Glycemic Indexnya yang tinggi.
Ramai di kalangan pesakit kencing manis yang keliru dengan pemakanan (diet) yang terbaik untuk mereka. Pada hal ia penting bagi mengawal paras gula (glukosa) dalam darah.
Dengan pengambilan makanan yang betul, mereka mampu mendapat berat badan bersesuaian dan mengelakkan komplikasi kencing manis.
Saya selalu memberikan perkongsian tentang tiga perkara iaitu apa yang hendak dimakan, bila waktu makan dan jumlah komposisi makronutrien makanan yang perlu diambil oleh pesakit kencing manis.
Ads
Bagi memberikan kesan positif dan berpanjangan, terdapat tiga kumpulan makanan untuk pesakit diabetes iaitu makanan perlu dielakkan, makanan perlu dihadkan serta makanan yang bebas dimakan.
.
1. Makanan yang perlu dielakkan :
Makanan yang mengandungi karbohidrat berproses yang akan menghasilkan gula ringkas dengan cepat seperti nasi putih, gula putih, biskut, cookies dan roti putih. Banyak makanan yang diproses dan dibungkus mengandungi “gula tersembunyi”. Ia dilabelkan sebagai maltosa, sukrosa dan fruktosa yang mungkin terdapat dalam sos, kicap, buah-buahan yang dikeringkan.
Makanan atau minuman yang manis selalunya mengandungi gula ringkas (dan akan meningkatkan tahap gula di dalam darah ¬dengan kadar cepat). Ini termasuk minuman yang menggunakan susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, jem dan semua makanan bersalut gula.
.
2. Makanan yang perlu dihadkan
Makanan mengandungi karbohidrat kompleks boleh diambil dalam jumlah sederhana kerana ia akan diserap perlahan-lahan dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak.
Oleh itu, pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekali gus dengan banyak.
Ads
Antaranya nasi perang dan nasi dari beras rebus, bijirin, kekacang, susu segar, pasta dari sayur-sayuran, ubi-ubian, buah-buahan dan sayuran berkanji seperti labu, jagung dan serbuk coklat.
.
3. Makanan boleh dimakan
Ini termasuk air kosong, air mineral, kopi/teh (tanpa gula), air barli (tanpa gula), jus limau nipis (tanpa gula), sayur-sayuran, ulam-ulaman, sup daging dan tulang (yang kurang lemak).
Pengambilan banyak serat dalam makanan sangat baik kerana ia melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.
Serat pula boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air) dan serat tidak larut (tidak dapat dihadam sistem pencernaan namun membantu mengelakkan sembelit).
Ads
Serat tidak larut digalakkan untuk diambil untuk mengurangkan berat badan kerana mencepatkan rasa kenyang dan melambatkan rasa lapar. Pengambilan serat larut pula membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah.
Contoh makanan mengandungi serat termasuk sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, jagung dan pasta.
Selain menjaga pemakanan, pesakit kencing manis juga digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari seperti berjalan kaki, turun naik tangga atau berkebun.
Bagi mendapatkan teknik pemakanan terbaik bagi mengawal diabetes, boleh hadir ke ceramah kesihatan saya untuk mengetahui teknik pemakanan yang lebih sempurna.
Saya juga mencadangkan pesakit diabetes mengambil minyak sihat (healthy fat) bagi mendapatkan tenaga yang mencukupi setelah mengelakkan pengambilan karbohidrat yang berproses. Lemak sihat akan memberikan tenaga dalam bentuk non-sugar yang tidak menaikkan tahap gula dalam darah.
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ bau dan warnanya bukan?
Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Jadi, mungkin petua ini boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:
BAHAN-BAHAN:
1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya
CARA-CARA:
Ambil limau nipis. Potong kecil.
Isi air dalam pengisar dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih pengisar anda.
Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar pengisar. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila duit jadi ‘tuan’ dalam diri, tanpa kita sedar ia menjadikan kita seorang yang mementingkan diri. Hinggakan ada yang menjauhkan diri dan lupa ikatan saudara.
Begitulah yang terjadi kepada segelintir kita yang berebut harta pusaka. Lebih mementingkan kebendaan. Malah ada yang mengabaikan tanggungjawab kepada orang tua di kampung.
Sebagaimana perkongsian ini, sungguh bermanfaat untuk renungan bersama. Moga jadi iktibar.
Usah berebut harta pusaka
Pesan kat adik-beradik… Bila dah besar, dah ada keje, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…beli rumah, beli tanah, beli aset. Bagi ada harta dgn nama sendiri… Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnt…jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka…
Tak guna… Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nnt bahagian kita lebih dr adik beradik yg lain ke, jgn pikir, jgn berharap…jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
Utama jaga orang tua
Jangan.. Sebab nnt bila tak dpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut…walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup2 bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt2 “hak” kita… Hak apa yg kita nak? Hak apa yg kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita2 kita.
Yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka.
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini… Kita sebagai anak yg perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan…tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”… Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.
Kredit kpd: Pakar diari hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah angin dalam badan ini mesti ada yang pernah alami bukan? Rasa senak, sebu dan kadang-kadang membuatkan badan terasa begitu lemah dan letih. Semua ini membuatkan kita tidak selesa untuk lakukan aktiviti harian.
Jadi cara bagaimana untuk atasinya?
Kalau ingin dicuba menggunakan petua orang dulu-dulu, di sini dikongsikan ramuan herba yang boleh diamalkan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ina Iris dan bolehlah dicuba.
PETUA BUANG ANGIN
Petua ni saya dapat dari sorang ustazah darussyifa’..dia suruh amalkan untuk orang yang banyak angin dalam badan.
Bila badan kita berangin, kita jadi malas nak buat keja, selalu sakit kepala, lenguh-lenguh sendi, sebu perut,susah nak kentut, kadang makan pun tak lalu kan.
Amal minum air rebusan ni..InsyaAllah, lepas tu asyik kentut-kentut, sendawa, rasa ringan badan, kepala pun rasa ok..selain tu peluh kita pun bau wangi tau..bahan pun mudah dapat dan murah saja
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.