Sejak dahulu kita sering diingatkan sebelum membeli makanan mesti lihat dahulu label yang tertera pada bungkusan makanan tersebut. Selain untuk mengetahui kandungan nutrisi yang ada, kita juga tidak akan terlepas pandang melihat label berkaitan jangka hayat produk tersebut agar apa yang dibeli selamat untuk dimakan oleh seisi keluarga.

Sedar atau tidak, sebenarnya ada 3 jenis label yang biasa digunakan, iaitu best before, use by ataupun expiry date.

Jadi adakah kita sebenarnya faham perbezaan ketiga-tiga lebel ini?

Untuk menegtahui lanjut, jom semak perkongsian daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.


Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Kami kongsikan 3 label yang biasa digunakan : BEST BEFORE, USE BY , & EXPIRY DATE.

Hadam Dulu Beza Best Before, Use By Atau Expiry Date. Baru Tak Keliru Jangka Hayat Produk Makanan Yang Dibeli!

IKLAN

Kebiasaannya label ‘BEST BEFORE’ ada pada makanan yang dibungkus segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan ‘best before’ sekiranya makanan atau item tersebut dibungkus di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk tersebut dibeli .

Kesegaran makanan selepas tarikh ‘best before’ akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.

Maka, ‘best before’ memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah.

IKLAN

Hadam Dulu Beza Best Before, Use By Atau Expiry Date. Baru Tak Keliru Jangka Hayat Produk Makanan Yang Dibeli!

‘USE BEFORE’ – Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh ‘use before’.

‘BEST BEFORE’ – masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan .

IKLAN

 

Hadam Dulu Beza Best Before, Use By Atau Expiry Date. Baru Tak Keliru Jangka Hayat Produk Makanan Yang Dibeli!

‘EXPIRY DATE’ selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Selepas tarikh luput, produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang.

sumber : Jabatan Keselamatan dan Kualiti Pemakanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI