“Asyik Menangis Je, Orang Panggil Bayi Kolik.” Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Anak, Buat Akikah Kali kedua!

Share

Pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal serta suami Aeril Zafril sepakat untuk menukar nama anak keempat mereka.

Keputusan tersebut diambil selepas bayi lelaki yang diberi nama Jibril Ibtisam dikatakan kerap menangis

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, memberitahu, anak lelakinya itu asyik meragam dan menangis selepas diberikan nama yang menjadi pilihan Aeril sebelum ini.

Justeru, Pasangan ini sepakat untuk memilih nama Muhammad Fahri sebagai nama baru untuk putera bongsu mereka.

Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu. Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut memilih untuk melakukan ibadat akikah buat kali kedua. Sebelum ini,mereka telah mengadakan majlis akikah dua minggu selepas Wawa bersalin.

Saya cakap; asal sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari.

“Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan. Kiranya, dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama.” ujar Wawa lagi.

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.

Sumber: Gempak


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

IKLAN