Kini sejak PKPB ramai yang mula berminat bercucuk tanam. Pelbagai pokok di tanam di halaman rumah. Tentu ada yang tidak sabar untuk menantikan hasilnya.
Namun, ada yang bercucuk tanam mendapati pokoknya tidak subur, tidak berbuah dan rosak dalam tempoh.
Bagaimanapun perkongsian ini menarik untuk kita ketahui apabila beliau menerangkan kaedah campuran tanah untuk menyuburkan pokok.
Ikuti perkongsian.
Sebenarnya, untuk membuat campuran tanah adalah banyak pendapat dan idea. Namun saya lebih suka untuk memilih medium yang mudah saya perolehi di sekitar saya. Lain orang, lain pendapat. Tapi ini kaedah saya sahaja, hanya perkongsian. Berdasarkan pengalaman lepas, ini sahaja cara yang saya gunakan untuk tanaman di sekitar rumah saya.
Medium yang diperlukan ialah, TANAH HITAM SAWIT, COCOPEAT (SABUT KELAPA KISAR HALUS), dan juga (SEKAM PADI BAKAR). Nisbah yang seringkali saya gunakan ialah, 1 : 1 : ¼ bahagian di mana 1 bahagian tanah hitam sawit, 1 bahagian cocopeat, dan ¼ bahagian sekam padi bakar.
Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan gaul sehingga campuran tadi menjadi lembut dan senang dipegang. Anda semua kena tahu, tanah sawit hitam jika tidak dicampur sangat melekit dan mudah padat. Setelah siap, boleh isikan ke dalam pasu dan masukkan anak pokok yang hendak di tanam.
Ads
CARA PENYIRAMAN
Buatlah penyiraman dua kali sehari iaitu pagi dan petang untuk mengekalkan kelembapan medium. Sebaiknya, gunalah bancuhan air BAJA TPF untuk menjadikan pokok membesar bak juara. Seminggu sekali bolehlah disembur dengan booster tanaman pula pada pokok untuk menggalakkan lagi tumbesaran pokok dengan lebih cepat, baik dan sempurna. Banyak booster yang dijual di pasaran. Saya memilih untuk menggunakan BIO BOOSTER MR ENERGIZER untuk memastikan tanaman saya sihat dan segar.
Posting kali ini, saya kongsikan dari awal tanaman kunyit saya. Dari pasu yang bersaiz kecil sehinggalah pasu bersaiz besar dan pokok kunyit pun mengeluarkan bunga. Saya tahu, di luar sana, lebih ramai orang yang dapat menanam pokok kunyit yang lebih cantik.
Ads
Pokok kunyit dah semakin membesar.
Merimbun
Manfaat tanam kunyit.
Ads
Suka saya kongsikan di sini, antara kebaikan memiliki pokok kunyit di rumah kita sendiri ialah, dapat membantu melegakan demam panas, keputihan bagi wanita, luka luaran, tekanan darah tinggi, cirit birit dan tidak selera makan. Kebanyakannnya, khasiat kunyit adalah pada rizomnya dalam bahasa yang mudah, “isi kunyit”.
Bagi mengurangkan demam, tekanan darah tinggi, cirit birit dan tidak selera makan, boleh mengambil 20g kunyit, tumbuk dan dicampur dengan air suam, dan di minum dua kali sehari. Bagi wanita yang mengalami keputihan, ambil rizom kunyit dan kisarkan bersama-sama dengan pegaga dan diminum sebelum datangnya haid. Jika anda mengalami luka luaran, ambil rizom kunyit, tumbuk halus dan tampal pada luka. Banyak lagi kelebihan rizom kunyit, terutama kepada kesihatan dalam wanita. Cubalah!
Bahagian daun semestinya wanita di luar sana lebih arif, tak lepas dari masakan rendang. Selain itu, boleh juga dibalut dengan ikan sebelum dibakar untuk mendapatkan aroma yang enak.
Pelakon dan pelawak terkenal, Didie Alias berkongsi kesedihan apabila kucing kesayangannya mati akibat sakit tua.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya. Didie kelihatan sugul dan menangis teresak-esak apabila terpaksa berpisah nyawa dengan kucing kesayangannya yang diberi nama Baby.
“11 Jun 2021. Perjalanan terakhir buah hati mumy (mommy) dan keluarga. 12.37 tengah hari dia (Baby) tinggalkan kami satu keluarga.
“Kucing yang baik dan sangat manja untuk kami. Banyak kenangan dengan Baby,” tulisnya.
Menurut pelakon drama Cukup Derita Itu lagi, Baby dibela sejak 13 tahun lagi. Malah, kucing ini sangat seekor setia dan akan selalu menunggunya di depan pintu rumah setiap hari.
“Tidak ada lagi yang tunggu mumy dan daddy (suami) dekat pintu bila kami balik kerja. Tak dapat nak mandikan Baby lagi.
“Tidak ada kawan lepak bila tengah buat kerja atau sedang baca skrip. Selama 13 tahun yang sangat indah buat mumy dan daddy. Sayang Baby sampai ke syurga,” luahnya.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Delima seorang ibu yang membawa anak-anak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat Tarawih adalah berdepan dengan ragam anak-anak. Maklumlah budak-budak, suka sangat berlari-lari tak kira tempat hatta dalam masjid sekali pun.
Tidak dengan itu, buat bising pula. Bimbang juga kita andai jemaah lain tidak selesa jadinya.
Bila ini ragamnya, pasti kita akan pulang awal tanpa sempat menghabiskan solat Tarawih.
Namun, berbeza situasinya andai ibu-ibu berkesempatan solat Tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh.
Ruang bermain untuk kanak-kanak dikhususkan sehingga membuatkan anak-anak ini seronok bermain dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak masjid.
Ini sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, menurut Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata, tidak salah membawa anak-anak ke masjid malah ia satu perbuatan yang digalakkan.
Inisiatif untuk menyediakan zon kanak-kanak itu tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang bertarawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.
Ditempatkan di tingkat atas bersebelahan ruang solat tarawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung.
Terdapat pelbagai aktiviti disediakan termasuklah mewarna, membaca dan sebagainya sepanjang solat tarawih berlangsung.
Tambahan, Imam Besar Masjid Negeri mengalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan amalan ini perlu dididik sejak mereka kecil lagi.
Tambah Imam Masjid Negeri lagi, bagi menitikberatkan aspek keselamatan ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran dan mendapatkan kad khas untuk diserahkan semula semasa mengambil anak mereka.
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini.
Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Katanya, buat masa ini, hanya kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dibenarkan ditempatkan di situ bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam sementara tujuh tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh. Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini. Demikian antara komen netizen selepas saudara Muhammad Hamka berkongsi kisah di Facebook selepas kematian arwah ayahnya baru-baru ini.
Di dalam perkongsian tersebut, Hamka yang menggunakan menggunakan akaun Hamka (Kereta Mayat), memaparkan kisah bagaimana ayahnya meninggal dunia di hadapan anak-anak. Lebih menyentuh hati, pengurusan jenazah sehingga ayahnya dikebumikan diuruskan sendiri kesemua anak-anak, termasuklah mengimamkan solat jenazahnya. Rezeki terakhir arwah ayah.
Sebotol air masuk ikut tangan. Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.
Rupanya rezeki terakhir arwah ayah bukan air itu sahaja. Tapi rezeki ayah adalah meninggal dunia di hadapan anak anak, kiri kanan tangan di gengam anak-anak, kiri kanan kaki di gosok anak anak. Di telinga pula kiri kanan di baca yassin dan bergilir gilir di ajar kalimah Tauhid.
Rezeki ayah tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah ayah, abang sulung dan nombor dua mandikah kepala ayah, anak nombor tiga meriba badan ayah, nombor empat, meriba punggung ayah, saya meriba kaki ayah, dan yang lain menyiram dan menggosok badan ayah. Ayah mandi buat kali terakhir di ribaan anak anak.
Rezeki ayah bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh anak nombor dua, dikubur talkin oleh anak nombor tiga, dan tiga malam tahlil diketuai oleh anak-anak secara bergilir gilir. Malam tadi anak saya baca yassin, katanya untuk arwah datuk.
Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.
Dan benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.
Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini. Ayah, mekar rindu dari jauh. Balik kampung tak akan pernah sama lagi…
Sob..sob..
Ps: Mekar adalah nama manja saya yang arwah ayah berikan waktu kecik dan melekat sampai sekarang. Dan cintaku pada arwah ayah dan ibu, sentiasa mekar. Woha!
#mengetehdikuburayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi Sungai Korok, keluarga teruskan perniagaan roti canai. "Kami akan teruskan perniagaan roti canai di Tanah Merah, Pendang yang baru diusahakan arwah dan suaminya sejak sebulan lalu sebab mereka susah payah cari tapak niaga," Roswati Zainol, 52.