AwalnyaTengok Pun Tak Sanggup Nak Tinggal Di Rumah Ni, Tapi Kami Sahut Cabaran Untuk Jadikan Sempurna & Selesa!

Share

Biasanya dalam memilih kediaman untuk disewa seisi keluarga, selain memastikan kadar sewaan yang ditawarkan berpatutan, biasanya keadaan persekitaran dan  fizikal rumah tersebut turut akan mempengaruhi keputusan untuk menyewa.

Namun berbeza untuk keluarga ini, walaupun keadaan asal rumah tersebut tidak indah dipandangan mata, namun berjaya dijelmakan sempurna.

Jom kita baca perkongsian penuh tentang ini .


Nak share tentang dapur kita..

Ini gambar dapur sebelum kami menyewa…

Sebelum menyewa rumah ini bangla yang duduk jadi faham-fahamlah macam mana rumahnya ye.

Kotor tahap dewa tapi bukan halangan kita nak mengemas ye. Owner baik jadi kita slow-slow kemas dan baiki ye.

TAK ADA PENYEWA SANGGUP TERIMA KEADAAN BEGINI TAPI KAMI TERIMA SEBAB OWNER OK BAB DEKO..
Jadi kite terima cabaran ini

Owner pernah datang rumah ini dia pon terkejut alhmdulillah sekarang pon owner ok semoga kami dan owner terus ok sampai kami dapat rumah sendri.. TRAUMA DAPAT OWNER CEREWET.

Kami datang rumah ini bukan suasana indah tapi semangat dan azam kami nak hidup tenang kami belajar sabar dan selow-slow perbaiki apa yang tak ok dan selow-slow deko bagi cantik.

Now 7 bulan duduk rumah ini.. Ini lah hasilnya ye..


KAMI MULA DARI ZERO BARU JADI HERO.

Sumber : Safiyyah Mahyudin via Kelab Kaki Deko

 

IKLAN