Biasanya bila bab urusan masak memasak ini, kita sebagai ibu yang biasanya lebih pakar menyediakan pelbagai menu kegemaran keluarga. Namun perkongsian kali ini cukup berbeza dan istimewa, bila mana seorang lelaki yang juga ayah kepada dua cahaya mata ini boleh menyediakan menu chicken chop yang nampak cukup menyelerakan.

Kehebatannya dalam memasak tidak boleh dinafikan, oleh itu tidak hairanlah bila mana dia sering berkongsi pelbagai resipi dan foto makanan di media sosial. Untuk itu, apa kata kali ini bersempena musim cuti sekolah, kita ambil kesempatan mencuba resipi yang dikongsikan olehnya. Pasti seisi keluarga menggemarinya.


Ini perkongsiannya di page MAHN

“Assalam sis, semalam sy post pasal chicken chop tapi xde respi. Siap ade PM jangan letak gambar kalau makan kat kedai. Amboiiii….Jadi harini sy repost balik sekali dengan resepi dan cara sy buat sendiri ya. Kesian pulak klu x letak respi macam tinggalkan cinta gantung tak bertali kat sis2 semua. Haha

“Jadi sis2 yang tengah kerja tu dah bolih plan berdinner malam ni. Kalau tempat kerja sis tu ade supermarket, nanti waktu lunch boleh lah pegi beli barang2 ni.

“X renyah mana pun….kebanyakannya menggunakan bahan2 asas, kite buat from scratch pun ade. Mula2 mungkin akan renyah, tapi bile dah selalu buat, kite akan rasa easy peasyWan Luqman

CARA BUAT CHICKEN CHOP

Okay, mula2 kite perlukan ayam bahagian whole leg. Klu sebut kaki, nanti orang ingat kaki ayam je dak? Haha…part leg ni adalah bahagian thigh dan peha. Kite kena debon sendiri. Kikis isi2 di thigh tu, buang tulang dia. Utk tulang yg bersambung dengan peha tu, patahkan saja. Ketuk kat buku lali utk patahkan tulang hujung, toreh dan tarik je tulang drumstik tu.

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

RAHSIANYA : Kalau nak juicy, rendam dalam air garam 1 malam atau 2-3jam….proses ini dipanggil sebagai brine. Lepas tu bilas dulu ayam tu kang x pasal darah tinggi.

 

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap! Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

IKLAN

Batterkan ayam tu dalam apa2 jenis tepung. Dalan episod ni, kite batterkan dalam bancuhan tepung kepci. Lepastu utk bancuhan kering, tepung dari jenis yg sama, campurkan dengan baking powder….takde tepung kepci pun xpe, tepung gandum pun on…Bile dah rendam ayam dalam bancuhan batter, gaul pulak dengan bancuhan tepung kering + baking powder tadi.

 

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

Panaskan minyak sesedap rasa. Baru goreng. Waktu ni tangan jangan gatal nak usik2 balik ayam tu, biar dalam 5minit, agak2 sebelah tu dah mengeras, baru balikkan.

 

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

Sesambil tu, mari kite sediakan bahan2 untuk sos. Memasak ni, kena multitask tau. Kalau tunggu nak buat satu2, jawabnye dari berjam2 la baru nak siap 1 masakan. Ketuk 2 biji bawang putih dan sebatang seleri dihiris.

IKLAN

 

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

Untuk sos :
2sb butter / marjerin
2sb sos tiram
3sb sos blackpepper
1sk lada hitam ditumbuk kasar
1sk serbuk pati ayam

Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan seleri tu. Kemudian masukkan semua bahan2 diatas. Sos blackpepper, sy guna jenama life.

 

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

Masukkan 500ml air. Biarkan menggelegak. Tak perlu gula ya sbb sos tiram tu after taste dia dah manis, lagipun sos blackpepper tu ada manis2 dah.

IKLAN

RAHSIANYA : Boleh je guna instant brown sauce glaze tu. Bancuh dengan air dan masak atas kuali. Dicadangkan brand knorr atau swiss bear.

 

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

Oh ya…patutnya tepung gandum ni dicampur sewaktu masukkan marjerin tadi tu. Bile marjerin dah cair, masukkan tepung gandum dan gaul dia akan jadi roux. Roux ni sebagai agent pemekat kuah. Tadi terlupa… Hahah.. Masukkan 2sb tepung gandum.


RAHSIANYA : Ada orang tanya apa beza tepung gandum dan tepung jagung tu? Yes tepung jagung juga boleh jadi sebagai agent pemekat. Tapi ialah lebih sesuai untuk hidangan lain seperti mee udang ke, mee bandung ke, kuay teow kungfu, ladna, kuay teow hongkong atau sweet sour. Sbb bancuhan tepung gandum ni dia berkilat dan ‘berlendir’. Kite nak pekat yg powdery.Kalau suka creamy, boleh masukkan krim atau susu. Lemak berkrim. Akan jadi gravy for diane steak.

 

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

EKSTRA RAHSIA : Ini kunci rahsia kesedapan untuk makanan berempah. Memang ajaib ciptaan Allah ni. Bay leave atau daun salam.Daun salam ni, kalau masak sup, daging hitam, nasi beriani ke, rendang ke, memang sedap. Dia membantu enhance kan lagi rasa rempah tu. Macam mane eh nak cakap, bagi melengkapkan rasa masakan berempah tu.

Oh ya, bile dah siap masak, tapis lah sos ni dulu utk asingkan bahan2 dalam tu seperti seleri, bawang putih dan lebihan ketulan tepung. Nak tahu sos ni dah ok? Bile seleri tu dah lembut.

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!

Untuk coleslaw, hiriskan halus2 kobis dan lobak merah. Letak krim atau susu cair, 1sk gula, mayonis ikut suka dan perahan jus lemon sesedap rasa. Gaul sekata. Memamg sedap tau.

RAHSIANYA : Mayonis yg sedap adalah brand saji, kimbal dan miyachi. Miyachi paling sedap. Berlemak dan krim. Ladis choice yg sadis tu buat kenangan je lah.

Ayah Anak Dua Ni Memang Hebat Memasak. Dia Kongsi Resipi Chicken Chop, Siap Ada Tipsnya Nak Bagi Lagi Sedap!
Siap untuk dinikmati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI