Ayah Ni Sanggup Bina Rumah Terapung, Demi Usaha Selamatkan Keluarga Dari Banjir!

Share

Sediakan payung sebelum hujan, inilah peribahasa Melayu yang sering kita dengar malah ucapkan kepada anak-anak kita agar sentiasa ada perancangan dan usaha untuk menghadapi sesuatu keadaan.

Begitu juga apa yang telah dilakukan oleh seorang warga emas yang tinggal di Kampung Tebak, Terengganu dalam membuat persiapan berdepan dengan musim tengkujuh yang umumnya melanda negara setiap hujung tahun.

Guna 69 Tong Plastik

Ini sebagai mana memetik berita yang dikongsikan oleh Sinar Harian, difahamkan A Bakar Che Ahmad, 67 menggunakan kreativiti sendiri dalam membina sebuah rumah terapung sebagai persiapan menghadapi banjir.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Difahamkan sebanyak 69 biji tong plastik digunakan sebagai pelambung bagi memastikan rumah yang mempunyai lima bilik tersebut terapung dan tidak ditenggelami air.

“Saban tahun, kawasan ini sentiasa banjir dengan kedalaman air melebihi empat meter, jadi saya ambil keputusan bina rumah terapung ini sebagai persediaan awal untuk sebarang kecemasan,” katanya.

Inspirasi Daripada Reban Ayam Terapung

Menurut A Bakar, kejayaannya membina sebuah reban ayam terapung bagi menyelamatkan 60 ekor ayam denak pada tahun 2018 dijadikan inspirasi untuk menyiapkan rumah baharu tersebut.

Walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan, A Bakar tetap berusaha menyiapkan rumah itu sendiri mengikut rekaan seperti yang digambarkan.

Katanya, dua tiang besi turut diletakkan di kiri dan kanan bagi membolehkan ia diikat pada rumah supaya kediaman terbabit kukuh serta tidak dihanyutkan arus banjir.

“Saya tinggal di sini bersama isteri dan dua anak, rumah lama dibina dua tingkat memang sering dinaiki air jadi saya buat rumah ini di sebelah.

“Adanya rumah ini yang telah siap dibina pertengahan September lalu dengan sokongan dan bantuan kewangan daripada anak-anak.

“Ini juga adalah sebagai usaha untuk selamatkan keluarga. Jika banjir bolehlah anak-anak yang lain datang sini untuk selamatkan diri,” ujarnya lagi.

Sumber : Sinar Harian & Astro Awani

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

 

 

 

 

IKLAN