Kisah seorang lelaki India mengambil upah mencuci kereta menjadi viral baru-baru ini. Semuanya disebabkan perkongsian seorang lelaki Melayu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Hajat Adi W. Kamal ke kawasan berkenaan adalah untuk membeli buah kepada ibunya. Kebetulan, dirinya didatangi budak perempuan berketurunan India yang menawarkan khidmat mencuci kereta.

“Ayah Cuci, Saya Tolong Lapkan.” Bawa Baldi Cuci Kereta Dengan Upah Seikhlas Hati Demi Membeli Buku Sekolah, Kisah Anak & Bapa Ini Undang Sebak.

“Dia tanya kalau saya nak basuh kereta. Pada mulanya saya kata tidak tetapi sebab dia pakai baju seragam sekolah dan saya ingat ada seorang lelaki berjalan bersama sebuah baldi dan kain lap di bahunya. Lantas, saya fikir lelaki itu mungkin ayahnya.”

Saya tanya budak tu, berapa? Dia kata ikut abang (terpulang untuk bayar berapa). Saya kemudian tanya dia, siapa basuh kereta? Dia jawab ayah. Saya kata OK dan cepat-cepat keluar dari kereta,” Ujar Adi yang memuat naik kisah berkenaan di laman facebooknya. 

Menurut Adi lagi,  budak perempuan yang masih menggalas beg sekolah di bahu itu kemudian berlari ke arah bapanya di hujung simpang, sebelum bapanya berpaling ke arahnya lalu berjalan sepantas mungkin sambil membawa baldi yang dipenuhi air.

IKLAN

“Saya kemudian berjalan ke arah dia dan berikannya duit dan beritahu ambil wang. Tak perlu cuci kereta saya OK,” katanya.

Rupa-rupanya, lelaki tersebut, Sukumaran Sanmugam sedang mengumpul wang untuk membeli buku  sekolah untuk anak perempuannya.

“Ayah Cuci, Saya Tolong Lapkan.” Bawa Baldi Cuci Kereta Dengan Upah Seikhlas Hati Demi Membeli Buku Sekolah, Kisah Anak & Bapa Ini Undang Sebak.

Sukumaran yang berusia 40 tahun mengambil upah mencuci kereta di jalanan sejak lebih dua tahun lalu, dan pendapatannya bergantung kepada sumbangan ihsan orang ramai dengan kadar yang tidak menentu.

IKLAN

“Saya tak pernah menetapkan berapa harga untuk cuci kereta. Bukan senang nak dapat pelanggan sebab sekarang ni sudah ada banyak kedai mencuci kereta.”

“Berapa yang mereka nak bayar saya terima. Sebab bukan senang, kalau hujan tak dapat cuci kereta. Ada masa saya dapat RM20 sehari, paling tinggi RM70 sudah cukup bersyukur,” katanya yang tinggal bersama isteri dan anak-anak di Padang Jawa, Shah Alam dengan kadar sewa RM350 sebulan.

Disebabkan tidak mengenakan caj yang tetap, bapa kepada dua orang anak ini tetap sedia untuk mencuci kereta walaupun ada pelanggan yang hanya mahu membayar RM1.

“Ada pelanggan kata kalau RM1 saja dia OK untuk keretanya dicuci. Saya terima dan saya cuci keretanya. Lepas cuci, dia hidupkan enjin dan saya ingatkan bayar saya tapi dia pergi macam tu saja. Tak sempat nak merasa RM1 tu, nasib saya kena tipu.”

IKLAN

Rentetan daripada itu, dia  bersyukur dipertemukan dengan  Adi yang memberikan sumbangan untuk beli buku sekolah buat anaknya. Bukan itu sahaja, Sukumaran turut menerima bantuan daripada orang ramai yang digunakan untuk perbelanjaan keluarganya.

Anak perempuannya, Shariminy yang berusia 12 tahun, pula memberitahu, dia sering membantu bapanya mencuci kereta di sekitar Shah Alam selepas tamat waktu persekolahan.

“Ayah pernah terlibat dalam kemalangan. Jadi tangannya pernah patah dan dimasukkan besi. Dia tak boleh buat kerja-kerja berat sebab kadang-kadang tangannya sakit dan perlu dirawat.”

“Sebagai anak sulung daripada dua beradik, saya cuba tolong ayah. Dia cuci kereta, saya tolong lapkan. Saya buat pun lepas waktu sekolah sampai petang, di rumah saya boleh belajar,” katanya sambil menambah, bapa menghantarnya ke sekolah setiap hari dengan menaiki motosikal sebelum memulakan kerja sebagai tukang cuci kereta.

Sumber: Adi W. Kamal|FacebookmStar Online &  Says

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI