Muzhaffar Wahab, atau lebih mesra dipanggil Muz, sejak muda memang hidupnya tak pernah lepas dari bola sepak. Dari jadi pemain futsal bawah 18 yang terbaik, penjaring terbanyak Liga DBKL, sampai wakili Putrajaya SPA ke kelayakan Liga Futsal Malaysia; bola sepak adalah dunianya. Namun seperti  banyak kisah atlet lain, satu kecederaan lutut buat impian profesionalnya terkubur.

Titik Balik yang Mengubah Segalanya

Selepas kecederaan itu, hidup Muz makin sibuk dengan kerja yang memerlukan masa banyak. Masa paling pedih bila anak pertama mereka lahir pramatang, tapi dia tak sempat temani isteri ke hospital sebab masa dan kerja yang tak mengizinkan. Momen tu buat Muz sedar, dia kena ubah jalan hidup kalau nak jadi ayah yang betul-betul hadir untuk keluarga.

Ayah Ini Buktikan Fleksibiliti Kerja Sebagai Abang Grab Boleh Jadi Jambatan Kasih Sayang!

Fleksibiliti Kerja Grab, Jalan Baru Muz

Muz pilih jadi rakan penghantar Grab sebab kerja yang fleksibel bagi peluang dia atur masa sendiri. Tak macam kerja sebelum ini yang makan masa dan buat dia jauh dengan keluarga.

Ayah Ini Buktikan Fleksibiliti Kerja Sebagai Abang Grab Boleh Jadi Jambatan Kasih Sayang!

Ads

Dengan jadual kerja yang boleh dia kawal, Muz boleh luangkan masa lebih banyak dengan anak dan isteri. Ini bukan saja buat dia rasa tenang, tapi juga bagi ruang untuk dia kembali ke hobinya yang lama iaitu bola sepak.

Bola Sepak dan Brotherhood di Piala Rakan Grab

Bersama rakan-rakan Grab lain, Muz tubuhkan pasukan bola sepak dan mereka pernah menyertai Piala Rakan Grab 2024 – sebuah kejohanan bola sepak anjuran Grab Malaysia. Walaupun tak berjaya jadi juara, perjalanan sampai ke separuh akhir sudah cukup buat dia merasa puas.

Ayah Ini Buktikan Fleksibiliti Kerja Sebagai Abang Grab Boleh Jadi Jambatan Kasih Sayang!

Ads

Ia bukan sekadar bola sepak, tapi satu ruang untuk Muz membina persahabatan baru, berkongsi pengalaman dan semangat yang sama.

Semangat Ayah dan Anak, Lebih Dari Sekadar Bola

Hari-hari Muz kini banyak dihabiskan dengan anak lelakinya, mengajar dan berkongsi minat bola sepak. Lebih dari itu, masa bersama anak memberi peluang Muz tunjukkan apa makna sebenar kasih sayang ayah — bukan sekadar beri nafkah tapi hadir dan berinteraksi.

“Sebab impian saya tak dapat capai nak jadi pemain profesional, tapi saya ada anak lelaki jadi harapnya dia boleh sambung legasi saya dan pergi lebih jauh dari yang ayah dia buat. Saya akan train dia selagi dia happy dengan futsal atau bola sepak.”

Ayah Ini Buktikan Fleksibiliti Kerja Sebagai Abang Grab Boleh Jadi Jambatan Kasih Sayang!

Mungkin impian Muz jadi pemain profesional tak tercapai, tapi dia berharap anaknya akan meneruskan legasi itu dan pergi lebih jauh. Kini, cinta dua beranak terhadap bola sepak menjadi Satu Impian, Dua Generasi.

Ads

Grab: Bukan Sekadar Kerja, Tapi Jambatan Kasih Sayang Keluarga

Kisah Muz sebenarnya menunjukkan satu perkara penting — kerja yang fleksibel seperti jadi rakan penghantar Grab bukan sekadar sumber pendapatan, tapi juga pembuka ruang bonding antara ayah dan anak. Fleksibiliti masa bagi ayah macam Muz membolehkan mereka berada lebih dekat dengan keluarga, jadi sebahagian daripada momen-momen berharga yang tidak boleh diulang.

Tunggu apa lagi, jika anda juga mahu mencipta kenangan terindah bersama keluarga, sertai Grab kerana #GrabBersamaMalaysia!

Tonton video penuh inspirasi di sini:

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI