“Ayah Kena Mild Strok, Anak Tanya Bila Nak Balik.” Dapat ‘Surprise’ Isteri Hamil Anak Ketiga, Luahan Azizulhasni Buat Ramai Sebak!

Share

Jaguh trek Datuk Azizulhasni Awang, melakar kejayaan apabila menghadiahkan pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat membendung air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini.

Kata Azizulhasni kepada Astro Arena, sukar untuk beliau meninggalkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia.

Tambah sebak lagi, Azizulhasni menerima khabar bahawa bapa tercinta di tanah air sedang bergelut dengan penyakit mild strok.

Anak mana yang sanggup melihat ibu dan ayah sakit kan. Lebih-lebih lagi apabila tinggal berjauhan.

Disebalik beliau bertungkus lumus mengharumkan nama negara di luar negara, dia terpaksa berkorban berjauhan dengan ayahnya yang sedang sakit.

“Terlalu banyak pengorbanan sebenarnya. Tadi saya teringat anak-anak dan isteri di Melburne. Daripada tingkatan tiga, tinggalkan mak ayah dan kampung. Tinggal mak sorang-sorang.

“Waktu ayah kena mild strok, adik-beradik cakap fokus pada olimpik. Jangan fikir pasal ayah.

“Bukan mudah sebenarnya…bila anak-anak hari-hari call tanya bila nak balik. Saya cakap kejap lagi dah nak habis.

“Saya dah buat yang terbaik untuk anak-anak, isteri, mak ayah dan keluarga serta rakyat Malaysia,” ujarnya dengan nada sebak.

Dalam momen penuh emosi itu juga, beliau turut ‘dihadiahkan’ satu khabar gembira apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.

Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita gembira yang disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat.

Sumber: sinar_my &  Astro Arena

IKLAN