Ayah Ni Transform Bilik Rumah Kayu Jadi Tempat Mainan Anak Bertemakan ‘Farm House’. Guna Barang Kedai RM2 Je. Sweet & Simple!

Share

Simple tapi sweet…Kreativiti seorang ayah menukarkan bilik kosong yang usang kepada bilik mainan anak perempuannya dengan tema ‘Farm House’ cukup menarik mata memandang.

Tidak menggunakan bajet yang mahal, sebaliknya saudara  Khairul Azhar hanya menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai RM2 serta Shoppee. Menarik bukan. Sejuk je mata memandang. Anak pun seronok dapat menghabiskan masa bermain di dalam bilik berkenaan.

Alhamdulillah rumah kampung, ada bilik kosong yang usang saya ubah sikit jadikan bilik main untuk anak.

Nampak ceria sikit dan harap okey laa. Tema “farm house” sesuai la dengan rumah kayu.

Barang saya beli dekat kedai Dua Ringgit dan Shopee jaa. Walaupun rumah kayu tapi kalau tacap sikit2 cantik la jugak 😍

Kredit: Khairul Azhar

IKLAN