Tidak dinafikan kebiasaannya dalam rumah kita mesti ada satu bilik yang kita jadikan tempat menyimpan pelbagai barang-barang hingga menampakkan bilik tersebut seperti ruangan stor yang sarat.
Begitu juga dengan keluarga ini, ada satu ruang bilik seperti itu. Namun bila anak-anak semakin membesar, seorang ayah ini lakukan transformasi 360 darjah sekali gus menjadikan bilik tersebutcukup selesa untuk dua orang anak lelakinya.
Nak tahu kisahnya, jom baca perkongsian penuh daripada Muhamad Muktamin Abdul Karim, sekoga turut memberi inspirasi pada yang lain.
ILHAM DEKO UNTUK BILIK ANAK
Dari sebuah bilik yg belum pernah digunakan,tempat simpan barang saja.
Ads
Dengan cetusan ilham daripada titisan hujan dan lemon segar kehujanan timbullah idea utk transform 360° ruang yg tak seberapa ini menjadi sebuah bilik selesa utk dua anak bujang kami.
Dinding kami anak beranak lukis dengan berus dan roller saja(having fun)
Ads
Seadanya saja,alhamdullilah.90% dibeli di IKEA dan selebihnya Romantika Home Deco dan juga yg dah memang ada di rumah.
Semoga sedikit sebanyak memberi ilham deko utk sahabat-sahabat grup ini.
Ads
Dalam RM2,500 boleh dapat;
1)set katil 2 tingkat tu sekali dengan 2 drawernya.
2)2 tilam
3)2 set alas tilam/quilt cover+sarung bantal
4)3 bantal
5)lampu meja+bulb sekali mcm dlm gbr
6)papan putih termasuk aksesori (3 bekas biru+rail tempat gantungnya),rak biru dan putih yg diletakkan pada papan putih tu,3 kotak kecik 3 warna pada papan putih tu,hook/cangkuk
7)Set rak pakaian dan bar penggantungnya
SEMUA INI DI IKEA
8)Gambar/frame,poket utk letak remote dll.dan lemon *beli di Romantika
9)Cat jotun biru,kuning (lukisan) dan cat putih dinding
“Selamat mendeko kerana Allah,semoga dipermudahkan ”
Nasi ayam mungkin nampak macam leceh dan susah untuk menyediakan nya. Tapi sebenarnya mudah je, kalau bahan-bahan yang perlu semuanya ada, cepat je ibu-ibu boleh buat.
Jom tengok resipi yang dikongsikan ini. Mana tahu boleh buat untuk menu tengah hari nanti. Selamat mencuba!
Bahan-bahan untuk sup
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan untuk perap ayam
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan untuk nasi
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan untuk kuah lada
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
Cara2 masak korang bole tengok setiap gambar hokeyy
kredit: amirah hussain
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui sudah menjalani prosedur peringkat awal rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usahanya untuk hamil lagi.
“InsyaAllah saya bukan makin muda. Saya sasar sebelum usia 43 tahun. Saya menjalani apa yang doktor sarankan seperti yang dilakukan ketika berusaha mendapatkan Siti Aafiyah. “Ia rezeki. Kalau lekat. jadilah. Saya berserah kepada Tuhan. Tak dapat tak mengapa. Aafiyah sudah menjadi kurniaan indah dalam hidup saya.
“Kalau saya sudah di tahap mula prosedur seterusnya yang lebih tinggi, memang saya kena rehat seperti sebelum ini. Saya pun sudah beberapa kali berjumpa doktor.
“Kalau saya diam tak aktif itu mungkin ia petanda tengah ‘mengeram’ lah itu nampaknya,” katanya yang ditemui di majlis sambutan ulang tahunnya yang ke 41 sekali meraikan kelab peminatnya Siti Zone yang mencecah usia 16 tahun Disember lalu. Dalam pada itu, Penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini mendambakan kehadiran anak lelaki memandangkan kini sudah ada anak perempuan.
“Kalau Boleh saya nak sepasang, sekarang dah ada perempuan. Insyaallah kalau ada rezeki mahu lelaki pula. Tetapi andai tiada rezeki tak mengapa saya bersyukur kerana ada Aafiyah,” ujar Siti lagi.
Mengenai majlis hari ini, Siti bersyukur kerana terus disayangi peminat tersayangnya. “Apa yang saya raih ini hingga terus disayangi serta dihargai peminat, sesuatu yang bukan mudah. Bukan semua orang dapat.
Ia rezeki besar. Saya berdoa hubungan dan ukhuwah ini akan kekal sampai akhir hayat,” katanya. Pada majlis itu, Siti turut mendendangkan lagu Anta Permana, Terang dan Cinta Luar Biasa (nyanyian Andmesh Kamaleng).
Pada majlis bertemakan konsep kostum pekerja itu, Siti memilih gaya ahli silap mata.
Siti turut menyumbangkan sumbangan peribadi kepada ahli Sitizone yang kurang bernasib baik.
Sumber: Berita Harian Online & Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalu beli cili boh kat supermarket, simpan tak sampai seminggu, dah berkulat dan berbau. Padahal baru guna sekali dua untuk masak. Frust betul.
Bagi yang melalui situasi begitu tentu menyebabkab mood memasak hilang. Mana taknya, nak masak kena cari cili kering yang baru. Proses nak buat cili boh pun ambil masa.
Jadi apa kata ikuti perkongsian ini. Cara simpan cili boh mengikut caranya boleh tahan lama sampai 3 minggu tau. Elok je dalam fridge tak kulat & tak berbau.
Jom lihat cara penyediaannya!
CARA PENYEDIAAN
Gunting cili kering kecik-kecik. Senang nak bagi biji cili tu keluar.
Dah siap, tampi guna penapis. Part ni paling best. Puas hati bila tengok biji keluar.
Rebus cili kering. Tambah sesudu garam. Rebus dalam 15-20 minit.
Lepas rebus, air rebusan tu buang. Tengok air rebus tu kadang-kadang hitam kan. So buang, bilas dengan air, nanti ada lagi saki baki biji terkeluar.
Kisar macam biasa. Tambah air ikutlah boleh blend (Kak Izz guna air Coway suhu biasa). Tambah sesudu minyak masak. Ni petua Ibu untuk kasi tahan lama.
Dah siap botolkan. Kak Izz asing-asingkan dapat 3 botol, so kalau nak masak guna satu-satu dulu.
Selamat mencuba!
Edit : Kalau nak guna chopper pun boleh juga. Tapi make sure cilinya pilih betul-betul. Kadang-kadang ada tangkai, tamouk cili, habuk guni & pernah terjumpa gumpal rambut. Takut nanti termakan sekali.