“Ayah Tukang Kebun, Ibu Mengasuh.” Hidup Susah & Hampir Tidak Bersekolah, Alha Alfa Kongsi Kisah Hidup Sebelum Berjaya. Sangat Berinspirasi!

Share

Namanya cukup terkenal dalam industri seni tanah air dek kerana kepakarannya menata rias selebriti tanah air terkenal.

Setapak demi setapak dia mendaki, kini dia mampu tersenyum lebar dengan kejayaan yang dikecapinya.

Akui Dato’ Alha Alfa atau nama sebenar,  Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, beliau pernah melalui perjalanan hidup yang sukar. Namun,  kisah hidupnya cukup  menarik dan mampu memberikan inspirasi kepada orang  lain.

Baru-baru ini, Dato’ Alha memuat naik satu perkongsian  jerih perihnya sebelum bergelar jurumekap dan berjaya seperti sekarang.

Perkongsian tersebut dimuat naik sebagai penghargaan sempena hari jadi ibunya .

“Satu masa dulu, saya memang membesar di rumah pangsa~ ayah tukang kebun, ibu mengasuh..saya duduk di bangi, di kelilingi kawan2 yang kaya raya..saya bersekolah di sekolah yang boleh dikatakan ramai anak2 “elite”..

“Saya ingat satu peristiwa ketika berdaftar di sekolah tersebut,,di sebabkan gaji ayah RM500 time tu,takde sekolah pun nak ambik saya..kebetulan satu sekolah ni,guru besar tu berhati mulia..katanya nasib saya baik sebab ada sorang pelajar tukar sekolah dan dia gantikan saya ke tempat budak tu..

Bersama ibu tersayang

“Bayangkan persekitaran saya kebanyakan anak2 orang kaya pergi sekolah naik keta2 mewah,driver hantar..kawan2 karib saya semua cakap mat saleh dengan parents..susahnya nak sesuaikan diri..diorang outing sana sini saya duk rumah..diorg pakai hp..sy public phone(lagi besar kan ??).

 

Jelas Alha lagi, daripada situlah dia membuka mata dan enggan melalui kehidupan yang susah seperti itu.

“Sangat susah sebenarnya hidup macm tu..kalau ada barang hilang,mesti kita kena tuduh..kalau bergaduh,mesti kita yang jahat..?? tapi takpe ALLAH selalu ada..target saya tak besar,saya target nak bagi ibu ayah happy diorang nak apa boleh beli pun cukup dah..kalau korang tengok gambar atas tu..ada kereta merah kan?

“Punyalah ayah jaga kereta tu..rasanya berapa kali dah kami tolak keta tu stuck tengah jalan..ada 1 kali ..naik bukit melongsor kembali dan ada 1 kali asap ezos masuk berkepuk dalam keta. Macam-macam kenangan..semua ni sangat mengajar saya kena ubah hidup family kita. Kalau orang tanya nape kahwin lambat,saya nak bagi family saya senang dulu,baru saya nak senangkan diri sendiri,sebab dari takde ape diorang ni yang banyak bantu saya.

Dalam perkongsian tersebut juga, Alha turut menceritakan ada pernah mempersoalkan kerjayanya sebagai jurumekap.

“Ibu penah ngadu,ada orang cakap kat dia “tak malu ke anak jadi pak andam?” saya cakap nak malu apa? lagi malu kalau tak kerja susahkan ibu..ape pun “starting” pekerjaan kite,buat sampai dapat hasil,,kalau tak berjaya, try lagi benda lain jangan sampai putus asa.

Malah akui anak jati Kuala Lumpur ini, berkat doa ibu bapanya dia berjaya seperti sekarang.

“Doa ibu ayah tu sebenarnya magic! benda susah jadi senang..benda  takde jadi ada..apa pun banyak pengalaman kehidupan dulu2 yang saya rasa saya masih sama..tengok cara posing n “side” bila amik gamba tu ?????????? so good luck adik2..masa abang ambik gamba kat atas tu,abang tingkatan 2  tak silap..cita2 nak jadi landscaper sebab ayah tukang kebun,so nak amik alih jawatan ayah versi versetail skit?‍??‍? now jadi lain~so tipsnya mudah, tak ada..buat cara  tak ada,jangan push mak ayah sebab nak nampak sama macam depa.jadi diri sendri ❤️happy bday ibu.

Bersama tunang tersayang.

Kisah yang dimuat naik oleh Alha ini ternyata cukup menyentuh hati dan memberikan inspirais buat semua.

kayshukor_ Tahniah dato @alhaalfa .. Semoga dato menjadi contoh semua orang untuk berjaya

mbm_attire_collections Biasanya org yg kenal erti penghargaan sesuatu perkara, sebab pernah hidup susah.

cyriea_q Inspirasi.. Tahniah… Dr kesusahn la …bjaya jd luar biasa yg dibnggkn..

delilah8.8 Sy pun tersentuh membaca…. berjaya nya kita hari ini atas keredhaan ibu dan ayah… ❤️❤️❤️ tahniah dato.. al fatihah bt arwah saya.. rindu ayah.. ssh sama2,da beso ni ayah di jemput illahi terlebih dlu…

fauziah_hashim10 Tahniah. Caption ni mmbuatkan rmai org buka mata n minda.

cik_puansuzie Such an inspiring story to boost up my morning mood!

sobellaherv_pasirgudang_kaksap Kisah suka duka satu waktu dahulu kenangan terindah buat kita..tahniah @alhaalfa alhamdulillah

eidaaa2912 Tahniah??. Jdi dorongan untk nasihatkn ank2..biau susah dulu senang kemudian..

widyazanibar sgt memotivasikan diri sy yg juga pernah susah dan dhina suatu masa dahulu.Tapi dihina bukan dgn org kaya tp org yg biasa2 tp materialistik. Ape2 pun sy salute dgn semangat anda.

Sumber: IG alhaalfa

IKLAN