Ayam Bakar Madu Western, Simple Je Caranya Tak Perlu Perap Tapi Sedap. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya!

Share

Banyak cara dan resipi untuk menu yang satu ini, ada yang mengambil masa berjam-jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tak kurang ada yang menggunakan cara yang cukup simple tapi sedap. Itulah penangan ayam bakar.

Kali ini admin kongsikan resipi ayam bakar air tangan saudara Ben Safwan, cukup simple caranya, tak perlu nak perap lama dan yang penting tetapan masa untuk bakar itu menjadikan ayam bakar ini masak elok dan hasilnya cantik.
Kalau Ben buka kedai nasi kerabu,memang camnilah ayam bakar Ben buat + sedikit bahan lagi. Camni pun sedap sangat sampai terpaksa Ben bakar kali kedua straight. Ben nak bagi resepi ayam bakar madu Western .
Gambar no 1 ialah gambar ayam bakar siap pada kali pertama ( belum ambil gambat bahan-bahan ) Sebab dah habis Mem dan Ben ratah,Ben masak kali kedua dan ambil gambar,serta tak basuh mangkuk AF sebab baru lpas guna. Tu yang ada kesan bakar pertama. Hee
Ok bahan dia untuk 2 ketul isi peha ayam + dada seperti dalam gambar ya. Bersihkan dan cucuk ayam dengan pisau serta kelat supaya perasa masuk ke dalam isi.


Resepi Ayam Bakar Madu Western
1 sudu makan minyak masak untuk ayam tak kering
1 sudu makan madu /maltosa untuk ayam berkilat/manis
1 sudu makan serbuk cili Babas untuk ayam cantik merah dan ada pedas
1 sudu teh garam bukit
1/2 sudu makan setiap jenis :
Thyme,Parsley dan Basil.
Gaul sebati dan ratakan lumur pada bahagian ayam, tak perlu perap.
Bakar dalam AF – Air Fryer dengan rahsia tetapan ini untuk dapatkan hasil cantik,ayam masak elok.
20 minit pertama suhu 170’C untuk kali pertama
Terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 170’C untuk kali kedua
Tak perlu terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 140’C supaya betul-betul masak hingga ke tulang.
Pastinya sangat berbaloi bila dimakan .
#resepibensafwan
IKLAN