Banyak cara dan resipi untuk menu yang satu ini, ada yang mengambil masa berjam-jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tak kurang ada yang menggunakan cara yang cukup simple tapi sedap. Itulah penangan ayam bakar.
Ads
Kali ini admin kongsikan resipi ayam bakar air tangan saudara Ben Safwan, cukup simple caranya, tak perlu nak perap lama dan yang penting tetapan masa untuk bakar itu menjadikan ayam bakar ini masak elok dan hasilnya cantik. Kalau Ben buka kedai nasi kerabu,memang camnilah ayam bakar Ben buat + sedikit bahan lagi. Camni pun sedap sangat sampai terpaksa Ben bakar kali kedua straight. Ben nak bagi resepi ayam bakar madu Western .
Gambar no 1 ialah gambar ayam bakar siap pada kali pertama ( belum ambil gambat bahan-bahan ) Sebab dah habis Mem dan Ben ratah,Ben masak kali kedua dan ambil gambar,serta tak basuh mangkuk AF sebab baru lpas guna. Tu yang ada kesan bakar pertama. Hee
Ok bahan dia untuk 2 ketul isi peha ayam + dada seperti dalam gambar ya. Bersihkan dan cucuk ayam dengan pisau serta kelat supaya perasa masuk ke dalam isi. Resepi Ayam Bakar Madu Western
1 sudu makan minyak masak untuk ayam tak kering
1 sudu makan madu /maltosa untuk ayam berkilat/manis
1 sudu makan serbuk cili Babas untuk ayam cantik merah dan ada pedas
1 sudu teh garam bukit
1/2 sudu makan setiap jenis :
Thyme,Parsley dan Basil.
Gaul sebati dan ratakan lumur pada bahagian ayam, tak perlu perap. Bakar dalam AF – Air Fryer dengan rahsia tetapan ini untuk dapatkan hasil cantik,ayam masak elok.
20 minit pertama suhu 170’C untuk kali pertama Terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 170’C untuk kali kedua
Tak perlu terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 140’C supaya betul-betul masak hingga ke tulang. Pastinya sangat berbaloi bila dimakan .
#resepibensafwan
Bagi keluarga yang suka makan pulut, tentunya menikmati kuih lopes ini dapat membangkitkan selera. Tentu enak dimakan ketika minum petang bersama keluarga.
Tidak dinafikan juga, menyediakan menu lopis ini lain orang lain caranya. Jadi buat yang belum pernah menyediakannya, jom pelajari teknik menyediakannya seperti ini.
Siapa suka kuih tradisi nenek moyang kita ni..meh munculkan diri..hehehehe..lain orang lain cara penyediaannya kan..saya share resepi cara saya
Kuih lopes
Beras pulut
Daun pandan
Air daun pandan
Pewarna hijau
Garam
Bahan untuk air gula merah
Gula merah(warna gelap)
Gula putih sedikit sahaja
Daun pandan
Daun pisang(balut pulut)
Benang(untuk potong pulut)
Kelapa putih(salut pulut)
Cara penyediaannya
1)Basuh beras pulut dan sukat air macam biasa..masukkan air daun pandan..masukkan pewarna hijau dan msukkan sedikit garam
2)Masak pulut dalam rice cooker..dan masak sejukkan
3)Layur daun pisang..ambil pulut kemudian buat bentuk silinder..saiz bergantung kepada selera masing-masing..ikat kemas dengan getah kiri dan kanan
4)Kukus seketika pulut yang telah dibalut tadi..sejukkan
5)Ikat benang pada besi atau paku..kemudian buat lilitan pada pulut dan tarik.. pulut akan terbelah dgn cantik dan tidak melekat
6)Kelapa putih yang telah diletak sedikit garam kukus seketika dan gaul pulut yang telah dipotong
7)Untuk air gula merah pula..masukkan gula merah..sedikit gula putih..air dan daun pandan..masak sampai pekat kemudian tapis..sejukkan dan sedia untuk dimakan
p/s:sukatan terpulang kepada banyak mana anda nak masak ye.selamat mencuba
Sumber : Boy Es Zu’echa via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cabaran menguruskan anak sakit bukanlah semudah yang disangkakan. Sementelah ia berlaku tanpa disangka, sehari sebelum divaksin. Demikian yang menimpa anak sulung pengacara dan penyampai berita Hotfm jatuh sakit akibat Radang Paru-Paru manakala anak kedua pula menghidap Batuk Kokol.
“Waktu anak sulung memang tiada masalah, tetapi lahir anak kedua berbeza. Baru berumur sebulan, dia jatuh sakit. Waktu itu, saya dan isteri agak terkejut kerana tidak pernah alami situasi sedemikian. Hampir sebulan anak kedua masuk hospital akibat batuk kokol.
“Awalnya ingat sekadar batuk biasa, tetapi siapa sangka. Dua hari sebelum mendapat vaksin, Chayra jatuh sakit. Sebagai bapa, saya tidak elak anak mengambil vaksin tetapi sudah ketentuanNya.
“Vaksin yang patut di ambil untuk mengelak penyakit tersebut tetapi belum sempat berbuat demkian anak sakit. Mungkin Allah nak bagi ‘rasa’ penyakit tersebut. Sementelah anak pula perempuan jadi agak lemah untuk melawan.
“Nasihat saya pada ibu bapa lain, jangan elak untuk memberikan vaksin kepada anak-anak kerana kita tak tahu situasi penyakit sekarang. Bukan nak kata kalau kita mengambil vaksin anak-anak selamat dari semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya kita mencegah dari awal. Apa salahnya kita menjadi ibu bapa yang berusaha demi kebaikan anak-anak. Tak ada ruginya kalau kita memberikan suntikan vaksin pada anak-anak,”jelas Haziq lagi.
Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, 28, mengakui, tidak mudah menyembunyikan resah ketika bertugas apabila dua anaknya dimasukkan ke hospital, dia terpaksa cekalkan hati kerana tidak mahu tumpuannya terhadap tugas terganggu.
“Ujian Allah apabila dua anak saya dimasukkan ke hospital kerana menghidap radang paru-paru. Setiap kali ke konti, saya ketepikan dulu semua masalah dan memberikan fokus kepada kerjaya kerana itu periuk nasi saya. Begitu juga ketika mengendalikan program Muzik Muzik, saya berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan keresahan, biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu,” katanya.
Haziq berkata, anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan, mengalami batuk berterusan sejak empat bulan lalu. Manakala sebelum itu, anak keduanya, Chayra Auliya, empat bulan diserang batuk kokol sejak September tahun lalu.
“Sebulan lebih di hospital, saya dan isteri bergilir-gilir. Saya jaga anak sulung di rumah, manakala isteri duduk di hospital dengan anak kedua kami. Pagi saya akan ke hospital terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja.
“Mujur anak kedua tidak banyak kerenah. Sebagai ayah, ini adalah cabaran yang cukup besar. Tetapi saya sabarkan isteri insya-Allah anak akan kuat apabila besar kelak,” ujar Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari, 28, pada Julai 2016.
Jelas Haziq lagi, orang selalu tanya bagaimana dia membahagikan masa dengan kerja dengan keluarga memandangkan anak sakit dan dalam masa yang sama kena fokus pada kerja.
“Siapa yang nak cari duit untuk famili kalau saya berhenti berbuat demikian. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang cukup prihatin dan memahami. Dia minta saya fokus pada kerja dan tentang anak serahkan padanya. Tidak timbul soal penat cuma waktu itu saya rasa kena ada dengan anak-anak dan kuat untuk mereka. Kami sama-sama hadap segala susah dan senang bersama.
“Selepas anak-anak jatuh sakit, waktu itulah kami belajar dan selalu bertanya dengan ramai doktor. Isteri banyak belajar tentang penjagaan anak-anak sakit. Walaupun kami muda namun tidak bermakna tak boleh handle situasi berkenaan. Daripada situ kami belajar banyak benda sebenarnya.
“Selain itu, ada ramai yang membantu termasuklah ustaz yang ikhtiar untuk berubat. Ada juga doa yang wajib dibaca dan siap diberi voice note untuk memudahkan saya belajar. Selain itu saya selalu amalkan ayat kursi dan juga yassin,”ujar Haziq lagi.
Dalam masa yang sama, Haziq mengakui apa yang dilaluinya adalah kerana Allah ‘tekan suis’ supaya tidak lalai dan leka dengan dunia.
“Walaupun Allah turunkan cabaran dan dugaan, jadi saya mulai sedar sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Daripada situ saya susun waktu bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama, saya dan isteri juga menitik beratkan penjagaan kesihatan yang lebih terperinci bagi memastikan anak-anak tidak mengalami situasi seperti sebelum ini.
“Jadi, saya dan isteri sepakat untuk membeli strerelizer untuk rumah bagi membasmi segala penyakit dan habuk selain penggunaan aromaterapi. Bukan itu sahaja,setiap kali anak batuk saya terus ambil video dan hantar kepada doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya juga elakkan mereka bertemu dengan orang ramai terutama anak kedua kami, Chayra memandangkan antibodinya tidak sekuat anak sulung,”jelas Haziq lagi.
Bertarung nyawa
Baru lima tahun bertapak dalam industri seni, Haziq sudah merangkul anugerah penyampai radio popular. Pun begitu, dia merasakan dirinya masih ‘kecil’ dibandingkan artis yang lain.
“Saya kini menggunakan nama Haziq Husni sebagai penjenamaan diri baik dalam bidang pengacara, penyanyi, dan juga penyampai radio. Alhamdulillah, selepas anak sakit, rezeki datang mencurah-curah.
“Saya kini sudah memiliki sepasang anak. Waktu anak sulung saya tidak berpeluang untuk masuk bilik pembedahan. Tetapi peluang diperoleh waktu anak kedua, awalnya saya tak nak tengok kerana takut tetapi bila pertama kali melihat membuatkan saya bertambah sayang pada isteri kerana dia terpaksa melalui kesusahan dalam melahirkan zuriat kami.
“Bukan nak kata bersalin secara pembedahan lagi teruk tetapi pointnya di sini adalah semua ibu tak kisah bagaimana dia bersalin normal mahupun pembedahan, dia adalah tetap seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jadi jangan pandang remeh pada ibu-ibu yang melahirkan anak,” ulas Haziq mengakhiri bicaranya.
Menarik nampak resipi ni, mudah pula tu. Tak perlu nak guna oven. Cukup mudah. Resepi Biscoff Cheesecake ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Jom cuba resipi dariNani Mohd.
Assalamualaikum hi semua, disebabkan lotus biscoff cheese cake sekarang tengah viral saya nak share resepi yang saya buat untuk makan dan jual. Tapi sebelum tu saya beginners je. Resepi asal dari Yatiekitchen . Terima kasih Yatiekitchen untuk resepinya. Cuma ni saya olah sikit untuk meniaga dan makan sendiri.
Resepi Non-bake Lotus Biscoff Cheese Cake
Crust:
125 gram lotus biscuits
45 gram unsalted butter – anchor Cream cheese:
250 gram cream cheese – royal victoria
150 gram whipping cream(dairy) – anchor
25 gram castor sugar
1 tbsp biscoff spread Cara-cara:
1.Hancurkan lotus biscuits (mula mula buat saya buat manual then saya beli food processor, so mana mana tiada masalah)
2. Cairkan butter, kemudian satukan dengan biskut yang dah hancur tadi. Kacau rata
3. Letak dalam loyang saiz 6′ inci. Rata dan padatkan. Chill dalam fridge.
4. Sementara tu, keluarkan 15 minit cream cheese bagi lembut sedikit sebelum tu. Kemudian beat cream cheese sehingga ber’creamy’ dan masukkan 1 tbsp biscoff spread tadi.
5. Whip kan whipping cream dengan castor sugar sehingga stiff peak. Jangan over beat. Agak2 kalau tuang tak tumpah, dah boleh stop.
6. Tuang dalam loyang dan chill lagi dalam fridge.
7. Cairkan 180 gm biscoff spread(saya guna kaedah double boil) dan biar sehingga sejuk. Dah sejuk tuang dalam loyang, kalau nak buat deco untuk drip boleh simpan sikit. Then chill kan 3-4 jam. Dah betul-betul sejuk boleh keluarkan dari loyang dan boleh la makan ️ – Untuk jual saya biasa chill kan semalaman. Supaya cream tu lebih selamat untuk di delivery. -Saya guna loyang loose pan bukan spring form. – Saiz mini tu saya jual RM15 bekas sq350. Satu adunan bahagi 5 bekas. – Biscoff tu saya dapat stock dari bakeries atau jaya grocer. Tapi sekarang banyak sold out, boleh dapatkan dengan shoppee dan lazada juga – Biscoff ni rasa dia caramelized biscuits, siapa suka caramel mesti suka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di