Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam berlangsungnya majlis menyambut menantu di sebelah keluarga suami Elly Mazlein. Rata-rata memuji Elly yang juga mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom tampak begitu manis dan ayu dengan persalinan putih. Lengkap bersama tudung rona senada.
Dalam perkongsiannya, Elly berterima kasih penerimaan baik keluarga sebelah lelakinya.
Majlis sambut menantu diadakan di kampung Cikgu Azlan meriah dengan kehadiran ramai tetamu bagi meraikan kedua mempelai.
Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua.. Tq kerana bg lina rasa semua ni ..Tq atas kasih sayang ini ❤ .. Terasa diri disayangi 🙏🙏🙏 Alhamdulillah 🌷28 January 2020 🌷
Dalam pada itu, Elly turut memuat naik beberapa keping gambar selepas selesai majlis tersebut. Apa yang membuatkan netizen kagum adalah sikap ‘humble’ dan tidak kekok Elly bersama ahli keluarga suaminya
Selain itu, apa yang menarik perhatian warganet adalah aktiviti selepas majlis sambut menantu itu berlangsung.
Dengan pakaian serba ringkas, Elly sama-sama membantu mencuci periuk kuali lauk kenduri yang berlangsung. Yang lebih melucukan sekeping gambar menampakkan isteri kesayangan Muhammad Azlan ini memakai selipar berenda. Comel je!
Hubungan intim menjadi nadi terhebat dalam sesebuah rumah tangga. Apa gunanya berkahwin jika amalan yang satu ini dibiarkan sepi. Tak gitu?
Namun begitu, suasana dan mood kena lebih hebat, jangan dibiarkan mati atau ‘turn off’ begitu sahaja gara-gara bau yang kurang enak ketika ‘bersama’. Tentu mati mood dibuatnya. Silap-silap anda sendiri tidak mahu untuk turut sama berlayar.
Nyata selain bau badan yang enak dan harum yang dikeluarkan oleh tubuh secara semula jadi, wangian tambahan lain mampu membangkitkan rasa ghairah sekali gus mencuit hati suami di sisi. Apa suami atau isteri kena buat? Ha..baca ni!
Wangian Tubuh Semula jadi
Semua tubuh mengeluarkan bau-bauan semula jadi yang datangnya daripada ‘dalam’. Olahan lembut bau-bauan badan ini dengan corak pemakanan kita setiap hari akan menghasilkan bau tubuh yang berbeza dengan orang lain. Bagi wanita, bauan inilah yang menjadi kegilaan suami. Elakkan makan makanan berempah dan bawang dalam jumlah yang banyak. Gabungan ini akan menghasilkan bau yang kurang enak.
Bersih & Segar
Tidak hanya pemakanan berperanan, aspek kebersihan diri juga meninggalkan kuasa bau yang cukup kuat pada tubuh. Membersihkan tubuh sekurang-kurangnya dua kali sehari buat tubuh lebih bersih dan mampu membuang segala kotoran yang meninggalkan bau kurang enak. Beri penekanan lebih pada alat sulit, bawah lipatan, rambut serta bawah lengan yang menjadi tempat pengumpul bau. Alirkan air di kawasan ini dengan baik.
Sapuan Losen
Bangkitkan ghairah suami dengan sapuan losen enak ke tubuh. Selepas mandi, oles kan losen ke serata tubuh anda. Losen buat anda lebih seksi malah mampu membangkitkan rasa ghairah anda dan pasangan. Ketika sapuan ini disapu lembut ke tubuh juga sudah buat suami menanti dengan geram di sisi. Apa lagi kala ciuman sudah mula lekat di tubuh. Pasti bahagia itu milik anda selamanya.
Semburan Minyak Wangi
Lelaki pasti kalah dengan wangian anda. Apalagi kala wangian segar ini datangnya daripada isteri tercinta. Anda juga pasti suka bila sang suami asyik melekat sahaja pada anda. Semburkan wangian sebelum anda mempersiapkan diri ke kamar beradu. Tidak usah berlebih, cukup hanya sekali semburan. Wangian bunga segar seperti mawar, lily, jasmine atau lavender cukup menarik ghairah suami. Bagi isteri pula, semburan aroma ‘musk’ atau kasturi daripada suami cukup buat anda panas di ranjang.
Minyak Wangi Pilihan Suami
Christopher Brosius, seorang pengkaji minyak wangi daripada CB Limited di New York City mengungkapkan pemakaian minyak wangi yang disukai pasangan lebih menyenangkan hati suami malah wangian kegemaran ini buat suami lebih ghairah saban waktu.
Cuba semburkan wangian ini kala suami tiada mood. Pasti berkesan. Tidak hanya membangkitkan ghairah, wangian ini juga mampu membuatkan imbasan kenangan bersama pasangan.
Lilin Sebagai Pelengkap
Lilin mengeluarkan bauan yang cukup eksotik. Malah ia meninggalkan mood yang luar biasa pada satu-satu sudut. Letakkan lilin ini di kiri dan kanan meja sisi bilik anda dan biarkan ia terpasang seketika sebelum waktu ‘bersama’. Aroma kuat daripada lilin segar ini buat anda lebih ‘jiwa’ untuk berlayar.
Penyalaan Aromaterapi
Aromaterapi sememangnya digalakkan kerana ia bersifat menenangkan. Malah penyalaan lilin juga meniup mood romantik lagi segar di ruang peribadi anda. Nyalakan 30 minit sebelum anda tidur dan rasakan kuasanya. Bau-bauan segar seperti mawar, kayu-kayuan, lavender serta jasmine buat anda lebih relaks dan bangkit ghairah untuk melakukan hubungan intim. Cuba sekarang!.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peti sejuk ruang menyimpan makanan yang harus dijaga dari sebarang kekotoran bagi menghindari kuman atau serangga seperti lipas masuk ke dalam.
Nampak leceh dan banyak kerja, tetapi sebenarnya bukan susah pun jika anda mahu bersihkan peti ais. Cuba tip mudah ini untuk membersihkannya dengan cara yang betul.
Sebelum itu, pastikan keselamatan diutamakan. Tutup suis plag peti sejuk dan cabut wayarnya terlebih dahulu apabila hendak mencucinya. Jangan membahayakan diri memulakan pembersihan semasa suis masih ‘on’. Anda mungkin akan terkena kejutan elektrik dan boleh membawa maut.
Berikut cara mudah mencuci peti sejuk. Jom semak:
Keluarkan semua makanan yang ada dan letakkan dia atas meja atau diman-mana tempat yang sesuai. Jika ruang sudah kosong, cuba periksa jika ada sebarang kerosakan sebelum membersihkannya.
Kebersihan peti sejuk harus dijaga, jika tidak, kekotoran yang ada akan memberi kesan kepada makanan yang disimpan dan boleh menyebabkan serangga seperti lipas masuk ke dalam peti ais anda. Tak susah malah senang dan mudah sahaja untuk bersihkan peti ais anda, cuba lihat 6 tips bagaimana anda perlu bersihkan peti ais dengan cara yang betul. Mari kita lihat !
2. Buang Makanan Yang Sudah Berkulat Atau Tidak Elok
Perkara ini untuk mengelakkan peti ais anda berbau busuk. Jangan simpan makanan terlalu lama, ia akan menyebabkan keluarnya sejenis lendir yang mungkin akan susahkan anda untuk bersih peti ais tersebut.
3. Keluarkan Bahagian Tray Plastik / Kaca
Sementara menunggu ais melekat tadi cair, anda keluarkanlah rak lapisan demi lapisan atau bekas dari peti dan cuci dengan sabun terlebih dahulu serta bilaskan hingga kering.
Basuh dan cuci kesemua tray tersebut dengan sabun. Bilas sehingga anda pasti ia benar-benar bersih. Kemudian, lap dan keringkan satu persatu.
Setiap bahagian peti sejuk bersihkan dengan menggunakan kain. Kalau nak betul-betul bersih, guna 2 sudu the baking soda dan campur dengan satu cawan air panas. Jangan guna pencuci kimia, nanti akan menyebabkan peti ais anda berbau.
4. Susun makanan Ikut kesesuaian
Susun makanan mengikut kesenangan anda untuk mencapai makanan. Rak pertama biasanya sesuai letak buah-buahan, coklat dan sebagainya. Tray seterusnya letak makanan ikut kesesuaian jenis makanan. Pastikan jangan letak makanan basah di ruang tray tersebut.
5. Wangikan Peti Sejuk Anda
Gunakan esen vanilla untuk mewangikannya.kalau nak senang, guna je lemon. Untuk menimbulkan bau lemon, peras isi dan air lemon kemudian bekukan air lemon itu. Letak bahagian kulit lemon itu di dalam drawe atau di celah-celah tray tersebut.
6. Bersih Bahagian Luar Peti Sejuk
Tengok bahagian luar peti sejuk jenis material macam mana terlebih dahulu. Jika material keluli tak tahan karat, guna kertas tuala, jika untuk keluli tahan karat, bersihkan dengan kain microfiber bersama cuka putih dan sapu ke permukaan peti sejuk anda. dan akhirnya siap!
7. Tutup makanan
Jika terdapat makanan seperti daging, ayam atau ikan, sediakan bekas yang berisi ais yang banyak dan penuh lalu ditutup sementara mencuci peti ais. Begitu juga pada aiskrim, simpan aiskrim dalam satu bekas yang berisi ais yang banyak agar ia selamat dari cair.
8. Habiskan Makanan Tak Tahan Lama
Untuk minuman segera segar seperti susu segar, ia mungkin tidak boleh
disimpan lama setelah dibiarkan lama dalam suhu bilik. Anda dinasihatkan
menghabiskan minuman tersebut sebelum ia basi.
8 Buka Pintu
Buka peti ais di bahagian sejuk beku dan biarkan seketika supaya ais yang keras menjadi cair. Anda tidak perlu mencungkil ais dari peti atau menuang air panas.
9. Guna Berus Lembut
Setelah kering, cuci dengan menggunakan berus lembut agar peti anda tidak tercalar. Gunakan berus dengan sabun agar tempat menyimpan peti lebih wangi daripada bau busuk dan kotoran sisa bahan makanan.
10. Lap Bahagian bawah
Setelah siap mencuci dengan sabun, lap di bahagian atas peti dahulu. Pastikan air tidak menitik ke bawah lagi dan mengganggu proses mencuci di bahagian bawah peti. Kemudian, lap pula bahagian bawah peti dan pastikan tiada kotoran dan habuk melekat di setiap sudut peti.
Setelah siap. barulah masukkan semula rak atau bekas mengikut lapisan asal peti. Kemudian, suis ‘on’ semula peti tadi dan biar peti sejuk seketika sambil semua pintu ditutup.
Sumber: Erafm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.