Ayam Korea Rangup, Tak Susah Pun Nak Buat. Begini Cara Masaknya & Memang Rugi Kalau Tak Cuba Sendiri!

Share

Mencuba rasa keenakan hidangan ayam bersalut sos yang digoreng rangup di restoran makanan Korea tentunya memberi kepuasan rasa buat penggemarnya. Pun begitu, jika ingin menjamu rasa di restoran Korea setiap waktu, boleh ‘rabak’ juga duit poket. Maklumlah harganya boleh tahan juga. Lebih-lebih lagi kalau kita hendak menjamu seisi keluarga. Memang perlukan bajet yang banyak berbanding makan di restoran biasa.

Pun begitu, jangan risau anda masih tetap boleh menikmati keenakan rasa  hidangan Ayam Korea dengan cara jimat bila anda menyediakan sendiri menu tersebut di rumah. Resipinya sebagaimana yang dikongsikan oleh Wan LuQman.

Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba sediakan menu special ini untuk keluarga tercinta.

RESIPI AYAM KOREA, gerenti rangup!

Siapa suka ayam korea? Kander pernah makan kat restoran 4 fingers tu je…sedap gila ayam dia. Tapi kat 4 Fingers tu mahal kan…kalau tengok dalam FoodPanda, set 6 ketul ayam dia boleh beli 2 ekor ayam gitu harganya. Kalau anak ramai, kopak poket ye.

Jangan risau kander kan ade…hehe…Meh sini kita buat ayam Korea. Kalau negara barat dipanggil buffalo wings, tapi buffalo wings dia ada campuran macam-macam  lagi untuk coating sos dia…kalau Jepun chicken teriyaki tapi menggunakan ayam katsu (kesamaan dari segi nak buat sos teriyaki).

Resipi yang kander share ni more to korean, rasa hampir sama sebijik macam kat 4 fingers. Jommm..!!

Kander gerenti ayam ni sangat-sangat rangup

BAHAN

– 5 KETUL KEPAM AYAM (Potong dua. Ambik drummet dan winglet ya)

– 6 SUDU KICAP CAIR (BELI YG LESS SALT)

– 5 SUDU MADU

– 2 SUDU TOMATO (BOLEH GANTI DENGAN CUKA KALAU TAKDE)

– 3-5 ULAS BAWANG PUTIH

– SEDIKIT HALIA

– CILI FLAKES / CILI KECIK DIGUNTING KECIK-KECIK

– TEPUNG UBI KAYU ATAU TEPUNG JAGUNG (NAK LEBIH RANGUP, GUNA TEPUNG UBI ATAU POTATO STARCH)

– BIJAN

– MINYAK MASAK

– KUALI

– SUDIP

Ni bahan-bahan dia lah ye. Ayam tu kita brine sekejap dalam 30mins ke. Brine tu rendam dalam air garam.

Okay bile dah brine, bilas ayam tu. Letakkan dalam penapis. Taknak terlalu basah nanti kacau sewaktu proses coating..jadi basah macam bancuhan pisang goreng pulak nanti.

Sesambil tunggu minyak panas, kita coat ayam ni 1 per 1.

Masukkan satu per satu ye. BUKAN goreng satu per satu….kalu tak pukul berape la korang dapat makan. Haha

Okay, ayam ni kena double fry. Goreng dalam 5-10mins atau sehingga coating tepung tu dah matang, boleh angkat. Jangan risau memang nampak putih pucat. Biarkan je api kuali tu ke paling kecik. Jangan tutup api dapur tu…

Sesambil rehatkan ayam tu dalam 5-10min, kite prepare bahan sos

Cincang halus halia dan bawang putih tu ya.

Dah habis cincang, masukkan balik ayam ke dalam minyak yang maintain panas

Sesambil tunggu double fry siap, kita buat sos dia terus

Tumis sekaligus bawang putih, halia dan chilli flakes. Kalau nak lagi pedas, lebihkan cili flakes. Tumis sehingga sedikit garing atau sehingga naik bau

Masukkan kicap cair, sos tomato, madu.

Kacau sebati dan masak sehingga dia pekat. Kalau terlalu pekat, campur 1-2 sudu air…jangan cair ye. Ayam korea ni dia mesti sticky.

Ayam dah siap digoreng, estimated 5-10mins atau warna dia dah golden brown. Angkat…

Sesambil masak sos yang dah siap tu, masukkan ayam ke dalam kuali.

Gaul sekata.

Tadaaa….dah siap. Tak susah pun nak buat.

Taburkan bijan dan daun bawang kalau ade.

Serious sissss…rangup sangat²

Takyah dah la pegi 4 Fingers. Kander nak buka restoran Middlefingers. Wakaka

Sumber : Wan LuQman

IKLAN