Masakan bertemakan ayam memang menjadi kegemaran sekeluarga. Tambah lagi, jika nak buat pun mudah.
Begitu dengan perkongsian puan Norhafizan Ezan Sulaiman yang berkongsi resipi ayam masak kicap. Lebih sedap apabila aroma daun kari dan kuah yang pekat tentu menambah selera. Malah resipi ini viral telah dishare lebih 83K.
Mesti best ni. Jom buat lunch hari ni. Bahan-bahan memamg ada di rak dapur.
Susah nak pancing anak-anak makan buah? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni. Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah kan.
Resipi ini bukan sahaja lazat, malah sihat. Malah rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain. Jom cuba!
RESEPI SALAD BUAH BERKRIM
BAHAN-BAHAN
Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
Susu Pekat
Cheddar Cheese
Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
CARA-CARA
1. POTONG & KUPAS BUAH
Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
2. POTONG CHEDDAR CHEESE
Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL
Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
4. GAUL KRIM
Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.
Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.
Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
5. MASUKKAN BUAH
Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.
6. SEJUKKAN
Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk baru sedap.
Seakan satu kepuasan bagi kita ibu-ibu ini dalam menyediakan menu jika hidangan yang disediakan bukan sahaja digemari oleh seisi keluarga malah cantik pula bila kita melihat hasil air tangan sendiri terhidang di atas meja.
Apatah lagi ketika menyediakan kuih muih tradisi seperti kuih lapis. Gabungan adunan yang sempurna akan dapat menghasilkan lapisan yang nampak licin, cantik bahkan dapat pula dibuka setiap lapisan satu persatu, itu satu kelebihan!
Andai itu hasilnya, memang terasa diri ini seakan seorang chef profesional! Apa tidaknya, menyediakan kuih tradisi bukan semua orang boleh buat tetapi perlu juga kepakaran barulah menjadi.
Pun begitu buat yang baru ingin mencuba menyediakan kuih lapis ini untuk keluarga, usah kecewa kerana dengan adanya resipi yang terbaik dapat juga memudahkan kita untuk dapatkan hasil yang sedemikian.
Menyentuh tentang resipi kuih lapis apabila ditinjau di media sosial memang diakui begitu banyak versinya. Namun dalam banyak-banyak resipi, perkongsian daripada Aezween di beberapa group masakan ternyata mampu mencuri tumpuan warganet.
Kuih Lapis
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Cara penyediaannya
Langkah 1 : Blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian
Fedtri Yahya berkongsi peringatan mengenai bahaya sihir pemisah yang boleh merosakkan rumah tangga, memberi kesan kepada anak-anak serta menggugat keharmonian institusi keluarga.