Ayam Masak Ungkep, Bahan Main Campak-campak Dalam Kuali Je Pun Jadi!

Share

Musim cuti sekolah ini mula lah anak-anak buat permintaan menu istimewa dan kalau boleh berbeza daripada makanan yang biasa dimakan.  Maklumlah pada hari-hari biasa bila semua sibuk, menu yang serba ringkas sahaja yang boleh disediakan dan yang menjadi kelaziman.

Jadi alang-alang semua anak-anak ada dirumah dan sebagai meraikan selera keluarga  untuk memberi kelainan dalam penyediaan menu. Apa kata anda cuba sediakan menu Ayam Ungkep ini yang tidak rumit untuk disediakan.

 

 

Bahkan menu ini rupanya paling senang dibuat seperti mana yang dikongsikan oleh  Che Eda ni. Bahan-bahan yang digunakan hanya perlu ditumbuk kemudian ‘campak-campak’  dalam kuali dan siap!

Resipi Ayam Ungkep

Bahan-bahan:

Serai 2 Batang -Titik
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
Kunyit Hidup (Besar Ibu Jari) – tumbuk
Cili padi (ikut citarasa) Saya suka pedas sikit – tumbuk

Ketumbar peket Kecik -rendam dulu supaya senang tumbuk (Tapi kan aida tak ada yang biji.. Tak perasan pula sudah habis jadi saya  pakai yang serbuk la) – tumbuk

 

 

Kunyit serbuk 1 sudu (yang ni nak bagi warna ja kalau warna dari kunyit hidup tak cukup. Kalau cukup ok tak perlu  letak dah)
Asam Jawa 1 sudu makan
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup Periuk hingga ayam masak.


3.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat dan siap.

Sumber : daridapuraida via Resepi Sheila Rusly Fans

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN