Musim cuti sekolah ini mula lah anak-anak buat permintaan menu istimewa dan kalau boleh berbeza daripada makanan yang biasa dimakan. Maklumlah pada hari-hari biasa bila semua sibuk, menu yang serba ringkas sahaja yang boleh disediakan dan yang menjadi kelaziman.
Jadi alang-alang semua anak-anak ada dirumah dan sebagai meraikan selera keluarga untuk memberi kelainan dalam penyediaan menu. Apa kata anda cuba sediakan menu Ayam Ungkep ini yang tidak rumit untuk disediakan.
Bahkan menu ini rupanya paling senang dibuat seperti mana yang dikongsikan oleh Che Eda ni. Bahan-bahan yang digunakan hanya perlu ditumbuk kemudian ‘campak-campak’ dalam kuali dan siap!
Resipi Ayam Ungkep
Bahan-bahan:
Ads
Serai 2 Batang -Titik
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
Kunyit Hidup (Besar Ibu Jari) – tumbuk
Cili padi (ikut citarasa) Saya suka pedas sikit – tumbuk
Ketumbar peket Kecik -rendam dulu supaya senang tumbuk (Tapi kan aida tak ada yang biji.. Tak perasan pula sudah habis jadi saya pakai yang serbuk la) – tumbuk
Kunyit serbuk 1 sudu (yang ni nak bagi warna ja kalau warna dari kunyit hidup tak cukup. Kalau cukup ok tak perlu letak dah)
Asam Jawa 1 sudu makan
Gula dan garam secukup rasa
Ads
Cara-cara
1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup Periuk hingga ayam masak.
3.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat dan siap.
Peribahasa ada mengatakan ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ dan itulah yang paling tepat untuk menggambarkan betapa dua sahabat baik ini berusaha gigih membuka gerai ‘Pulut & Kopi’ untuk mencari duit poket dan sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana (master).
Bertemankan dengan sebuah van usang dan sekaki payung, dua wanita ini yang dikenali sebagai Nor Fazrina Fazrin Hassan, 27, dan Iffah Irdina, 25 memulakan bisnes yang dahulunya bermula dari rumah kini perniagaan mereka semakin di kenali ramai malah menjadi sebut-sebutan.
Difahamkan dua sahabat ini saling bersahabat baik ketika masing-masing menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Selepas tamat degree pada tahun 2019, mereka mula menjual pulut serta rendang secara online. Mereka juga lakukan COD (cash on delivery) kepada pelanggannya.
Memetik cerita yang dikongsikan bersama mStar disebalik pembukaan gerai mereka, nyata punya kisah yang cukup memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lainnya.
“Bila nak sambung master, kami teruskan bisnes ini…susah juga kalau belajar dan bekerja dengan mana-mana company sebab terikat. Lebih mudah jika bekerja sendiri sebab kita boleh manage masa sendiri.
“Bermula Fabruari 2021, kami beranikan diri buka gerai kecil tepi jalan di Bandar Teknologi Kajang sehingga sekarang. Konsep yang kami ketengahkan adalah ‘old school’ untuk tampilkan kelainan,” jelas Iffad Irdina atau lebih mesra disapa Irdina.
Beli Van Usang RM200
Menurut Irdina lagi, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi mereka pada peringkat awal pembukaan gerai tersebut sebelum berada pada tahap sekarang.
“Mula-mula lagi kami sudah berdepan cabaran, kami naik motor je COD kepada pelanggan. Kemudian bila nak buka gerai, kami ragu-ragu juga. Boleh ke orang terima kombunasi pulut dan kopi. Tapi kami tekadkan juga.
“Kami beli van usang dari jiran dengan harga RM200 secara tunai hasil berniaga. Kami belanjakan RM600 untuk baiki sebab van tu dah tak bergerak tiga tahun. Kemudian beli payung putih untuk kenakan dengan konsep yang kami ketengahkan.
“Bila dah buka gerai, cabaran seterusnya adalah macam mana nak trik pelanggan. Ambil masa juga sebelum dapat sambutan. Kami bekerja keras buat marketing sendiri di media sosial.
“Dan kalau sebut gerai tepi jalan, sudah tentu cabaran utama adalah cuaca. Pernah juga pulut yang dijual tak sempat habis kerana hujan,” ujarnya yang merupakan penuntut jurusan Statistik.
Resipi Dari Ibu, 5 Bulan Belajar Masak
Apabila diajukan soalan berkenaan menu yang dijual di gerai Pulut & Kopi, ternyata ada tiga menu iaitu pulut rendang ayam kuning, pulut rendang daging hitam dan pulut balado bilis petai serta 16 jenis air kopi yang enak.
“Pulut kami masak sendiri di rumah. Resipi dari ibu saya. Kami bermula dengan kosong dan dalam tempoh lima bulan belajar masak pulut. Sekarang menanal lima kg pulut setiap hari dan 10 kg pada hari minggu.
“Rutin kami bermula seawal jam 4 pagi. Selepas selesai masak, kami akan buka gerai dan tutup sekitar 3 petang. Waktu malam pula kami kena masuk kelas. Sememangnya agak meletihkan tapi kamu puas.
“Lebih-lebih lagi bila dapat sambutan, orang ramai boleh terima kombinasi pulut dan kopi. Paling terharu, ada yang sanggup datang dari jauh seperti Melaka, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya untuk merasai menu di gerai Pulut & Kopi kami,”ujar Fazrin yang merupakan penuntut jurusan Media Baru dan Visual.
Perancangan Masa Depan
Setelah setahun berniaga tepi jalan, impian mereka untuk membuka sebuah café bakal direalisasikan tidak lama lagi.
“InsyaAllah tahun ini kami akan buka café yang terletak di Bandar Teknologi Kajang.
“Buar orang muda di luar sana yang ingin menceburi bisnes, kami sarankan cuba sahaja dan kena berani. Paling penting cuba jadi kreatif, cari kelainan. Kalau sama susah juga sebab ada persaigan. Dan yakin dengan konsep yang diketengahkan,” ujar mereka lagi.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Daun herba atau sayur hijau sering digunakan namun jangka hayatnya tidak tahan lama. Jika beli dalam kuantiti yang banyak ia cepat rosak. Tetapi waktu masak, biasanya daun seperti ketumbar, daun kunyit dan limau purut bukanlah diguna banyak pun.
Hanya sedikit sahaja, jadi sayang lebihan itu kalau dibiarkan lama dalam peti mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara jika ibu-ibu mahu sayuran ini tahan lebih lama.
Jom ikut petua yang dikongsikan oleh Nik Hazifah jika mahu kekalkan kesegaran dedaun. Tak perlu lagi nak ke kedai beli yang baru jika mahu menggunakannya.
“Aiskrim” ketumbar, daun kunyit dan daun limau purut. Guna plastik aiskrim, masukkan daun-daun tu, masukkan air paip dan ikat. Masukkan dalam freezer. Jimat space dalam freezer.
Ni adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ni.. Kadang beli nak pakai sikit, yang lain kering layu dalam peti sejuk. Nak defrost pun kejap je..keluarkan dari plastik tu, Lalukan bawah air paip, setel.
Ayam masak lada hitam memang menjadi kegemaran ramai. Pastinya akan bertambah nasi. Biasanya jika beli di kedai harganya memang agak mahal. Namun, menariknya, perkongsian ini menunjukkan cara yang mudah untuk membuat hidangan ini.
Jika rasa teringin boleh cuba memasaknya di rumah. Rahsia rasa ayam lemak dan lembut, apabila beberapa ketul butter diletakkan pada ayam semasa proses membakar.
Untuk membuat perapan kena ikut sukatan yang diberikan.
Ikuti resipi ini.
Resipi Ayam Black Pepper.
Bahan-bahan:
Peha ayam 2
Bawang merah 3-4 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia 1 inci*
Sos Tiram 1 1/2 sudu*
Sos lada hitam 1 sudu*
Garam*
Lada hitam 1 sudu* *Dikisar
Perapan:
Perap ayam 1 jam
Bakar ayam 180•c
Dalam 45 minit
.
Isi kentang kalau suka. Sedikit butter letak sedikit di atas ayam.
Memang sedap! Selamat mencuba
Kredit: Yuhanes Kamaludeen
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...