Azal Buat Perangai! Ingat Lambat Sebab Ke Tandas, Rupanya Bergambar Dengan Pramugari

Share

Siapa yang mengikuti Zarina Zainuddin di laman sosial, sesekali pasti tertarik dengan gelagat anak kembarnya Azal Azrai. Baru-baru ini, Azal sekali lagi ‘buat hal’ di mana telatahnya yang mahu bergambar dengan semua pramugari mencuri perhatian ramai.

Berkongsi beberapa video dan gambar di Instagram miliknya, Zarina menunjukkan gelagat dan usaha Azal untuk mengambil gambar bersama tiga orang pramugari yang berada di dalam penerbangan tersebut.

“Azal oh Azal. Saya duduk seat bahagian depan jadinya dah keluar awal dah. Saya ingat dia pergi tandas ke…rupanya dia pergi selfie dengan stewardess.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hal itu meraih perhatian warganet yang menggangap momen tersebut lucu dan tidak disangka-sangka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji gelagat Azal yang mencuit hati. Selain itu, terdapat juga netizen yang sempat berseloroh dengan kejujuran Azal yang hanya ingin bergambar dengan wanita cantik.

Sumber: Instagram @zarinazainuddin_

IKLAN