Siapa yang mengikuti Zarina Zainuddin di laman sosial, sesekali pasti tertarik dengan gelagat anak kembarnya Azal Azrai. Baru-baru ini, Azal sekali lagi ‘buat hal’ di mana telatahnya yang mahu bergambar dengan semua pramugari mencuri perhatian ramai.
Berkongsi beberapa video dan gambar di Instagram miliknya, Zarina menunjukkan gelagat dan usaha Azal untuk mengambil gambar bersama tiga orang pramugari yang berada di dalam penerbangan tersebut.
“Azal oh Azal. Saya duduk seat bahagian depan jadinya dah keluar awal dah. Saya ingat dia pergi tandas ke…rupanya dia pergi selfie dengan stewardess.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hal itu meraih perhatian warganet yang menggangap momen tersebut lucu dan tidak disangka-sangka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji gelagat Azal yang mencuit hati. Selain itu, terdapat juga netizen yang sempat berseloroh dengan kejujuran Azal yang hanya ingin bergambar dengan wanita cantik.
Pelbagai cara nak buat rezeki melimpah ruah. Jika selama ini kita asyik memikirkan kenapa tak cukup aje duit, tentu ada yang kita culas lakukan.
Sebagaimana perkongsian ini moga ia menjadikan kita muhasabah diri untuk menjemput rezeki.
7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI.
1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.
2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk ‘bersama’ jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.
3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.
4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.
5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.
6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.
7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!
Kredit: Syakirah Kapli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjaga gigi sejak dari kecil amat penting supaya kekal sempurna dan tiada masalah kerosakan gigi.
Namun, jika salah penggunaan atau berlebihan ubat gigi akan menjejaskan gigi anak-anak yang masih kecil.
Nak tahu cara yang betul memberus gigi untuk anak-anak ikuti nasihat doktor gigi ini.
Ibu bapa perlu memberus atau mengawasi anak mereka memberus gigi mengikut kesesuaian umur.
Ibu bapa disarankan membaca label pada ubat gigi kanak-kanak berfluorida yang berperisa.
Kandungan fluorida yang biasa terdapat pada ubat gigi berfluorida yang berperisa adalah di bawah paras optima (sekitar 500 ppm) berbanding yang disarankan Persatuan Pergigian Amerika (ADA) iaitu 1000 ppm.
Satu kelemahan menggunakan ubat gigi berperisa ini adalah kanak-kanak lebih cenderung tertelan ubat gigi kerana rasanya yang sangat menarik.
Ubat Gigi Berfluorida untuk Kanak-Kanak
Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi.
Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia.
Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi.
Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.
.
Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul
Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak boleh memastikan gigi anak-anak anda menerima kebaikan fluorida iaitu menguatkan enamel gigi serta mencegah karies.
Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dalam penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak.
BOLEH
• Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang kecil di bawah umur 2 tahun ( Ubat gigi kanak-kanak mengandungi fluorida sebanyak 600ppm atau kurang )
• Berus dua kali sehari
• Wajib memberus di waktu malam sebelum tidur
TIDAK BOLEH
• Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600ppm untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah melainkan di nilai kadar kariesnya tinggi
• Jangan berkumur selepas memberus gigi (digalakkan berludah sahaja )
• Untuk kanak-kanak yang di nilai kadar kariesnya tinggi, walaupun ia berumur enam tahun ke bawah, ia di nasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida mengandungi lebih daripada 1000ppm fluorida ataupun ubat gigi dewasa. Rujuk gambar ini.
Kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida yang di cadangkan; Untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun
Gunakan kuantiti kecil ubat gigi berfluorida kanak-kanak ia itu 0.25 g ke 0.5 g ATAU sebesar kacang soya ATAU sepanjang 5mm.
Anggaran ubat gigi sebesar kacang soya atau berukuran 5mm panjang.
Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hendaklah di bantu semasa memberus gigi dan penggunaan ubat gigi berfluorida mestilah di kawal oleh ibu bapa atau penjaga.
• Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
• Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.
KESAN PENGAMBILAN FLUORIDA BERLEBIHAN
Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.
Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.
Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat.
Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan. Rujuk gambar ni.
Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri.
RAWATAN KECACATAN PADA ENAMEL
Fluorosis enamel boleh dirawat.
Dengan rawatan kosmetik pergigian, penampilan gigi yang terlibat boleh dibaiki. Doktor pergigian anda akan memberitahu anda tentang rawatan yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami fluorosis enamel yang teruk.
Sekian, semoga bermanfaat.
Bantu saya kongsikan ilmu ubat gigi kanak-kanak berflourida agar ibubapa diluar sana lebih cakna.
Sumber: Dr. Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemesraan Adelia bersama patti yang merupakan pengasuhnya berbangsa India sememangnya mencuri perhatian ramai semenjak videonya tular beberapa hari yang lalu.
Gelagatnya yang manja bersama patti sehingga ‘menyingkirkan’ ibunya buat ramai yang terhibur dan kagum dengan cara patti ini melayan anak kecil walaupun berbeza bangsa.
Sampaikan nak patti juga sapukan bedak di mukanya. Bila tengok gambar yang di muatnaik oleh ibunya, teringat pada nenek sendiri. Memang macam tepung gomak kalau nenek-nenek yang sapukan bedak tapi itulah kenangan terindah yang diingati sehinnga kini.
Jadi dari situ kita boleh nilaikan bahawa patti memang menjaga Adelia seperti cucunya sendiri. Sebab itulah Adelia tidak mahu berenggang dengannya.
“bertepung kau nakk patti sapu bedak.. jangan besar nanti abang ngn kakak nyakat kata adelia anak pungut ,ibu ambil dari orang india sudah😂🤣xpe adelia..surat beranak bukti adelia anak ibu, tapi adelia tetap cucu patti even xde pertalian darah❤️”
Mungkin ramai yang nak tahu, bagaimana bermulanya episod ini. Menurut cerita ibunya, Syahirah Khalid di akaun Tiktok miliknya bahawa dia menyewa di sebuah pangsapuri yang terletak di George Town manakalan suaminya menetap di Manjung, Perak.
Adelia mempunyai 3 orang adik beradik yang lain dan dia merupakan yang bongsu. Abang dan kakaknya dijaga oleh bapanya di Manjung, hanya dia yang tinggal bersama ibunya.
Patti merupakan jiran mereka dan patti sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga Adelia.
Alhamdullilah, Adelia beruntung kerana mendapat nenek angkat seperti patti. Walaupun berlainan bangsa namun tetap menjaganya seperti cucu sendiri.
Lihat keletah Adelia bersama patti memang sangat menghiburkan. Semoga ikatan ini mengeratkan ukhwah sesama insan. Nanti kalau ibu Adelia dapat tukar tempat kerja, patti pula yang kesunyian.
Inilah baru dinamakan #KeluargaMalaysia
Terbaharu di akaun Tikok ibu Adelia @araa_vaniella memuatnaik video terbaharu dengan kapsyen ‘maybe adelia ingat ibu yang babysitter adelia ni’. Sabarlah ya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.