“Bagus Cara Didik Anak, Kecil-Kecil Dah Ajar Kongsi Rezeki Bersama.” Sambutan Hari Lahir Anak, Cara Zizie Dapat Pujian Ramai!

Share

Mendidik anak-anak dalam berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan bukan sahaja melahirkan empati dalam diri mereka, bahkan membuatkan mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada .

Tidak hairanlah ramai yang sering menjadikan rumah anak-anak yatim atau keluarga yang kurang berkemampuan sebagai tempat untuk berkongsi rezeki.

Bagi pelakon cantik manis, Datin Seri Zizie Izette turut berbuat demikian. Dalam satu perkongsiannya menerusi laman instagram, isteri kesayangan Dato Seri Bung Mokhtar ini memilih mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

 

Umum mengetahui, Zizie memiliki anak ramai dan ada antaranya merupakan anak angkat yang dibelanya sejak kecil lagi iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Anak lelaki angkatnya diberi nama Aaric Zayn Izette itu kini sudah memasuki usia empar tahun dan itu merupakan majlis sambutan hari lahirnya.

Dalam majlis tersebut, pelbagai juadah disediakan Zizie untuk berbuka bersama-sama penghuni pusat berkenaan.

Perkongsian Zizie menerusi laman instagramnya itu mendapat reaksi ramai,. Rata-rata memuji cara Zizie mendidik anak-anaknya dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan.

Terharu layanan pada anak-anak syurga
bunga__chinta MasyaaAllah bagusnya datin didik anak2..semoga semua anak2 datin berjaya jadi anak yang soleh dan solehah..aaamiin
rose45804a Salam Datin Zizie. Suka tengok you layan anak2 you. I can say you are the best with your children. Tq again.
saharuddin_bin_amirullah Terharu dgn layanan Datin berikan kepada anak2 syurga
_takenbysomeone Happy birthday Aaric.. May Allah bless you, always be a good son to mom and dad okay. Stay humble and be good brother to all your siblings❤️
Bagusnya didik anak-anak sayang sama rata
marniechristie Bagus cara datin didik anak2, mudahan anak2 berjaya dunia akhirat🙏🏻
lutiaz_zaitul Bgusnya Datin dlm mndidik ank2.. org yg susah tdk dilupa.. anak2 pn spt mmahami… Tgk aje cicabelle dia pn happy.. cerdik betul…
kaabah_kiblatku MashaaAllah bagusnya didik ank2 syg sama rata Tak berbelah bagi langsung
zitta0503 Allahuakbar. Bertuahnya Aaric dpt Mama yg bagus mendidik anak2. Semoga Aaric Zayn menjadi anak yg soleh, penyejuk mata sekeluarga.

Sumber: zizieizette

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN