Setiap pasangan yang berkahwin inginkan hidup bahagia till jannah. Namun untuk bahagia itu perlu ada tolak ansur dalam rumah tangga.
Sebagaimana perkongsian daripada puan Siti Suryani Yaakop. Moga jadi inspirasi buat kita semua.
Ini pensyarah saya zaman belajar dulu.
Semalam kami jemput ceramah pasal obesiti. Tapi Haji Bahman Jamaluddin ni jenis suka bercerita. Dulu suka kongsi tips nak jadi pekerja. Sekarang dah beranak pinak anak murid semua, bagi tips nak bekeluarga pula.
Dalam banyak-banyak tu, otak saya asyik teringat pada pesan ni. Pesan dari orang yang dah 30 lebih tahun berkahwin. Pesan nak hidup berbaik-baik laki bini.
Ads
Kadang bila kita dah lama berkahwin ni, kita take for granted kebaikan pasangan kita. Benda tu sebenarnya luar biasa.
Tapi kita tak hirau. Sebab bila dah lama sangat, apa saja kebaikan dan jasa yang dia buat tu dah duduk di minda bawah sedar. Kita anggap biasa saja.
Jadi sesekali duduk diam-diam dan catatlah kebaikan pasangan. Kemudian tengok.
Ads
Berapa banyak sebenarnya benda yang kita anggap kecik dan biasa tu kita tak mampu pun buat di pihak kita.
Keduanya. Orang kata 5 tahun awal usia perkahwinan ni adalah tempoh mengenali dan memahami pasangan.
Tipu belaka kata dia. Dah berpuluh tahun pun sebenarnya suami memang takkan boleh faham isteri dia.
Ads
Tapi tak penting. Tak perlu belajar faham. Yang perlu adalah belajar menerima. Seadanya.
Dan ikut saja. Asalkan bukan benda melanggar agama. Isteri jaga makan, pakai, anak dan rumahtangga tu kira dah kira cukup dah serba sempurna.
Akhir sekali. Kata cikgu saya ni, arwah ayahnya pesan. Apa pun jadi. Teruk mana pun tak puas hati.
Sebelum tidur maafkan isteri. Isteri pun juga maafkan suami. Banyak sabarkan diri sendiri. Jangan dibawa tidur marah di hati. Tak tahu masa tidur tu entah siapa yang mati.
Sumber:Siti Suryani Yaakop.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalma usia sekecil ini dia sudah diduga dengan ujian yang cukup berat. Kita yang melihat terasa begitu pilu dan tidak dapat bayangkan betapa beratnya penderitaan si kecil ini.
Perkongsian mengenai adik Hana ini diperoleh menerusi Facebook Sya Rosyada yang memuat naik beberapa gambar si kecil ini yang dilihat menderita penyakit kulit dibahagian kakinya.
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL..???
Syada tak boleh tengok… tulis ni pun menitik air mata..YA Allah tolong la hambamu..sembuhkan penyakit adik hana.
NAMA NUR HANA HUMAIRAH BINTI ABD RAHIM BERUSIA 3TAHUN..
SEORANG KANAK-KANAK YANG AKTIF DULU DAN SEKARANG NI SUSAH NAK BERGERAK DENGAN MASALAH KAKI MACAM TU..
DAH BANYAK KALI BERUBAT MERATA2..HOSPITAL N PERUBATAN KAMPUNG..DAH SEMBUH PASTU NAIK LAGI..
MINTA TOLONG SHARE BERAMAI2 BAGI MEMBANTU INSAN DALAM KESUSAHAN.
Menurut ibunya, hasil pemeriksaan doktor, Hana Humairah menderita ekzema dan perlukan rawatan bagi memulihkan kesihatannya.
Walaupun diuji dengan dugaan yang begitu berat, namun Zainab Othman, 33, tetap tabah menghadapi ujian Allah SWT.
Menurut Zainab, anak ketiganya itu terlantar kerana menghidap penyakit gatal yang dialaminya sejak sebulan lalu. Awaklnya, dia hanya mengalami gatal-gatal ketika berusia dua tahun dan hanya pada badan saja.
“Paling teruk apabila kedua-dua kakinya berkudis serta membengkak dan bernanah sehingga tidak boleh berjalan.
“Anak asyik menangis kerana sakit dan gatal malah kulit mengelupas selepas digaru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang, Baling hari ini.
Katanya, dia dan suami, Abdul Rahim Che Sa, 35, sudah membawa anak mereka berubat di merata tempat termasuk perubatan moden dan tradisional tetapi penyakitnya tidak berubah.
Zainab berkata, pada mulanya Nurhana Umairah hanya gatal-gatal kecil saja pada badan sebelum mengambil ubat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
“Selepas habis makan ubat yang diberikan penyakitnya berjangkit semula ke seluruh badan dan paling teruk sejak sebulan lalu apabila merebak kedua-dua kaki.
“Dia menggaru sehingga berdarah kerana terlalu gatal dan terasa sakit selepas itu sehingga ditahan di wad selama seminggu sebelum Aidilfitri di Hospital Baling (HB),” katanya.
Katanya, keadaan penyakit anaknya tidak berubah dan semakin teruk terutama pada kedua-dua kaki.
“Semakin hari semakin teruk dan saya hanya menyapu krim serta makan ubat yang diberikan doktor bagi menahan sakit dan gatal, ” katanya.
Zainab yang juga suri rumah bergantung kepada suami yang mencari rezeki dengan menjual kopi kampung diproses sendiri.
“Saya terpaksa menjaga anak yang sakit dan dua lagi yang masih bersekolah rendah.
“Saya tidak dapat membantu suami untuk mencari rezeki bagi merawat anak dengan perkhidmatan rawatan yang lebih baik.
“Kalau ada yang dapat membantu merawat anak… saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kasihan melihat keadaannya,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi ibu Hana di alamat yang tertera ini.
Zainab binti Othman
No.29B Kg Mengkuang Hujung
Kuala Pegang 09110 Baling Kedah
no.tel +60 13-431 5537
Atau anda boleh terus memasukkan sumbangan ke akaun nomber 152050022262
Maybank. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Aamiin.
Ramai yang bersimpati dengan nasib yang dialami adik Hana ini. Ada yang memberi cadangan dan petua berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah melalui situasi tersebut.
Ziela Ismail Ziela IsmailAllahuakbar.semoga cepat sembuh..cuba cari daun kandang rusa belanda pekat boh..atau daun bambu. Lpas tu tampal bahagian yg luka tu.ikhtiar insyaallah klu izin dri allah sembuh.
Azamk JayaHurm…leh tolong ni. Je lh… Cri pucuk daun kekabu… Ramas sampai hncur…. Try sapu
Ahmad Abu BakarAssalamualaikum Tuan d puan dulu mass kecil saya selalu kena kudis api .jd nenek saya but kan minyak sapu cubala mana tau berkesan.caranya ambil kulit bawang merah d bawang putih d goreng sekali.biar DLM 10 minit.kasi sejuk Dan sapukan pada yg berkudis.mudahan sembuh dgn pertolongan ALLAH.sblm.sapu selawatlah.ins…..
Rosnah KasimSubhanallah..moga cpt sembuh..cuba rebus akar seruntun bgi pekat skit cuci kudis2 tu msa air mseh suam
Noor JihanTahu x daun cabai kurab blander bagi halus campur dgn bdak sejuk inshaallah dlm seminggu baik.msa nak sapu baca ayat nabi yunus selawat srkali baca fatihah 1 x baca ayat 3 qull 1 x kemudian sapu .buat 1 hari 2x pgi dn mlm
Norpaifzah Sulaimanassalamualaikum…cuba cari sarang angkut2 n bancuh dgn air zam2..sapukan d seluruh tpt yg sakit tu..selawat..baca fatihah..cuba lah..insyaAllah
Faridah NordinMaaf saya bagi petua saja dg kuasa allah ..ambil kulit ambra rebus dg air sampai mendidih kemudian suam2 kuku bagi mandi. Pas tu kain baju adik rebus dg air panas dg campur dg apa2 bahaan cucian
Manisnya sebuah perkahwinan, apabila pasangan saling sayang menyayangi. Malah, suami pula sering memberikan tanda-tanda kasih sayang yang tidak bebelah bagi kepada isteri. Termasuk memberikan hadiah istimewa kepada isteri.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Faizal Zakaria iaitu suami pelakon drama Gerak Khas, Abbay Abadi, yang memberi kejutan dengan menghadiahkan nombor plat kereta bertulis nama ‘Abby Abadi’.
Menerusi perkongsian Faizal di laman sosial Instagram miliknya telah muat naik coretan hatinya dengan melahirkan rasa gembira dengan plat istimewa buat isterinya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.