Apabila ingin bahagiakan orang lain, sudah tentu emosi kita kena gembira dan tenang. Jika berduka dan tidak keruan bagaimana untuk membahagiakan orang lain.
Tidak dinafikan kesibukan rutin memastikan ekonomi kukuh buat keluarga membuatkan kita lupa untuk reward diri. Keadaan ini jika dibiarkan boleh buat diri stress.
Sebenarnya diri kita perlu dirai dan dihargai. Bagaimana untuk kita jaga dan bahagiakan keluarga jika diri sendiri terabai.
Selanjutnya nak tahu bagaimana cara nak hargai diri sediri, ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini.
Saya tak selfish bila saya utamakan kebahagiaan diri saya dulu.
Ads
Sebab saya tahu untuk bahagiakan anak anak saya, saya dulu kena bahagia. Mana mungkin saya nak bahagiakan mereka kalau saya sendiri pun tak cukup bahagia.
Sebab tu saya pentingkan 2 benda ni,
SELF CELEBRATION – Tiap kali saya berjaya capai matlamat atau target dalam hidup saya, saya akan celebrate diri saya sendiri. Awak semua pun sama, kena belajar untuk berterima kasih pada body dan diri awak semua.
Ads
Habis lipat kain, buat kopi panas ke. Habis kemas seluruh rumah, bukak shoppe sedas ke. Itupun dikira Self Celebration juga.
SELF HEALING – Terutamanya bab emotion lah. Macam mana kita nak cinta anak kita kalau kita tak mulakan dengan mencintai diri kita sendiri? Bagaimana kita nak ubati hati anak kita kalau kita tak ubati hati kita sendiri?
Inilah yang namanya Self Care. Self care ni bukannya Selfish. Self Care ni adalah awak jaga diri awak physically, emotionally and spiritually supaya awak boleh mencintai, membahagiakan, menenangkan dan menyayangi orang yang awak sayang dengan lebih optimum lagi!
Awak belajar sesuatu tak?
Taufiq Razif
Your Peacemaker
#share kalau ia boleh membantu orang yang awak sayang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menghuni rumah yang bersih dan kemas tersusun rapi tentunya memberi satu kepuasan untuk seisi keluarga. Tambah lagi tenang, jika setiap kali menghirup udara disapa pula oleh bau-bauan yang menyegarkan seperti daun pandan, limau nipis, kulit kayu manis dan sebagainya.
Aroma semulajadi ini pula akan memberi kesan pada mood dan emosi untuk lebih tenang dan damai. Penyegar udara yang sedia ada dipasaran mungkin ada yang kurang selesa dan tidak sesuai kerana bimbang ada bahan kimia.
Jadi, ada baiknya anda gunakan bahan-bahan semulajadi ini untuk menghasilkan sendiri bahan pewangi udara bagi mencipta mood istimewa di kediaman anda. Jom semak.
DIY 1 : Daun Pandan
Ambil beberapa helai daun pandan kemudian racik atau hiris halus bersama beberapa kuntum bunga-bungaan.Jadikan seperti pot pouri. Kemudian letakkan di dalam bekas dan letakkan di sudut rumah agar wangian daun pandan merebak. Untuk bauan yang lebih kekal lama, titiskan juga minyak aroma terapi di dalam bekas berisi hirisan daun pandan tadi.
DIY 2 : Kulit kayu manis dan bunga cengkih
Ambil 5 batang kulit kayu manis beserta bunga cengkih dan rebus sehingga mendidih.Apabila sejuk,gunakan air rebusan tersebut untuk mengemop lantai dan kabinet. Rempah ratus ini mempunyai haruman dan kesegaran tersendiri.
DIY 3 : Buah Limau purut
Potong beberapa biji buah limau purut dan letak di dalam bekas berisi air. Biarkan begitu sahaja dan akan dapat rasakan haruman limau purut di segenap ruangan rumah.
DIY 4 : Daun pudina
Rendam beberapa helai daun pudina di dalam bekas dan letakkan di atas meja makan. Daun pudina akan menghasilkan bau yang segar.
DIY 5 : Serbuk Kopi
Masukkan beberapa sudu serbuk kopi dalam bekas kemudian tutup mulut bekas tersebut dengan kain net, ikat kemas. Selain mengharumkan udara di dalam rumah, boleh juga dijadikan sebagai hiasan menarik di atas meja jika dihiasi bersama bunga hiasan dan reben.
DIY 6 : Roti
Ambil beberapa keping roti putih dan letakkan di suatu sudut yang mempunyai bau contohnya boleh letakkan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang enak pada peti sejuk atau pun diletakkan bersebelahan dengan bekas kucing peliharaan. Sifat roti menyerap, jadi bau boleh dikurangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri, pengurus kewangan terbaik dalam rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, pengurusan kewangan memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan dan kesejahteraan keluarga.
Tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab kewangan sering dikongsi antara suami dan isteri. Namun, isteri sering kali dilihat sebagai pengurus kewangan yang terbaik dalam sesebuah rumah tangga, bukan sahaja kerana mereka lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kewangan, tetapi juga kerana mereka mempunyai naluri yang kuat dalam menguruskan perbelanjaan harian keluarga.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa isteri dianggap sebagai pengurus kewangan terbaik dalam rumah tangga:
1. Kebijaksanaan Dalam Merancang Belanjawan
Isteri biasanya lebih bijak dalam merancang belanjawan bulanan keluarga. Mereka memahami keperluan sebenar rumah tangga seperti perbelanjaan makanan, pakaian, pendidikan anak-anak, dan keperluan kesihatan. Dengan sifat semula jadi yang cermat dan teliti, isteri mampu menyusun belanjawan dengan seimbang dan mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan.
2. Keprihatinan terhadap Masa Depan
Isteri sering kali lebih prihatin terhadap masa depan keluarga, terutamanya dari segi pendidikan anak-anak dan kesihatan. Mereka cenderung untuk menyimpan dan melabur demi jaminan kewangan di masa hadapan. Naluri keibuan mereka yang sentiasa memikirkan kebajikan keluarga menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menyimpan dalam pelbagai bentuk, sama ada simpanan di bank, pelaburan, atau tabung kecemasan.
3. Pengurusan Keperluan Rumah Tangga Yang Efisien
Isteri juga memainkan peranan besar dalam menguruskan keperluan rumah tangga secara efisien. Mereka bijak memilih barangan keperluan dengan harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti. Pengurusan kewangan yang berhemah dalam pembelian barangan runcit, pakaian, dan peralatan rumah tangga membantu mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
4. Pengurusan Hutang Yang Teratur
Dalam situasi di mana rumah tangga mempunyai hutang seperti pinjaman rumah, kereta, atau kad kredit, isteri sering kali memainkan peranan utama dalam memastikan hutang-hutang ini diuruskan dengan teratur. Mereka biasanya membuat jadual pembayaran yang konsisten dan menguruskan dana keluarga untuk memastikan tiada kelewatan atau masalah kewangan yang tidak dijangka.
5. Sikap Berhemah Dan Teliti
Sikap isteri yang lebih berhemah dan teliti dalam setiap aspek kehidupan juga diterjemahkan dalam pengurusan kewangan. Mereka cenderung untuk meneliti setiap perbelanjaan dan memastikan tiada pembaziran berlaku. Sikap ini membantu keluarga mengawal kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan masalah kewangan jangka panjang.
6. Peranan Emosi Dalam Pengurusan Kewangan
Sebagai seorang isteri dan ibu, mereka sering mempunyai hubungan emosi yang mendalam dengan perbelanjaan yang dibuat, terutamanya berkaitan dengan anak-anak. Hal ini menyebabkan mereka lebih peka dan cermat dalam menentukan keutamaan kewangan keluarga. Mereka memahami bahawa setiap sen yang dibelanjakan perlu memberi manfaat kepada keluarga dan tidak boleh digunakan dengan sia-sia.
7. Penasihat Kewangan Kepada Suami
Selain itu, isteri juga sering kali menjadi penasihat kewangan kepada suami. Mereka berkongsi pendapat, memberi cadangan, dan membantu suami membuat keputusan kewangan yang penting. Dalam sesetengah keadaan, isteri juga mengambil alih pengurusan kewangan sepenuhnya untuk membantu suami yang mungkin sibuk dengan tanggungjawab kerjaya.
Secara keseluruhannya, peranan isteri sebagai pengurus kewangan dalam rumah tangga tidak boleh dipandang remeh. Kebijaksanaan, sikap berhati-hati, dan keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan keluarga menjadikan mereka pengurus kewangan yang terbaik. Melalui pengurusan kewangan yang berhemah dan teratur, isteri dapat memastikan keluarga hidup dengan lebih selesa, bebas dari masalah kewangan, dan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran kewangan yang tidak dijangka di masa hadapan.
Setiap rumah tangga memerlukan pengurusan kewangan yang baik, dan isteri adalah tulang belakang yang memainkan peranan besar dalam memastikan kelangsungan dan kebahagiaan keluarga melalui kebijaksanaan mereka dalam menguruskan kewangan.
Memiliki kulit wajah yang licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan, bebas daripada jerawat atau kulit merekah sudah tentu menjadi idaman semua wanita.
Namun apabila usia sudah memasuki usia 40 an sudah tentu akan menghadapi pelbagai masalah kulit muka. Selain mengunakan produk modern, apa kata menggunakan petua orang-orang tua.
Petua kecantikan mudah dan ringkas dari beras. Sejak zaman dulu lagi nenek moyang kita dah gunakan beras untuk kecantikan. Dari segenggam beras ni, boleh jadi bedak sejuk, lulur badan, masker muka, air bilasan muka dan macam-macam lagi.
Fiona memang suka gunakan beras sebab mudah dan ringkas. Dia boleh cerahkan kulit secara semulajadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut secara semulajadi.
Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak tulis. Hahaha. Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan. Untuk naikkan seri muka,
1. Bila nampak je nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, haa cuba petua nombor dua ni pulak. Ambik secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, haa lepas tu kau lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas. Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari. Awww
Untuk haluskan kulit, 1. Ada tepung beras? Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh. Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecik di muka. Manalah tau kan jari kau tabley duduk diam, asyik dok mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.
2. Guna beras pulut hitam. Haa fiona suka sangat pulut hitam. Tak pernah muak walaupun makan sampai 10 mangkuk.
Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat kan. Mudah dan ringkas kannnn.
Actually fiona sendiri dah banyak kurangkan step dalam rutin kecantikan harian. Dah tua-tua ni tak kuasa nak berstep-step bagai. Fiona make it simple and easy with 2-3 steps saja.
Asalkan kulit muka sentiasa bersih dan dapat manfaat dari rutin kita, punn dah rasa happy. Ok gais tu je takat ni nak kongsi. Kalau dah cuba, kulit tetiba jadi licin macam baby, jangan lupa belanja fiona aiskrim okeh.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.