Siapa yang tak kenal dengan Datin Zizie Izette. Dia rajin berkongsi perihal aktiviti keluarga dan anak-anak menerusi laman sosialnya.
Ceria dan tampak begitu mesra Datin Zizie Izette bersama madunya serta suami dalam satu sesi fotografi.
Kemesraan Zizie bersama Dato’ Bung Mokhtar dan madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin jelas terpancar menerusi dua video yang dimuatnaik menerusi dua potong video.
Sebelum ini, jarang sekali dapat melihat mereka bergambar bersama, namun sempena Aidilfitri ini dikongsikan buat tatapan ramai menerusi laman Instagram Zizie.
Menurut Zizie dalam nada bergurau, Dato’ Bung tidak suka isteri yang kurus tetapi suka isteri yang comel-comel seperti mereka.
Ads
Fyi, suami kami tak minat yg kurus2, taste dia yg comel2 mcm kami. 😄
Tgk riak wajah @bungmoktar yg kelihatan begitu ceria.
Kaum Adam yg teringin mcm kami jgnlah cemburu ya.
Kalau nak pg menuntut ilmu dgn panglima perang Sabah ni. 😂😂😂
Ads
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Zizie bersama dua keping video pendek.
Sememangnya keceriaan Di wajah Dato’ Bung jelas kelihatan apatah lagi diapit oleh isteri-isteri tersayang.
kapsyen Dari isteri kesayangan Datuk Bung Mokhtar Itu nyata mengundang reaksi ramai. Rata-rata mendoakan pasangan ini terus bahagia. Tak kurang juga yang meminta dikongsikan tip.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nama pelakon veteran, Zamarul Hisham rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, dia antara aktres terkenal yang disegani ramai kerana lakonan hebat yang diberikan dalam drama atau filem yang digalasnya cukup berkesan.
Begitu juga dengan watak Adam yang dibawa di dalam drama ‘Aku Tanpa Cintamu’, telah mengundang pelbagai reaksi geram, benci, marah dan sebagainya. Lantaran itu tidak hairanlah meskipun drama ini telah tamat, namun di laman sosial masih lagi hangat memperkatakan berkenaan drama tersebut.
Semalam, Zamarul Hisham sempat memuat naik beberapa babak ketika Adam menyuruh Nuha mandi sebelum bersarapan dengannya. Alkisahnya ‘pantang’ menyediakan makanan kalau tidak membersihkan diri yang kononnya menjadi penyabab rezeki susah untuk masuk. Lantaran itu, Nuha kemudiannya akur untuk membersihkan diri apabila disuruh oleh suaminya.
Dah mandi ke belum ni? Kalau tak mandi, tak nak makan sama-sama eh – Diana Rafar
Apa yang menarik perhatian warganet, siapa sangka Diana Rafar kebetulan mengulang cakap seperti dialog yang pernah disebutkan oleh watak Adam.
Ketika itu dilihat Diana Rafar sedang memasak di dapur dan kemudian Zamarul Hisham datang mengusik manja.
Namun suaminya seakan terkedu bila ditanyakan isterinya berkanaan sudah mandi atau belum.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Watak Adam ambil skrip dari rumah ke?”- Netizen
Meninjau di ruangan komen berkenaan video yang dikongsikan, nyata mendapat perhatian warganet malah telah meraih ratusan ribu tontonan. Apa yang pasti ramai yang terhibur dan tidak kurang juga menyakat pasangan romantis ini dengan berseloroh berkenaan skrip Abang Zamarul yang rupa-rupanya siapa sangka realiti kehidupannya di rumah.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Air kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita terutama untuk dijadikan penawar kesihatan. Airnya terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah.
Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+).
Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman. Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh.
Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh.
Dalam kita menghadapi masalah jerebu ini, dikatakan air kelapa antara minuman yang dapat membantu mengembalikan tahap kesihatan. Selain air kelapa, air limau juga dikatakan sangat bagus diamalkan ketika musim jerebu ini. Info ini dikongsikan oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
Minum air kelapa & air limau nipis ketika jerebu
Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.
Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.
Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih berbahaya.
Tak salah andai kita nak amalkan untuk tujuan kesihatan bukan, tapi berpada-pada jangan berlebihan sehingga mendatangkan kemudaratan lain. Jika ada masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan rawatan dengan pakar terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan implikasi lebih buruk, terutama dalam waktu jerebu sebegini.
Kredit: Prof. Dr Norhisham Wahab & Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Namanya cukup hot buat masa kini, ‘tall, dark dan hensem sesuai menggambarkan sisi pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini. Tidak hairanlah dia kian diglai ramai dan rezekinya dalam industri lakonan cukup murah.
Lima tahun mengikat tali pertunangan, namun tiada jodoh antara mereka akhirnya ikatan tersebut terlerai di tengah jalan. Biar pelbagai tohmahan dan kata-kata negatif dilemparkan, namun empunya diri hanya bersikap mendiamkan diri.
Tak boleh main ‘Sauk’
Namun, dia tidak dapat lari dari disoal bab jodoh, lebih-lebih lagi dengan status solonya kini.
“Setakat ini saya masih lagi solo untuk tahun ini. Jodoh ini kita tak boleh nak ramal , ada juga saudara yang cuba nak kenal-kenalkan. Tapi ini soal masa depan, kita tak boleh nak main ‘sauk’ jer.
“Hidup dengan seorang selebriti bergelar pelakon bukan semudah yang disangkakan. Takut nanti mereka terperanjat, balik rumah tak menentu masanya, kena marah pula kan. Kalau ikutkan tak bersedia dengan soalan-soalan bila nak kahwin dan sebagainya, tapi saya reda. Yang penting nak ‘tutup mulut’ saya hulur ‘angpau’ jer,” seloroh Remy lagi.
Ibu mula bertanya soal jodoh
Ditanya penerimaan ibunya tentang soal jodoh, akui Remy ibunya turut bertanyakan hal tersebut.
“Ibu pun makin lama makin berumur, ada juga dia ada bertanya dan bercakap soal ini. Tapi tunggulah kalau ada jodoh tak ke mana. Ini soal hati dan perasaan. Lagipun perkahwinan satu benda yang serius bagi saya sebenarnya. Ia bukan soal perhubungan 5 atau 10 tahun sahaja.
Susah nak cari orang faham kerja pelakon
“Memang banyak cabaran berkahwin dengan selebriti. Malah, perhubungan saya sebelum ini tak boleh nak handle benda ini. Sangat sukar sebenarnya nak cari orang yang betul-betul faham seorang pelakon dan ditambah pula saya kini menceburi bisnes. Masa sangat limited dan orang yang saya kenali harus faham sisi hidup saya sebangai pelakon dan juga usahawan.
“Saya bukan jenis cerewet tapi mudah orangnya. Cuma kadang-kadang orang tak paham ruang kerja kita. Menjadi Remy Ishak sebagai pelakon dan selalunya disebut-sebut membuatkan ada wanita rasa ‘insecure’ . susah sebenarnya nak cakap. Mungkin kalau saya dah ‘slow down’ dalam industri dan nama dah tak dikenali waktu itu mungkin baru mereka rasa selamat.
“Tapi buat masa sekarang saya tak nak tolak rezeki kerana dulu benda tak baik datang bila saya asyik tolak tolak rezeki. Allah pernah bagi pengajaran bila kita tolak rezeki, jadi saya sudah tak berani tolak lagi dan terima apa yang diberikan,” ujar Remy lagi.
Setiap tahun bantu keluarga buat persiapan raya
Anak kedua dari empat beradik ini juga mengakui turut membantu keluarga dalam membuat persiapan raya.
“Memang ini adalah tanggung jawab saya, malah sejak bergelar anak seni lagi saya sudah biasa membeli baju raya dan sebagainya untuk keluarga dan juga anak buah. Untuk raya kali ini, kami menyambutnya di Masjid Tanah, Melaka. Kalau diikutkan dua tahun berturut-turut sebelum ini saya dan ahli keluarga yang lain beraya dengan bercuti di luar. Cuma tahun ini kami pilih untuk beraya di kampung. Disebabkan kali ini jadual saya sangat padat, menyebabkan tak banyak perancangan yang saya boleh lakukan,
“Soal juadah tak memilih, lagipun mak tak berapa sihat dan kakak saya pun ada family sendiri. Jadi apa yang mereka sediakan ketupat, lemang dan sebagainya saya terima sahaja. Kalau tahun lepas saya cat rumah, tapi tahun ini nampak gayanya tak boleh berbuat demikian kerana tak ada masa untuk semua ini. Tapi saya alu-alukan kehadiran peminat untuk datang beraya. Setakat ini saya tak pernah hadkan duit raya, tetapi biasanya saya ada sediakan,” jelas Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini lagi.
Kolaborasi & Ikon Fesyen Minaz Men
Beliau ditemui dalam satu majlis pelancaran Minaz Blooming Raya 2019. Dalam majlis tersebut, Minaz mengumumkan kolaborasi bersama Pelakon Pujaan Hati Kanda dengan memperkenalkan Minaz Men Collection yang memberi fokus kepada Baju Melayu sekali gus menjadi ikon fesyen bagi koleksi tersebut.
Hadir dalam 18 warna yang menarik, busana baju melayu garapan idea Minaz dan sentuhan Remy ini berkonsepkan moden fit. Potongan moden , elegan dan staylish tapi masih mengekalkan konsep klasik dan itu yang menjadi tarikan Remy untuk menerima tawaran sebagai face of Minaz Men.
Gambar: kakifoto & Ig Remy Ishak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...