
Sembelit bukanlah masalah besar bg sesetengah orang. Namun seorang wargamas berusia 80 tahun di Taiwan, pengsan di ruang tamu, akibat sembelit yang kronik.
Apabila dimasukkan ke wad, beliau memberitahu yang dia tidak dapat buang air besar selama seminggu.
BAGAIMANA IA BERLAKU
Dari pemeriksaan doktor, mendapati terlalu banyak najis,sehingga dinding usus besarnya membesar (mengelembung) dan hampir koyak.
Najis di dalam usus menjadi keras dan bersaiz besar (hampir satu kaki), dan menyebabkan saluran darah terhempit dan menghalang pengaliran darah ke usus. Akhirnya tisu di saluran usus hampir mati dan mulai koyak.
Pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan najis yang keras dan menyelamatkan usus yang hampir pecah.
Ini bukanlah kes pertama. Tidak berapa lama dulu seorang lelaki di UK mengalami masalah yang sama. Dia didiagnosakan sebagai “megacolon” dan “megarectum”.
INI KESANNYA
Usus besarnya membesar kerana terlalu banyak najis, sehingga hampir koyak. Selain itu, ginjal mulai rosak dan terlalu banyak asid dalam darah. Nasib baik doktor dapat mengeluarkan najis melalui pembedahan.
WARGA EMAS PALING SERIUS JIKA KENA SEMBELIT
Masalah sembelit terutama di kalangan wargatua amat serius. Jangan biarkan mereka tidak buang air besar melebihi seminggu. Paling baik, buang setiap hari. Namun wargatua selalunya tidak berselera untuk makan. Jadi tidak banyak najis yang akan dikeluarkan, akhirnya menyebabkan najis menjadi keras dan sukar dikeluarkan.
Bagi wargatua, saya nasihatkan agar banyak makan sayuran, minum air secukupnya dan banyakkan aktiviti fizikal.
Beberapa ubat sintetik juga boleh menyebabkan masalah sembelit, antaranya ubat gastrik (antacid), ubat tahan sakit (tramadol), pil penambah darah (zat besi), beberapa jenis ubat darah tinggi dan ubat anti-kemurungan.
Berbincang dengan doktor yang merawat jika ada masalah sembelit dan mengambil ubatan tersebut.
Saya juga mencadangkan pengambilan minyak sihat terutama minyak zaitun untuk mengelakkan masalah sembelit.
Ambil dua sudu besar minyak zaitun 3 kali sehari sehingga dapat membuang air besar seperti biasa. Jika masih tidak boleh membuang, buatlah pemeriksaan doktor kerana mungkin ia masalah kesihatan yg lebih serius.
Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Alhamdulillah rasa bertambah sihat dan bertenaga. Mudah buang air besar di awal pagi.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Wanita Ni Ingatkan Mengandung, Rupanya Ada Cyst. Bukan Calang-calang Saiznya, Kantung Bersaiz 30cm Berisi Cecair!

Kebelakangan ini sering kali kita mendengar ramai antara kaum wanita berhadapan dengan masalah kesihatan yang disebabkan oleh cyst ovari. Membayangkan bila perut kelihatan membuncit adalah tanda telah mengandung, namun setelah dibuat pemeriksaan detail rupanya cyst yang membesar di dalam rahim.
Sungguh tidak dinafikan, kenyataan itu bukan mudah untuk diterima. Apatah lagi andai cyst tersebut sudah ditahap serius dan ditakuti boleh memberi kesan yang buruk pada ovari dan seterusnya membahayakan nyawa.
Begitulah apa yang telah dihadapi oleh wanita ini. Disangka mengandung rupanya ada cyst berupa kantung air sebesar 30cm.
I WASN’T PREGNANT, I HAD CYST
Panjang masa yang di ambil untuk membuat perkongsian ni. Di sini, ada kisah berserta nasihat yang ingin diberikan berdasarkan sedikit pengalaman yang pernah dilalui.
Januari 2016, Alhamdulillah saya menjadi seorang isteri kepada imam bernama Azrul Aziz. 2 tahun pertama kami merancang untuk tidak lagi menimang zuriat atas faktor kami pelajar, untuk mengukuhkan ikatan pernikahan yang baru dibina dan juga untuk menstabilkan ekonomi dan sahsiah kami sebelum bergelar ibu bapa.
Menuju ke akhir tahun ke-2 perkahwinan, kami memutuskan untuk menimang cahaya mata, menjemput zuriat dalam keluarga kecil kami jika itu yang terbaik menurut aturanNya. Bermula dari sini, satu lembaran kisah hidup Dia bentangkan di hadapan kami.
Haid tidak teratur
Lebih kurang Julai 2017, kami teruji dengan keadaan saya yang mengalami haid tidak teratur. Oleh kerana secara lumrahnya haid saya teratur bermula dari kali pertama, ianya mendatangkan kegusaran. Ditambah dengan kesukaran untuk mengira waktu haid dan istihadah berdasarkan waktu haid yang sangat panjang, kami mula merujuk hal ini kepada pakar perubatan. Temujanji demi temujanji serta menjalani ultrasound, semuanya kelihatan normal, barangkali perubahan hormon yang temporary disebabkan stress atau faktor yang lainnya.
Januari 2018, saya mula mengalami heartburn yang boleh dikatakan teruk. Terkadang rasa seolah-olah tidak boleh bernafas dan dalam keadaan seperti itu, saya amat sukar untuk makan. Di samping itu, dalam tidak sedar berat badan bertambah di luar jangkaan, walaupun amount and pattern diet saya tetap sama seperti sebelumnya. Suami, keluarga dan rakan-rakan tertanya-tanya adakah saya mengandung? Saya akui kerana persoalan itu dan ditambah dengan haid yang masih tidak teratur, saya kerap menjalani ujian air kecing untuk mengesahkan samada saya mengandung atau tidak. Dan terbukti, setiap ujian yang dijalani memberikan keputusan negative.
Jun 2018, saya semakin mudah merasa kenyang setiap kali makan, dan saya juga semakin kerap mengunjungi tandas untuk membuang air dan perubahan itu disedari suami. Oleh kerana haid yang terus tidak teratur, kami meneruskan rawatan dengan merujuk pakar sakit puan di Kelantan. Disebabkan kekangan masa dan urusan pengajian, temujanji saya terpaksa ditangguh 2-3 kali.
Ada ketulan di kilang telur
19 Julai 2018, ketika ini saya dan suami sedang menjalani latihan perindustrian (praktikal) dan hari ini saya mengunjungi doktor pakar sakit puan ditemani ummi saya, Hapizah Soekis. Konsultasi dengan doktor berjalan lancar sehinggalah saya menjalani ultrasound sekali lagi. Dengan riak wajah yang terkejut, doktor pakar berbincang bersama doktor pelatih (barangkali) serta jururawat yang ada bersama beliau. Dengan nada yang kedengaran berhati-hati, doktor mengatakan bahawa ada sesuatu di ‘kilang telur’/ovari saya. Dengan tenang sy terus mendengar penjelasan beliau. Beliau mengambil masa yang agak lama memeriksa ovari di kiri dan kanan sambil berbincang kemungkinan situasi yang saya hadapi. Dengan sedikit ilmu medical terms dan English, saya dapat meneka kemungkinan keadaan saya. Mood yang mesra, damai dan tenang di dalam kamar itu tadi tiba-tiba berubah.
Antara dialog yang berlaku ketika itu antara saya dan doktor tersebut-
Doktor: Ada ketulan ye di kilang telur awak, ovari.. Nampak macam ada kat dua-dua belah tapi banyak di bahagian kanan. Nampak macam ketulan-ketulan kecil yang banyak.. Awak takde rasa sakit ke kat bahagian abdomen, perut awak ni?
Saya: Ada doktor, kadang kuat juga tapi saya rasa bearable, masih boleh tahan
Doktor: lama dah start rasa sakit?
Saya: Lebih kurang akhir tahun lepas atau awal tahun ni doktor.
Doktor: Awak ada ambik ubat putih atau kurus ke?
Saya: Tak pernah doktor.. saya tak makan benda-benda mcm tu..
Doktor: Dalam family, ada yang kena kanser ke?
Saya: Ada doktor, makcik saya
Doktor: Belah mak atau ayah?
Saya: Belah mak.
Dialog itu berakhir di situ buat sementara.
Ketika itu terbayang wajah arwah ibu sedara saya yang baru meninggal tahun lepas. Saya sifatkan beliau sebagai salah seorang cancer-fighter yang bertarung dengan breast cancer hampir 8-9 tahun kalau tak silap saya. Wanita hebat yang diuji, namun saya tak merasakan bahawa saya akan menjadi sesabar dan setabah beliau jika diuji sedemikian.
Doktor mula kelihatan ‘kalut’ memberi arahan itu dan ini kepada jururawat serta beliau mengisi 3-4 borang dihadapan saya. Darah saya diambil sebanyak 6 botol darah. Kembali bertemu doktor, doktor menerangkan yang penyisatan untuk mengetahui keadaan sebenar saya perlu dilakukan melaui CT Scan, dan diagnos hari itu belum dipastikan dan hanyalah kemungkinan. Surat rujukan untuk menjalani CT Scan diberikan, tertulis di bahagian bawah surat tersebut adalah:
Possible diagnose: ovarian cancer
Selepas pertemuan hari itu, tarikh temujanji dimaklumkan pada suami, ummi dan keluarga namun diagnose hari itu dan matlamat temujanji seterusnya tidak dimaklumkan. Hampir 2-3 hari ianya disimpan sebagai rahsia. Memandang suami, keluarga terutama ummi ayah terasa begitu asing kerana memikirkan kemungkinan yang berlaku. Akhirnya ummi dimaklumkan terlebih dahulu dan kemudian suami. Dengan matlamat untuk menjadi lebih peka menjaga pemakanan, ibu mertua mengetahui hal tersebut dan tangisan di pipinya membuatkan air mata saya yang bergenang di kelopak mata juga tidak dapat dibendung. Tangisan saya sekat dan senyuman diukirkan. Suami mula resah, merujuk ke sana dan ke mari, bertanyakan kemungkinan yang akan berlaku kepadanya saya.
“Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi insan yang diuji” – Itu suara hati yang saya pegang sejak menerima berita tersebut.
13 Ogos 2018, CT Scan dijalankan
29 Ogos 2018, temujanji dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keputusan CT Scan. Kemungkinan saya mengalami kanser ovari ada,namun ianya hanya dapat dibuktikan apabila sampel ketumbuhan di ovari saya dikeluarkan dan diuji. Tarikh pembedahan ditetapkan dan keputusan yang dicapai adalah untuk mebuang ketumbuhan yang ada serta membuang ovari kanan saya. Dengan penjelasan bahawa peluang saya untuk mengandung tetap ada memandangkan masih ada ovari kiri, suami menerima keputusan tersebut.
1 Oktober 2018, kami mengambil cuti selama seminggu untuk urusan pembedahan dan hari ini saya dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pembedahan keesokan harinya, dan ditemani kakak tercinta Ummu Husna Derahman. Petang itu, sekali lagi ultrasound di jalankan, saya dimaklumkan tentang doktor-doktor yang akan menyertai pembedahan saya, saya mengisi borang kebenaran untuk dibius penuh serta saya diterangkan tentang proses pembedahan esok hari. Berdasarkan pemerhatian melalui ultrasound serta dibantu oleh imej dari CT Scan, doktor seolah-olah merasakan keadaan saya lebih teruk dari yang sebelumnya. Pada ketika itu, secara professional doktor berdialog;
Doktor: Okay Puan Ummu, puan tahu ye tujuan pembedahan esok?
Saya: Ye saya, doktor..
Doktor: Okay, esok kita kan buat operation di panggil laporotomy dan kita kan belah bahagian abdomen awak secara vertical ye (sambil menunjukkan bahagian yang beliau maksudkan).. kita akan belah dari bawah pusat dan ke bawah, kira-kira 10 cm, dan kalau cyst tu besar, mungkin kita akan belah sikit dari ke atas pusat ye..
Saya: Ok doktor..
Doktor: Esok siapa penjaga yang akan ada masa operation ye?
Saya: InsyaAllah mak ayah saya dan suami akan ada sekali.
Doktor: Ok baik puan.. sebab macam ni ye puan, cyst puan ni kami rasa dah merebak jauh dan bukan berada berdekatan ovari sy, cyst tu dah hampir ke kawasan buah pinggang dan menolah bahagian atas puan ye.. jadi kami tak pasti samada bahagian mana lagi yang terlibat smpailah kami bedah buka dan lihat sendiri. (Saya hanya mengangguk mengiyakan). Sebelum ni puan dimaklumkan bahawa ovari kanan puan akan dibuang bersama ye puan?
Saya: Ye doktor..
Doktor:.. baik, jadi ye puan esok ada kemungkinan kita terpaksa untuk buang kedua-dua ovari dan kalau ianya dah merebak ke bahgian rahim, kami terpaksa untuk buang rahim puan sekali..jadi, kami perlukan persetujuan dari suami puan esok, kalau perlu..
Keadaan wad terasa sunyi, dalam keadaan terkesima saya mengiyakan dan doktor membenarkan saya kembali ke katil selepas memaklumkan bahawa saya perlu menandatangi surat persetujuan untuk menjalani pembedahan dan dibius penuh.
Dengan fikiran kosong, saya disapa kakak dan saya bertindak biasa. Saya kemudian berwuduk dan solat Asar. Sujud kali itu terasa lama, tangisan dalam diam mencurah di dada sejadah. Doa terasa sukar dilafaz. Ketika itu, terasa seolah-olah hamba yang sangat dhaif dan hina di hadapanNya, hamba yang sedang memahami aturanNya dan dalam keadan bertawakal terus mensyukuri nikmat ujian itu.
Memandangkan saya hanya ditemani ummi, ayah Derahman Yusoff dan kakak semasa urusan kemasukan wad, petang itu suami dtg seawal waktu melawat bermula. Saya menyambut dengan senyuman namun hati yang gundah. Selepas usikan dan jenaka antara saya, suami dan kakak, suami duduk di hadapan saya dan memandang tepat wajah saya, seolah membaca riak wajah saya untuk berkomunikasi dengannya.
Dengan hati dan lidah yang berat menuturkan kata, saya menceritakan apa yang saya lakukan tadi. Menyampaikan maklumat untuk pembedahan esok kemudian mengkhabarkan kemungkinan yang bakal kami hadapi esok. Saya ingin dia menjadi yang pertama dimaklumkan, kakak ditepi mendengar dengan tenang.
Wajah suami kekal tenang namun tangisan saya tak dapat dibendung. Hakikatnya saya tak mampu untuk menzahirkan kata, tapi saya memujuk hati. Dia menenangkan saya bahawa itu hanya kemungkinan dan bukan kepastian. Saya memaklumkan bahawa dia akan membuat keputusan tersebut esok jika diperlukan. Air mata saya terus mengalir laju, memandang wajah suami dengan bayangan “sayang mungkin tak mampu beri b anak..”, ianya terasa begitu pahit dan pedih. Terlintas di hati, andai benar itu takdir yang bakal tersurat, saya berazam untuk minta dilepaskan kelak agar suami mampu memilik isteri yang dapat memberinya zuriat. Suami menemani hingga ke habis waktu melawat dan pulang dengan riak wajah yang tenang dan menasihati untuk saya terus bertilawah untuk menenangkan hati.
Malam itu, mesej dari teman-teman bertanyakan khabar dan mendoakan tidak putus tiba. Abang Muhd Mustafa Siba’ei dan adik Ammar Irfaan yang kejauhan membuat video call serta menghantar pesanan bahawa mereka sentiasa bersama walau berjauhan. Sokongan moral dari kakak ipar Ira Faziera juga diterima menerusi telefon pintar saya. Tidak di duga, pesanan ringkas dari kakak ipar Azliza Aziz Liza dan adik ipar Wawa Aziz II menambah hiba dan mengudang tangisan yg terhenti.
“Utamakan diri adik sebelum fikirkan tentang orang lain.. kami sekeluarga menerima apa-apa keputusan seadanya.. Zuhdi dan Zuhaira sayang cik Ummu..”
“I know you’re strong kak Ummu… we all love you and I love you too, my sister..”
Begitulah ringkasan dari mesej mereka yang panjang. Malam itu terus berlalu.
2 Oktober 2018- Hari pembedahan. Seusai solat subuh, suami, ummi ayah, abang Mohd Amir Hadi Derahman sudah sampai ke wad dan bersama ketika itu adalah kakak ipar Hawadah Shafii yang setia menemani dari semalam. Kemudian kakak dan abang ipar Najahuddin Fuad Yusoff turut hadir, mengambil cuti belah pagi untuk menemani sepanjang pembedahan. Pembedahan saya adalah yang pertama dan dijadualkan pada pukul 8 pagi.
Suami datang dan duduk bersama di atas katil. Dia menyusun atur. Kemudian dia bersuara, memaklumkan bahawa dia telah berbincang dan befikir, apa jua keputusan yang perlu diberikan hari ini, dia akan memilih apa yang terbaik untuk kesihatan saya. Andai menghilangkan peluang untuk kami mendapat zuriat sendiri itu yang terbaik untuk saya, maka dia kan memilih keputusan itu. Di akhir kata, dia berkata sambil bercanda, “kita boleh dapatkan anak angkat..ma dan semua kat rumah pun bersetuju dan menyokong pendirian b”, sekali lagi air mata saya mengalir, terharu dengan layanan dan sokongan dari suami dan keluarga beliau. Pukul 8 pagi, saya dibawa ke dewan bedah diiringi anak-anak buah dan keluarga memberikan sokongan.
Ayah bersuara dalam ruangan sebelum ke bilik bedah, “Ayah tahu Syera anak ayah yang kuat..”, sebak di dada di tahan, flying kisses dari ummi, dan ciuman di dahi diterima dari ayah dan suami. Ahli keluarga yang lain menunggu di luar.
Alhamdulillah, pembedahan hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dan kira-kira 2 jam kemudian, saya dibawa keluar dari dewan bedah menuju ke wad. Saat terjaga saya sempat merasa perubahan di bahagaian abdomen di mana perut saya menjadi begitu kempis. Sempat berbicara dengsn doktor walau saya dalam keadaan lemah, beliau memaklumkan hanya cyst yang dikeluarkan serta ovari saya pun tidak dibuang bersama kecuali sedikit sahaja yang bersambung dengan cyst. Berbanding dengan teori awal bahawa cyst saya merupakan ketulan-ketulan kecil, hakikatnya ianya merupakan satu kantung yang sangat besar bersaiz 30cm X 30cm dan dipenuhi cecair yang akan dikenalpasti kemudian.
Mendengar penjelasan dari doktor dan menerusi gambar yang sempat di ambil suami ketika dipanggil seusai cyst tersebut berjaya di keluarkan, alhamdulillah, kelihatan kelegaan dan kegembiraan di raut wajah suami. Allah menguji dengan kami dengan sangkaan yang kami tidak akan dapat menimang cahaya mata sendiri, namun Allah hakikatnya seakan mencuit hati kami untuk mensyukuri kebenaran yang rahim saya bahkan kedua-dua ovari saya dalam keadaan baik. 5 hari kemudian saya dapat pulang ke rumah dan meneruskan recovery phase di rumah. Saya mengambil cuti pengajian untuk satu semester untuk tujuan fokus pada pemulihan.
Pelbagai pengajaran yang saya dapat perolehi dan simpulkan dari sebahagian kisah hidup saya ini. Saya bila mengetahui tentang keadaan saya sebelum ini, saya menjadi lebih peka dan belajar tentang mereka-mereka yang diuji dengan cyst ini. Sedikit kesimpulannya adalah:
Antara punca/faktor yang menyumbang kepada cyst:
1) Wanita yang memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan untuk menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) dimana terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya – menghalang telur keluar dari kilang ovari lazimnya menyebabkan sukar hamil
2) Wanita dalam era reproduktif di mana ovarinya berfungsi dengan baik juga merupakan golongan berisiko
3) Wanita pada era sebelum menopaus – jika terdapat cyst, besar kemungkinan mengidap kanser itu tinggi
4) Pengmbilan pil atau serbuk kolagen – or probably mudah difahami produk nak putih atau kurus
5) Pemakanan – haiwan yang disuntik hormon nak besar so on or suntikan hormon dalam binatang ternakan untuk elak penyakit
6) Stress dan tekanan perasaan
7) Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron dalam tubuh badan
8) Lebihan hormon Xenostogen dalam badan
9) Kelewatan menimang cahaya mata – wanita yang lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi
10) Merokok
11) Genetik
Simptom cyst:
1) Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid (/)
2) Mengalami masalah membuang air kecil atau besar (…)
3) Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut/kembung perut tak terkawal (/)
4) Rasa kenyang atau perut penuh (/)
5) Rasa mahu terkencing sepanjang masa (/)
6) Sakit di belakang atau paha (…)
7) Payudara menjadi lembut (…)
8) Pening dan muntah (/)
9) Period/haid tak teratur (/)
(/) utk simptom yang saya alami dan (…) utk simptom yg saya tak ingat atau tak perasan saya alami huhu
Konklusinya, sentiasa alert dengan anugerah kesihatan yang diberikan kepada kita and never take it for granted. Jangan ambil remeh dengan perubahan atau kesakitan yg tubuh kita alami especially perempuan (sebab perkongsian saya ini fokus pada wanita). Diri sendiri dan suami terutamanya, serta kaum keluarga perlu alert dengan apa-apa perubahan yang berlaku dan cepat-cepat rujuk pada pakar.
Latest update: Baru jumpa doctor untuk follow up case ni, doktor terkejut sebab Alhamdulillah saya dah mengandung 3 bulan. Tapi, bukan salah saya la doktor sebab doktor tak bagi amaran kena jarakkan dulu waktu ke apa.. meanwhile suami saya dah nak baby hahaha.. However, Alhamdulillah doktor kata bayi dalam keadaan yang sihat dan tempat cyst pun masih dalam keadaan baik. So, doakan moga-moga kandungan ini insya-Allah sentiasa dalam keadaan yang baik dan bayi akan dilahirkan kelak dalam keadaan sempurna dan baik-baik saja.
Itu saja perkongsian saya, moga ada manfaat dan peringatan untuk semua especially kaum suami dan wanita.
“Mencari yang sempurna itu mustahil, namun bagi menyempurnakan insan lain itu adalah sebahgian dari anugerah Tuhan buat kita, manusia”
sumber : Ummu Syahirah Derahman
Rupanya Ini Sebab Ubat Demam Tak Perlu Simpan Dalam Peti Ais. Ambil Peduli Hal Ini.

“Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?”
Lazimnya ubat demam yang tidak habis digunakan akan disimpan di dalam peti ais. Nak buang sayang, masih ada ‘balance’ lagi.
Ramai yang berbuat demikian dan beranggapan cara yang betul adalah menyimpan ubat di dalam peti ais.
Namun tahukah anda bahawa cara ini, tidak digalakkan, sebaliknya harus dibuang setelah digunakan dan disimpan pada suhu bilik.
Nak tahu lanjut, ikuti penjelasan ini menerusi perkongsian seorang ahli farmasi di facebooknya, Salinda Sopian.
Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja. Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit.
Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.
Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan. Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka.
Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.
Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat.
Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.
Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam.
Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut.
Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-thun lamanya.
Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.
Tempoh masa
Ubat sirap sebegini biasanya dicampur dengan pengawet (preservative) seperti methylparaben.
Oleh sebab itu, ia tahan dlm tempoh yang lama pada suhu kurang dari 30degree selagi ia belum dibuka.
Sekiranya disimpan pada suhu yang tidak dicadangkan (contohnya dalam peti sejuk), stability ubat tersebut akan terganggu.
In fact, ia akan jadi lebih cepat rosak.
Seeloknya simpan sahaja pada suhu bilik, tertutup dari cahaya matahari, dan buang sahaja selepas 1 bulan dibuka.
Ubat bukan seperti makanan, jika disimpan dalam peti ais akan lebih tahan lama.
Nota kaki: Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak. Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing. Buang ubat yang tak perlu okay.
Belajar sesuatu?
Bukan tak berjimat tapi untuk selamat
Sumber: Salinda Sopian (Pharmacist) via Klinik An-Nur Jengka
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Rupanya Ada Cara Betul Nak Hasilkan Jus Kunyit Yang Berkhasiat, Saintis Ni Tunjuk Satu-satu Caranya!

Jika selama ini kita mengetahui dengan minum air jus kunyit bagus untuk perawatan dalaman wanita, dan sememangnya air jus kunyit ini kaya dengan khasiatnya.
Pun begitu dalam menghasilkan jus kunyit tentu ada pelbagai cara yang dipraktikkan mengikut kaedah yang berbeza-beza. Pun begitu, menurut Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal ada teknik yang terbaik yang boleh dipraktikkan untuk pastikan khasiatnya terjamin dan hal ini mungkin ramai yang tidak tahu.
KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit
Untuk itu, jom ketahui teknik yang sebenar dalam menghasilkan jus kunyit
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
- Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
- Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
- Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
- Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
- Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
- Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
- Cadangan dos: 1 kunyit sebesar ibu jari dengan 1 mug air + sedikit lada hitam atau asam jawa dan diminum 2x sehari. Boleh juga diambil bersama susu segar
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
- Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
- Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.
Sumber : Dr Suri Roowi
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club