Buat apa berhabis ribuan ringgit untuk membeli TV baharu jika yang lama masih boleh digunakan cuma harus diperbaiki.

Kos yang diperuntukan untuk kedua-dua pilihan ini juga sangat jauh berbanding jika anda memperbaiki kerosakan itu sendiri lebih-lebih lagi jika ianya hanya kerana skrin tv anda berjalur-jalur.

Jangan risau, sebelum anda membeli TV baharu, apa kata cuba dulu baiki TV rosak berjalur seperti yang dikongsikan oleh Eezwan Manaf di laman Facebooknya. Memang menjimatkan!

CARA BAIKI TV ROSAK BERJALUR, JIMAT & MUDAH
Nak dijadikan cerita smart tv saya tiba-tiba keluar jalur. Tak ada tanda-tanda pun. Tengah tengok TV tiba2 berjalur dan terus tak ada gambar.

Dalam hati habislah kopak duitku nak dekat raya ni. Tapi dalam masa yang sama duk survey tibi baru kat Shopee. Haha.

Saya whatsapp electrician tanya dia boleh baiki tak? Katanya LCD model tv ni tak ada stok. So tak boleh buat apa2. Tapi tv tak ada crack, lcd cun lagi. Baru pakai 3 tahun. Alamak kena buang ke?

IKLAN

Saya cuba google tentang cara baiki tv rosak berjalur ni dan jumpa banyak artikel yang berkongsi satu video ni kat Youtube. Saya pun kata why not kalau try cara ni walaupun tv tu berlainan brand dan jenis.

Jadi pagi ni, saya menggunakan segala kepakaran teknikal saya.

Cara-caranya:
1. Buka panel tv kat belakang. Kat situlah terletak pcb. (Board)

IKLAN

Baiki TV Rosak Berjalur Dengan Salotape Sahaja. Sangat Senang Dan Jimat Beratus-Ratus Ringgit
2. Cari salotape
3. Buka 2 cable yang ada kat pcb(board) dan try letak salotape. 2,3 kali juga try tapi still tak jadi sebab salah letak salotape.

Baiki TV Rosak Berjalur Dengan Salotape Sahaja. Sangat Senang Dan Jimat Beratus-Ratus Ringgit

Baiki TV Rosak Berjalur Dengan Salotape Sahaja. Sangat Senang Dan Jimat Beratus-Ratus Ringgit
4. Kali ke berapa try tiba2 dah boleh tengok tv. Maknanya salotape tu berjaya. Happy bukan kemain lagi. Jimat beratus² duitku. Alhamdulillah.

IKLAN

Baiki TV Rosak Berjalur Dengan Salotape Sahaja. Sangat Senang Dan Jimat Beratus-Ratus Ringgit Baiki TV Rosak Berjalur Dengan Salotape Sahaja. Sangat Senang Dan Jimat Beratus-Ratus Ringgit5. Jadi kalau tv korang jalur2 macam tv ni korang baiki sendiri je. Hehe. Kalau hantar kedai dia tukar LCD terus.

Baiki TV Rosak Berjalur Dengan Salotape Sahaja. Sangat Senang Dan Jimat Beratus-Ratus Ringgit
6. Gambar disertakan di bawah berserta description. Rujuk gambar untuk cara²nya.

P/s: link video -> https://youtu.be/7QyZTa8fO-c

Sumber: Facebook Eezwan Manaf

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI