Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau waris segera tuntut simpanan sebelum tahun 2025 sebelum wang dipindahkan Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD).
Memetik New Straits Times, KWSP, menerusi satu notis, berkata ia sedang menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya simpanan persaraan mereka sebelum 31 Mac 2025.
Ads
“Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.
“Ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.
“Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
“Sebarang tuntutan selepas itu mesti dikemukakan terus kepada BWTD,” katanya.
Ads
KWSP menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau melayari pejabat KWSP berhampiran.
UNTUK INFO:
Ads
Seperti yang diumumkan oleh KWSP dalam satu kenyataan media bertarikh 3 November 2016, berkuatkuasa 1 Januari 2017, ahli yang memilih untuk mengekalkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam akaun KWSP akan terus menerima bayaran dividen ke atas simpanan tersebut sehingga umur 100 tahun.
Apabila ahli mencapai umur seratus (100) tahun dan tiada permohonan pengeluaran dibuat, kesemua simpanan KWSP ahli akan dipindahkan ke Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD) sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 51A, Akta KWSP 1991.
Zack X-Factor pilih jadi suri rumah demi anak-anak, isteri tentera darat. Sudah agak lama menyepi daripada dunia hiburan, pelakon dan penyanyi Zack X-Factor membuat keputusan berani dengan memberi tumpuan penuh sebagai suri rumah sejak dua tahun lalu.
Zack atau nama sebenarnya Zachery Francis Abu, 48, menjelaskan, beliau dan isterinya yang bertugas dalam tentera darat perlu membuat pilihan penting berkaitan penjagaan dua anak mereka berusia 10 tahun dan dua tahun.
“Saya pernah hantar anak ke pusat asuhan. Tetapi bila balik rumah saya lihat ada lebam sana sini. Jadi selepas berbincang kami sepakat bahawa salah seorang perlu berhenti kerja dan menjaga anak-anak.
“Jadi saya buat keputusan untuk mengalah dan mengambil alih tugas menjaga anak. Biarlah saya merasa bagaikan rasanya menjaga anak-anak.
“Selepas menjaga anak-anak apa yang boleh saya katakan bukan satu tugas yang mudah. Jika diberi pilihan antara bekerja dan menjaga anak-anak saya akan pilih bekerja,” katanya ketika ditemui di konsert Elite Live ’25 baru-baru ini.
Mengulas lanjut, pelakon drama Si Capik itu menegaskan, pasangan yang bergelar suri rumah wajar dihargai kerana tanggungjawab tersebut sangat mencabar.
Katanya lagi, beliau tidak mengambil peduli tentang pandangan orang terhadap pilihannya.
“Saya tak peduli apa orang nak kata. Inilah peluang saya untuk menjaga anak-anak,” ujarnya.
Sepanjang tempoh itu, Zack mengakui banyak menolak tawaran lakonan kerana tidak mahu menjejaskan komitmen produksi.
“Saya tak mahu kelancaran penggambaran terganggu disebabkan saya. Jadi lebih baik tolak daripada membebankan pihak produksi dan diri saya sendiri. Biarlah saya berkorban.
“Awal-awal dulu saya rasa agak berat juga untuk menggalas tugas menjaga anak-anak sepenuh masa kerana tidak tahu bagaimana perjalan hidup. Tak tahu taraf kewangan macam mana sama ada kukuh atau tidak.
“Tetapi saya bernasib baik kerana isteri saya seorang tentera. Soal tempat tinggal tiada masalah kerana kami tinggal di dalam kem. Saya sudah biasa tinggal dalam kem sejak kecil kerana bapa saya merupakan seorang tentera udara,” kongsinya.
Selepas kembali bertemu rakan-rakan lama di pentas konsert Elite baru-baru ini, Zack kini terbuka hati untuk kembali aktif dalam bidang seni.
Penampilan semula Zack bersama empat anggota X-Factor lain iaitu Danny, Fendi, Shah dan Jim turut mencuri perhatian ramai. Walaupun lama tidak muncul, mereka masih tampil bertenaga dan menghiburkan peminat dengan vokal mantap serta gaya yang segak.
STPM 2024 catat PNGK nasional 2.85, paling tinggi dalam sejarah. Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan pencapaian terbaik dalam sejarah pelaksanaannya apabila Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat kepada 2.85.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff memaklumkan, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.01 mata berbanding PNGK 2.84 yang dicatatkan tahun lalu.
Menurut beliau, seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus daripada keseluruhan calon berjaya memperoleh PNGK maksimum iaitu 4.00, meningkat sebanyak 150 orang berbanding tahun 2023.
“Bagi tahun ini, jumlah pelajar yang meraih 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki turut menunjukkan peningkatan, daripada 41 calon pada STPM 2023 kepada 53 calon,” katanya dalam sidang media pengumuman keputusan STPM 2024 yang berlangsung hari ini.
Selain itu, bilangan calon yang memperoleh keputusan 4A juga meningkat kepada 1,228 orang berbanding 1,087 orang pada tahun sebelumnya.
Anak lemas dalam kolam, ibu harap keajaiban, “Moga ada doa kalian yang diangkat dan dimakbulkan Allah.” Niat Nurul Izzati Barni, berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati.
Sebaliknya, ia dilakukan dengan harapan mendapat doa daripada masyarakat yang tersentuh dengan nasib anaknya, Che Umar Rais Che Fairollah, 4 tahun.
Selama hampir lima bulan, ibu muda berusia 30 tahun itu setia menanti keajaiban Tuhan untuk anaknya yang kini berada dalam keadaan separa kritikal selepas insiden lemas dalam kolam.
Rutin hariannya bermula seawal jam 9 pagi hingga lewat malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau menguruskan keperluan Umar, termasuk memandikan, mengurut, dan memberi perhatian penuh sebelum pulang ke rumah.
“Saya hanya mampu melakukan apa yang termampu sebagai seorang ibu. Kita tidak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah, jadi perkongsian ini hanyalah untuk memohon doa mereka yang tersentuh dengan keadaan Umar,” katanya.
Nurul Izzati kekal yakin bahawa Umar akan kembali pulih walaupun proses pemulihan mungkin mengambil masa. Malah, naluri keibuannya menjadi kekuatan utama untuk terus berdoa dan berikhtiar.
“Saya masih ingat satu ketika darah Umar tiba-tiba turun mendadak. Doktor meminta kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan terburuk dan reda. Namun, saya berbisik kepada Umar bahawa saya reda jika Allah lebih menyayanginya.
Tetapi jika Allah memberi peluang untuk Umar terus hidup, kami akan lakukan apa sahaja demi dia. Alhamdulillah, darahnya kembali stabil ketika itu. Sejak detik itu, keyakinan saya terhadap keajaiban Allah semakin kuat,” jelasnya, yang kini menganggap hospital seperti rumah keduanya.
Pada September 2023, percutian keluarga bertukar menjadi ujian besar apabila Umar lemas di dalam kolam. Ketika dibawa ke hospital, nadinya telah terhenti selama hampir lima minit. Keadaan itu membuatkan doktor menjangka peluang Umar untuk hidup amat tipis. Namun, doa dan kuasa Allah memberikan keajaiban apabila nadi Umar kembali berdenyut.
“Umar ditempatkan di zon kritikal dan pada awalnya langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Tetapi pada hari ke-19, dia mula menggeliatkan badannya. Sejak itu, saya terus berusaha dan tidak berhenti berdoa untuknya,” kata Nurul Izzati.
Kini, walaupun Umar masih bergantung kepada bantuan oksigen, perkembangan positif mula kelihatan. Bagaimanapun, doktor masih memantau keadaan anak matanya yang belum memberi tindak balas apabila disuluh.
“Saya faham doktor menjalankan tugas mereka, tetapi saya percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya,” katanya. Nurul Izzati juga berusaha memberikan makanan tambahan bagi membantu proses pemulihan Umar.
Dua anak Nurul Izzati yang lain turut merindui kehadiran Umar di rumah. Mereka sering bertanya bila dapat berjumpa adik mereka di hospital. Malah, setiap kali membeli mainan, mereka akan teringatkan Umar dan berharap dapat berkongsi kegembiraan bersamanya.
“Saya selalu pesan kepada mereka, jika benar sayangkan Umar, jangan lupa doakan kesihatannya setiap kali selepas solat. Doa mereka sebagai abang dan kakak sangat bermakna untuk Umar,” katanya penuh emosi.
Nurul Izzati turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dan doa sepanjang tempoh sukar ini. Sokongan tersebut menjadi sumber kekuatan untuknya terus menjaga Umar dengan penuh ketabahan.
“Saya amat menghargai setiap bantuan yang diberikan. Doa dan sokongan orang ramai benar-benar memberikan saya semangat untuk terus kuat. Semoga doa-doa ini membantu Umar kembali sembuh,” tambahnya.
Kisah ini menggambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anaknya dan kepercayaan penuh kepada kuasa doa. Semoga Umar diberikan kesembuhan dan keluarga ini terus diberi kekuatan menghadapi ujian hidup.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.