Jika anda seorang suri rumah atau individu yang sering masuk dapur untuk menyediakan makanan, anda pasti tidak terlepas dari ‘terkena’ situasi ini.
Pasti anda pernah berhadapan dengan keadaan dimana pakaian anda habis bertompok kuning akibat dari kesan kunyit.
Kotoran kunyit pada pakaian merupakan adalah antara kesan degil yang sukar untuk dihilangkan.
Di sini kami kongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan kesan kunyit yang paling mudah dan selamat.
Terdapat lapan cara menghilangkan kesan kunyit, sama ada pakaian anda berwarna putih atau berwarna-warni. Jom cuba!
1. SEGERA BERSIHKAN KOTORAN KUNYIT PADA PAKAIAN
Cara menghilangkan kesan kunyit pada pakaian adalah dengan membersihkannya dengan segera. Hal ini kerana, semakin lama kesan kunyit menempel pada baju, semakin sukar ia dihilangkan.
2. CECAIR ANTI KOTORAN DEGIL
Gunakan produk cucian yang mempunyai kandungan khas untuk menghilangkan kesan degil seperti kunyit. Sebelum baju tersebut bercampur dengan pakaian kotor yang lain, sapukan cecair anti kotoran degil terlebih dahulu.
3. GUNA HIDROGEN PEROKSIDA PADA PAKAIAN PUTIH
Selain itu, kesan kunyit pada pakaian boleh dihilangkan dengan menggunakan gliserin. Caranya seperti berikut:
Ads
* Campurkan gliserin dan air.
* Kemudian, oleskan di kawasan yang terkena kotoran kunyit.
* Bilas dengan air suam dan cuci dengan mesin basuh seperti biasa.
5. AIR PERAHAN LEMON
Buah lemon merupakan bahan semula jadi yang terbukti berkesan dalam proses DIY menanggalkan kotoran degil. Cara-caranya adalah:
* Hiris buah lemon kepada dua bahagian.
* Perah airnya tepat di atas bahagian pakaian yang terkena kesan kunyit.
* Biarkan selama 1.5 jam dan kemudian cuci seperti biasa.
6. PELUNTUR PAKAIAN
Menggunakan peluntur pakaian juga boleh membantu menghilangkan kesan kunyit yang degil. Langkah-langkahnya:
* Pertama sekali, anda perlu membaca label pada pakaian kerana terdapat jenis yang tidak boleh menggunakan peluntur.
* Sekiranya pakaian anda boleh menggunakan peluntur, berus bahagian yang • terkena kesan kunyit dengan berhati-hati dan basahkan dengan air.
* Kemudian, tuangkan 4-5 titis cecair peluntur pakaian ke atas kawasan yang kotor dengan kesan kunyit.
* Gosok perlahan dengan jari tangan dan cuci dengan air biasa. Boleh ulangi langkah ini jika terdapat lagi kesan kotor.
* Seterusnya, sediakan air sejuk dan masukkan satu cawan peluntur pakaian.
* Rendam pakaian dalam larutan tersebut dan biarkan selama 20 minit. Bilas seperti biasa.
Ads
7. CUKA PUTIH
Kaedah membersihkan kesan kunyit menggunakan cuka putih dapat menghilangkan kesan kotor pada kain halus seperti sutera, linen dan lain-lain. Cara-caranya:
* Campurkan 2 sudu makan cuka putih dengan 1 sudu makan sabun pencuci pakaian ke dalam mangkuk.
* Rendam pakaian yang terkena kotoran kunyit dengan campuran tadi selama 30 minit.
* Kemudian, bilas dengan air bersih sehingga tiada baki larutan cuka dengan sabun pencuci pakaian sekali lagi.
* Seterusnya, masukkan 2-3 titis sabun pencuci pakaian yang dituang ke dalam baldi berisi air sejuk.
* Rendam pakaian dalam larutan tersebut selama 30 minit dan bilas dengan air sejuk.
* Biarkan ia kering di bawah pancaran matahari.
8. CAMPURAN HAND SANITIZER
Hand sanitizer mengandungi alkohol amat bermanfaat dalam menghilangkan kesan kunyit. Selain itu, anda juga memerlukan kain, berus gigi, detergent dan baking soda. Ikuti langkah di bawah:
* Bersihkan kawasan yang terkena kotoran kunyit dengan air bersih dan lakukan dengan lembut.
* Keringkan atau serap kelembapan kawasan kotor tadi dengan kain lembut secara berhati-hati agar kesannya tidak bergeser ke tempat lain.
* Tuangkan hand sanitizer ke kawasan itu dan guna berus gigi untuk meratakannya. Kemudian, bilas pakaian seperti biasa.
Sumber: Orami
Ads
Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Dengan Explore Escape, Petaling Jaya. Banyak aktiviti yang mencabar boleh dilakukan disini. Pasti anak-anak anda teruja untuk mencubanya.
** Tiket Sah digunakan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober (3 Bulan)
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Masya Masyitah sejak akhir-akhir ini sering diperhatikan gerak-gerinya oleh para wargamaya. Bermula dengan tuduhan yang dia sudah berkahwin, fesyen yang ditampilkan juga sering mendapat kritikan dari netizen.
Terbaharu posting dari Instagram penyanyi yang lahir dari program Ceria Popstar ini mengundang perdebatan netizen kerana, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah telah memuatnaik video memakan sotong dan udang yang masih hidup dengan penuh selera ketika berada di sebuah pasar malam di negara seberang.
Manakala di bahagian kapsyen hantaran itu, Masya mengatakan dirinya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu untuk menikmati haiwan laut itu secara hidup-hidup.
‘Nampak mustahil sampailah ianya selesai.’
Bukan itu sahaja, turut kelihatan Masya tidak kekok untuk menghabiskan sotong hidup itu sebaik saja ianya dihidangkan oleh peniaga di pasar berkenaan.
Bagaimanapun, aksi berani Masya itu telah mendapat kecaman netizen kerana rata-rata mengatakan penyanyi berusia 23 tahun kurang peka dengan hukum agama.
Malah, mereka turut risau sekiranya tindakannya itu menjadi ikutan orang lain terutamanya yang beragama Islam.
Tindakan awak mengelirukan umat Islam yang lain. Orang mula bertanya “eh boleh eh makan sotong macam itu?” Astaghfirullah.. Bertaubat lah sis.
Tidak hanya dengan itu, ada segelintir warganet yang menyelar perbuatan Masya dengan melabelkan dirinya sebagai seorang yang pengotor kerana makan haiwan yang tidak dicuci terlebih dahulu.
Siapa tak kenal dengan pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa yang sedari kecil lagi sudah menceburkan diri dalam industri seni tanah air.
Walaupun terpalit dengan beberapa isu bersama bekas suaminya sebelum ini, sekali lagi namanya melonjak di sosial media yang ternyata kagum dengan didikan yang diberikan kepada anak-anaknya.
Baru-baru ini menerusi live di laman TikTok miliknya, Fatin Afeefa memberitahu bahawa kedua-dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia dalam proses ingin khatam kitab suci Al-Quran.
Fatin Afeefa pada awalnya menjawab soalan peminat di bahagian komen yang bertanyakan tentang keberadaan anak lelakinya dan dia mendedahkan bahawa kedua-dua cahaya matanya sedang mengaji.
Anak-anak saya sekarang tak ada kat rumah. Diorang pergi mengaji. Pukul 10 nanti baru balik dari waktu Isyak tadi.
Malah, dia juga memberitahu kepada peminat bahawa anak-anaknya terutama Arrian melarang dirinya daripada mengambil mereka daripada tempat mengaji sebelum pukul 10 malam.
Berlumba-lumba Nak Khatam
Ini kerana, kedua-dua anaknya sedang berada dalam proses ingin khatam kitab suci Al-Quran sebelum 2022 berakhir walaupun Fatin Afeefa menegaskan bahawa mereka berkemungkinan tidak sempat untuk berbuat demikian memandangkan baru saja masuk juzuk kesebelas.
Diorang berdua tengah berlumba-lumba nak khatam Al-Quran tahun ini. Sebab itu, dua-dua tak bagi saya ambil balik mengaji awal. Arrian pula sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia, jadi dia nak kejar balik.
Dalam pada itu, Fatin sempat mengatakan bahawa dia akan pastikan kedua-dua anaknya menghafaz al-Quran pada masa akan datang selain mendapat ilmu agama secukupnya.
Adakah anda seorang Ofidiofobia atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, mempunyai perasaan takut kepada ular? Kalau anda mempunyai fobia jenis ini, jangankan nak pegang, tapi bila nampak ular pun dah mula rasa seram sejuk dan meremang satu badan.
Bercerita tentang ular, hari ini tular tentang kes penangkapan ular di dalam saluran longkang berhampiran sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam.
Bukan seekor tapi ada banyak! Ular-ular tersebut masih kecil dan dikatakan kira-kira ada 15 ekor semuanya semasa pemeriksaan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Bomba) Shah Alam dilakukan.
Seramai enam orang pegawai terlibat di dalam operasi terbabit selepas Bomba menerima panggilan dari orang awam yang mengesyaki ada kewujudan reptilia itu dalam saluran longkang.
Sumber foto: Bomba & Penyelamat Shah Alam
Menurut pihak Bomba, ketika mereka sampai ke lokasi kejadian dan membuat size up mendapati memang benar-benar ada ular di dalam saluran longkang tersebut. Di dalam operasi tersebut, pihak Bomba berjaya menangkap kesemua anak ular dan induknya bersama.
Syukur, tiada mangsa yang terlibat atau cedera ketika penemuan tersebut namun bila difikirkan semula pasti ada sumber makanan berhampiran yang membolehkan ular tersebut membiak di situ.
Antara komen yang ada;
Dipercayai ular tersebut adalah ular sawa batik berdasarkan corak pada kulitnya. Nama saintifik spesis ini adalah malayopython reticulatus dan boleh membesar sehingga 10 meter panjang.
Ia boleh membiak dan hidup di dalam apa jua persekitaran termasuklah kawasan berpenduduk dengan memakan tikus atau kucing. Ular sawa batik juga merupakan spesis ular terpanjang di dunia.