Baju Sekolah Anak Sentiasa Putih Bersih, Rupanya Ibu Ni Guna Bahan Ni Je Tanggalkan Kesan Daki & Tak Perlu Rendam!

Share

Melihat baju anak yang hitam berdaki setiap kali pulang dari sekolah memang buat kita mak-mak ni membebel tak sudah. Itu belum lagi kalau ada terkena sambal dan sebagainya.

Bab untuk mencuci pakaian tersebut untuk kembali putih bersih boleh dikatakan habis tenaga diperlukan. Lagi-lagi pada bahagian leher dan lengan baju, kotoran daki yang melekat memang jelas kelihatan. Kalau terus dicuci di dalam mesin basuh memang tidak akan hilanglah jawabnya!

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Tapi tahukah mak-mak semua, rupanya ada cara mudah nak hilangkan kesan daki tersebut  sebagaimana yang dikongsikan oleh puan Hasslizza Lailly Abu Hassan ini.

Dia hanya menggunakan sedikit pencuci Cif yang diletakkan di bahagian berdaki, dan kesannya memang putih bersih!

“Since ramai yang kat komen tanya macam mana nak gunakan dia. So, hari ni Lailly sharekan video. Jangan risau, baju korang tak akan reput dan skin pun tak akan rosak. Bukan gunakan cif ni pada 1 baju or rendam baju tu dengan cif,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Siapkan Stok Sabun Khas Cuci Baju Sekolah. Confirm Putih Bersih. Ibu-ibu Boleh Tiru Cara Ni!

Baju Penuh Berbakul Tak Berlipat, Begini Cara Wanita Ni Kongsikan Nak Bagi Cepat Siap!

“Settle Kerja Mak-Mak Paling Hazab.” Ibu Ni Kongsi Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Sental. Guna Sabun Ajaib Termurah, Hanya RM2.10 Jer!

Jadi buat anda yang ingin mencuba tip yang dikongsikan ini, begini langkah demi langkahnya.

Langkah 1 : Basahkan bahagian berdaki dan kemudian letakkan sedikit pencuci Cif.

Langkah 2 : Kemudian ratakan.

Langkah 3 : Berus beberapa kali dan akan nampak kesan daki tersebut hilang dengan mudah.

Langkah 4 : Tanpa perlu direndam terus boleh dibilas dan akan nampak kesannya, putih bersih!

Ini hasilnya yang dikongsikan memang puas hati.

Sumber :hasslizzalailly.abuhassan.7

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN