Masih ingat tak kepada kisah seorang calon SPM tahun lepas yang menghidap kanser tulang yang menjadi tular setelah kisahnya meruntun hati dengan perkongsian yang dipapar oleh sukarelawan Puan Natipah Abu.

Terbaru mengenai perkembangan anak pejuang kanser ini sungguh inspirasi apabila dia kini giat berlatih untuk menjadi atlet paralimpik. Biarpun masih belum mempunyai kaki palsu bagi memudahkan mengadakan latihan selanjutnya. Beliau tetap kental untuk mencapai impiannya.

Nyata, jika kita susah dan sedih, ada lagi hamba Allah yang lebih sukar dugaan hidupnya. Kisah adik Afiq boleh anda baca selanjutnya di link  ini  www.keluarga.my Rela potongkaki-tak-mahu-menyusahakan-ibu-bapa-sebak-kisah-pelajar-kanser-tulang-yang-bakal-duduki-spm-ini/

Bakal Atlet Paralimpik. Ketabahan Anak Pejuang Kanser Tulang Ini Sungguh Inspirasi!

Selanjutnya ikuti catatan Puan Natipah Abu mengenai perjuangan Afiq yang berjiwa kental ini.


AFIQ PEJUANG KANSER 

IKLAN

Hari ni ada orang ajak Kak Pah dating . Berbunga-bunga rasa hati mak cik tua ni bila ada orang kata rindu kita. Bila dah umur macam ni .. orang yang pernah kita kenal ingat kat kita pun dah cukup “ tacing “ dah. 

Ni Afiq . Umur dia sama dengan anak bongsu Kak Pah. Dah berbuih mulut Kak Pah suruh dia panggil mak cik tapi .. dia buat pekak badak jaa. Dia nak panggil Kak Pah jugak ( Ek’elehhhh .. dalam hati Kak Pah mesti kembang semangkuk kena jet dengan Afiq )
Afiq dah selesai SPM . Kak Pah kenal Afiq tahun lepas. Masa tu Afiq tengah berduka yang amat sangat sebab kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman. 
Sebelum tu, kaki Afiq dah dimasukkan besi bagi menggantikan tulang kaki yang dibuang akibat kanser. Kemudian .. bukan setakat kaki , sekali dengan besi pula kena jangkitan. Besi kena buang .. kaki pula kena potong. Lepas potong kali pertama .. potong lagi kali kedua .. sampailah ke pangkal paha dah . Afiq dah putus asa yg amat sangat.masa tu . Bagi dia .. seolah harapan untuk hari esok dah tiada .

Bakal Atlet Paralimpik. Ketabahan Anak Pejuang Kanser Tulang Ini Sungguh Inspirasi!

IKLAN

BAKAL ATLET PARALIMPIK 

Alhamdulillah …
Sekarang Afiq duduk di Perlis . Dia sedang menjalani latihan untuk menjadi atlet sukan Paralimpik . Dia ada jurulatih di sana . Tapi Afiq belum ada kaki palsu . Sbb kosnya sangat mahal. RM 25K . Kak Pah sendiri pun rasa macam nak “ kelam donia “ ja nak dapatkan RM25K tu.

Cuma rasanya, bila Afiq dah ada nama nanti, barulah semua orang pakat buka mata nak bantu Afiq. Afiq sangat kuat semangat .. dia nak hidup berdikari. Macam-macam yang dia plan untuk masa depan dia. Sembang dengan dia, tak rasa macam sembang dengan budak baru habis sekolah.

IKLAN

“ Habis training , Afiq nak jual apam balik. Afiq nak cari duit sendiri . Afiq tak mau susahkan sesiapa. Nanti Afiq nak mintak lesen dulu . Afiq reti buat apam balik. Duk tolong mama dulu. “. 

Walaupun dia dah tak ada kaki, sikit pun dia tak sentuh tentang kekurangan dia tu. Dia sembang seolah dia orang yang normal. Kak Pah mendengar setiap perkongsian dan luahan dia sebagai seorang yang telah dewasa.

Jarang Kak Pah temui remaja setabah dia. Andai bakatnya terus digilap dan dia diberikan dorongan serta sokongan, dia boleh pergi jauh , InshaAllah. Tak percaya , kita sama-sama tunggu dan lihat setahun dua lagi .

Moga didoakan Afiq mencapai hasratnya.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI