Bagusnya cara ibu ini mendidik anak menjadi seorang yang berdisplin. Dengan menyediakan jadual membersihkan tandas di rumah ini adalah salah satu cara pendekatan dalam mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jom semak cara perkongsian di laman facebook puan Azie Surip. Sungguh inspirasi! Boleh lah ibu bapa cuba cara ini.
Ads
Salah satu cara mendidik anak supaya lebih bertanggungjawab adalah dgn suruh diaorg buat kerja rumah..
Mak buat mcm ni, ada jadual cuci toilet seminggu 2x. Kalau date yg diberikan tak boleh buat kena ganti hari lain. Tapi mesti buat. Lepas cuci mak akan check & bagi rating. Kalau dpt C kena cuci semula
Cara rating ABC diberikan, kalau semua ✔ maknanya A, ada 1 ✖ dpt B, 2✖ dpt C
Score card. Hari tu Harris dpt B so dia kena cuci semula bahagian yg mak ✖ tu. Hari ni Adam cuci dpt A sbb semua ✔Lantai2 mesti kena berus betul2 kalau nampak kotor je dpt lah ✖ lps tu diaorg kena berus semulaSemua mesti cuci & susun elok-elok
Jom, kita ikut cara puan Azie ni. Sungguh inspirasi kan!
Kenangan kadang kala mengusik jiwa dan menjadi indah untuk dikenang. Tidak kira bersama pasangan atau rakan taulan.
Begitulah yang digambarkan oleh perkongsian oleh saudara Hazman Harun di facebook miliknya menerusi group Malaysiaku Dulu Dulu Official memaparkan gambar dua keping berbeza tahun yang mempunyai makna yang sungguh mendalam buat seorang sahabat.
Gambar pada tahun 1981 dan gambar tahun 2020 dalam posisi yang sama.
Dengan caption ringkas iaitu
“Dulu dan kini. Alhamdulillah masih sihat menjangkau usia warga emas.“
Jelas membayangkan persahabatan yang akrab antara mereka berlima sudah lebih 40 tahun.
Inilah yang dinamakan, biar gambar yang berbicara.
Dalam pada itu, posting ini mendapat perhatian daripada warganet yang melahirkan erti persahabatan yang setia walaupun sudah berusia.
Komen warganet
-Terbaik bang…Tentunya persahabatan dah terjalin lbh dr 40 tahun.
Mak-mak ni bila buat sesuatu, takkan selalunya fokus. Mesti dalam pemikirannya ada berfikir perkara lain.
Samalah ketika shopping, waktu tu kepala mesti tengah fikir nak ambil barang apa lagi, nak masak apa balik nanti dan sebagainya sehinggakan boleh berlaku kejadian yang tidak diingini.
Misalnya seperti yang dialami oleh pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra di sapa Shiera atau kak rara di mana dek kerana tidak perasan, dia terbawa pulang seluar dari sebuah pasaraya ketika membeli barang.
“Hari ni dalam sejarah, saya pergi Giant beli barang, saya pegang macam ni, saya jalan, saya beli tudung, satu dunia saya pusing. Lepas tu saya balik dah tutup enjin kereta, saya baru nampak saya beli barang ada seluar sangkut tu bermakna saya mencuri” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Tiktok.
Bagaimanapun, dia yang menyangka barang tersebut adalah tudungnya memohon maaf kepada pihak Giant dan berjanji akan membayar semula seluar yang bernilai RM20 tersebut. Malah akuinya, ini merupakan kali kedua berlaku pada dirinya.
“Eh balik selamba ek ni sebenarnya dah 2 kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar. Ingat tudung wei” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Meninjau di ruangan komen, bukan Shiera sahaja yang melalui situasi sama malah, ada juga beberapa pengikutnya yang turut berkongsi yang mereka alami. Bukan itu sahaja, ada juga yang terhibur dengan cara penceritaannya yang dikatakan lawak itu.
Betapa indahnya apabila sebuah rumah tangga itu sentiasa bahagia. Lebih manis sikap apabila pasangan saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Bahkan sikap beginilah mewujudkan persefahaman dan sikap toleransi suami isteri amat penting dalam sebuah rumahtangga.
Muat naik terkini di Instagram, pelakon Pelakon Datin Almy Nadia enarik perhatian ramai peminat di media sosialnya. Almy Nadia memuatnaik video suaminya, pelakon Datuk Fizz Fairuz sedang membuat persediaan kelengkapan anak-anak ke sekolah berserta kapsyen ringkas yang mencuit hati.
Menerusi video berkenaan dikelihatan Fizz Fairuz, kelihatan seakan tidak puas hati mengenai postingnya yang sebelum ini terpaksa di ‘delete’ setelah memaparkan gambar lama isteri tercintanya, Almy Nadia. Sambil meluahkan pandangannya tangannya tidak kekok menampal sticker nama anak-anaknya di buku sekolah. Kerajinannya itu mendapat pujian isterinya.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.