Ramai wanita mengalami masalah sakit pinggul semasa mengandung. Kesakitan biasanya akan mula berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Pun begitu, ia juga boleh bermula seawal trimester pertama.
Sememangnya, apabila seorang wanita itu mengandung, ia akan diiringi dengan pelbagai kesakitan. Sakit punggung semasa hamil adalah salah satu daripadanya.
Berdasarkan hasil kajian pada tahun 2018 menunjukkan bahawa lebih kurang 32% wanita mengandung melaporkan sakit pinggul pada satu tempoh kehamilan.
Menurut American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG), hormon yang dihasilkan badan semasa kehamilan akan melonggarkan sendi.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin mengalami sakit pada bahagian pinggul semasa mengandung, antaranya:
1. Relaksin
Umumnya, hormon relaksin akan meningkat semasa kehamilan. Seperti namanya, ia akan mengendurkan tisu yang menghubungkan tulang anda ke seluruh badan menyebabkan ketidakselesaan pelvis, terutamanya sakit belakang atau sakit pinggul.
Ads
2. Pertambahan berat badan
Apabila bayi dan ibu semakin bertambah berat badan, ia akan memberikan tekanan pada tulang dan sendi anda. Peningkatan berat badan berlebihan pula boleh menyebabkan berlakunya sakit punggung ketika hamil serta ketidakselesaan lain.
3. Postur badan yang lemah
Postur badan boleh berubah seiring dengan kenaikan berat badan, di mana pengagihan berat lebih difokuskan pada bahagian perut.
Selain itu, sekiranya bayi dalam kandungan cenderung berada pada satu posisi lebih banyak berbanding lain, ia juga boleh menjadi punca rasa sakit.
4. Transient osteoporosis
Sesetengah masalah sakit pinggul mungkin disebabkan oleh demineralisasi tulang pinggul anda atau lebih dikenali sebagai osteoporosis sementara.
Keadaan ini biasanya bermula pada trimester kedua atau ketiga. Ia mungkin berkaitan dengan tahap kalsium dan kalium. Osteoporosis pinggul sementara adalah keadaan jarang berlaku yang menyebabkan kehilangan tulang sementara pada bahagian atas tulang paha (femur).
Ads
5. Kedudukan tidur
Posisi tidur sebelah (mengiring) boleh menyumbang kepada punca sakit punggung semasa hamil kerana ia memberi tekanan pada sendi anda. Pun begitu, disebabkan menjadi 1 masalah biasa untuk wanita mengandung tidak cukup tidur, maka tidur mengiring merupakan pilihan posisi tidur paling menyelesakan.
Atasi sakit pinggang 1. Gunakan bantal
Letakkan bantal pada bahagian bawah perut dan antara kedua-dua lutut. Selepas seminggu, rasa sakit pada pinggul akan mulai berkurangan apabila tulang belakang pulih daripada penjajaran lemah (poor alignment).
2. Kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan
Siapa kata wanita mengandung tidak boleh bersenam? Pada dasarnya, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mungkin pilihan terbaik untuk mengelakkan daripada mengalami sakit pinggul.
3. Teknik regangan
Teknik regangan asas boleh membantu mengembalikan keseimbangan dan menguatkan otot-otot yang teralih atau lemah semasa tempoh kehamilan. Cubalah!
Ads
4. Bantuan kiropraktik
Bagi sesetengah wanita, masalah sakit punggung ketika hamil boleh diatasi dengan bantuan kiropraktik – akan membantu memastikan semua ligamen berada pada penjajaran yang betul.
5. Kasut yang sesuai
Sebaiknya, pakailah kasut yang bertapak rata. Untuk bersenam pula, pilihlah kasut sukan yang dapat memberikan sokongan lengkungan yang baik semasa melakukan aktiviti fizikal harian.
6. Menjaga postur badan
Cuba untuk amalkan postur badan yang baik semasa duduk, berdiri atau ketika mengangkat mahupun membawa barang yang berat.
7. Hindari aktiviti tertentu
Elakkan daripada melakukan aktiviti tertentu yang boleh memburukkan lagi masalah sakit punggung ketika hamil. Antara aktiviti yang perlu dihindari adalah seperti menyilang kaki, berdiri untuk tempoh masa yang lama, memvakum rumah atau mengangkat benda berat.
8. Tali pinggang kehamilan
Jika perlu, dapatkan tali pinggang kehamilan untuk memberikan sokongan pada sendi pinggul anda sepanjang hari.
Sumber: Hello Doktor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam melayari kehidupan berumah tangga, pasti apa yang kita semua inginkan adalah kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama dengan pasangan kita. Semahunya bahagia yang pernah dikecapi diawal perkahwinan akan terus dirasai hingga hujung nyawa.
Untuk itu, dengarkan apa kata ustaz Syamsul Debat ini tentang bagaimana mencipta bahagia untuk pasangan suami isteri. Jom lihat satu persatu apa yang dimaksudkan dengan 4 S (Sama-sama)itu.
Solat sama-sama
Ingat orang lelaki, sibuk macam mana pun pilihlah sekurang-kurangnya satu waktu untuk solat bersama-sama. Jika si suami tidak yakin untuk jadi imam, bermulalah dengan waktu Zuhur. Bila sudah terbiasa akan memberi lebih keyakinan kepada suami untuk menjadi imam untuk waktu Maghrib mahu pun Isyak. Biasanya bila isteri mendengar bacaan suaminya di dalam solat akan tersentuh hatinya. Lantaran itu isteri juga harus beri galakan dan mintalah untuk solat bersama-sama. Isteri perlu berlembut dengan suami.
Tidur Sama-sama
Yang muda-muda mungkin tiada masalah namun bagi pasangan yang telah lama berkahwin, hal ini sering diabaikan.
Makan Sama-sama
Mencipta kemesraan suami isteri juga boleh dilakukan ketika sesi makan bersama-sama. Sebaiknya sebagai penghargaan kepada suami, isteri sebaiknya membezakan pinggan dan cawan suami yang lebih istimewa. Kemudian letakkan lauk ke dalam pinggan pasangan malah jika si ibu ambilkan lauk anak ke dalam pinggan juga, ibu dapat pahala. Lagi mesra, jika suami isteri bersuap-suapan sebagai salah satu lagi komunikasi kemesraan antara suami isteri.
Jalan Sama-sama
Ambil masa untuk anda suami isteri dapat berjalan berdua-duaan. Contohnya tetapkan masa untuk berjalan-jalan dengan menunggang motor di tengah malam. Saat romantis ini pasti akan memberi memori indah untuk berdua.
Indahnya perkongsian Abby Abadi! Keakraban hubungan Abby dan suami dengan Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza memang mencuri hati setiap yang bergelar wanita. Sehingga sering ditanya bagaimana boleh berbaik dengan mereka. Bukan calang-calang mampu berbuat demikian.
Hakikatnya setiap manusia tidak akan terlepas menghadapi ujian. Allah menguji setiap hambaNYA di muka bumi ini dengan pelbagai ujian. Adakalanya kita diuji dengan kemewahan, kemiskinan, kegembiraan, kesedihan, kebahagiaan atau penceraian. Namun setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia dan maksud. Yang pasti setiap Yang berlaku ada hikmahnya.
Sejujurnya, pengakuan Abby Abadi mengenai coretan hidupnya yang menemui kegagalan dalam perkahwinan bukan menjadi titik noktah dalam hidupnya. Malah dijadikan iktibar untuk merencana kehidupan lebih cakna dan maufakatan sebagai muslimah.
Nyata, wanita hebat ini tidak menoleh kebelakang lagi. Kisah silam ditutup rapat. Biar jodoh tiada lagi, namun hubungan sesama Islam tetap utuh demi anak-anak.
Ikuti pergakuan indah dan manis Abby Abadi Ini. Moga perkongsian ini menjadi manfaat bersama.
Saya simpati pada mereka yg pernah melalui ‘penceraian’ terutama sang isteri yang terpaksa hidup dengan anak-anak yang masih kecil
Cumanya, walaupun perceraian itu menyakitkan, Namun saya percaya, penceraian bukanlah perkara yang buruk, ia adalah salah satu ujian dari banyaknya ujian ALLAH yang lain. Tak lalui, kita takkan pernah tau betapa kuatnya kita. Dan yang lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas di uji, atau terus merosakkan lagi keadaan, PILIHAN di tangan kita
Dan topik ni sangat berkait rapat dengan saya kannn. Saya tulis ni sebab ramai sangat yang bertanya pada saya, mcmana buleh ‘baik sangat’ dengan Oman & Memey. Macamana boleh lupakan apa yang terjadi. Macamana itu, mcmana ini. Saya jawab, Kehendak ALLAH
Masa akan mengubati segalanya. Jangan kalah dengan emosi.Sikit-sikit sudah melayan perasaan itu. Bila bersedih, syaitan lagi suka. Macam2-macam dihasutnya kita. Jadi yang sebaiknya, MOVE ON!
Yang berlalu biarkan berlalu. Kita bina hidup baru Akui kelemahan diri. Itu yg sebaiknya. Tiada yang sempurna diatas mukabumi ini. Yakin bila diuji dgn ujian berat sebegini, pasti ALLAH akan hadiahkan “pelangi” yang lebih indah nanti
Dah selesai episod sedih, jiwa bergelora & sbgnya.. Usahalah untuk jalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan kita, demi anak-anak. Merendah diri. Tak rugi apapun. Paling utama, jangan burukkan pasangan baru nya.
Cukup ALLAH sebagai penolong kita. Janganlah asyik bercerita kita terseksa, kita teraniaya & sebagainya. Syaitan mmg seronok kalau kita bergaduh sampai bermasam muka. Kalau sampai berparang-parang, lagi dia suka. Jadi kawal. Jangan kalah dengan dia
Paling hebat, utk perbaiki segalanya.. wajib kenal ALLAH… & bawalah ISLAM bersama . InshaALLAH, bila kenal ALLAH, segan dah kita nak meraih simpati org & tak kan kita merasa kita je “sempurna”
INILAH KEHIDUPAN
Sementara itu, dalam perkongsian lain pula, Abby menambah bahawa inilah kehidupan yang membuat dirinya muhasabah diri. Ikuti coretan seterusnya.
Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan Bila tak dapat memberi, jangan mengambil Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji Bila tak dapat menghargai, jangan menghina JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal INGATLAH, Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnn
Dalam pada itu, netizen melahirkan rasa kekaguman atas perkongsian yang mengusik jiwa dan penuh inspirasi ini.
Sebuah coretan perkongsian yang sungguh inspirasi buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak agar menerima anak seadanya.
Benar, setiap anak mempunyai perkembangan diri dan pencapaian yang berbeza.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu hargai anak-anak tanpa prejudis kerana dirinya juga punya kelebihan dan kekurangan diri. Moga perkongsian ini mendidik kita muhasabah diri kala membesarkan anak-anak.
~ Anakku ~
Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
Anak yang baik, anak yg cerdik, cuma ujian. Allah hendak tengok kita demand atau tidak, letak syarat atau tidak, kerja kuat atau tidak, sabar atau tidak.
Anak-anak yang biasa-biasa,tidak berapa pandai, itu hadiah Allah.
Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga.
Tidak perlu kecewa hasil kita tidak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.
Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak-anak kita.
Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.
Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat.
Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada Allah. Dia yang sebegitu hebat tidak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tidakk beri penuh perhatian sekarang tapi dia lah yang akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang.
Kata-kata indah jadi peringatan bersama dalam kita mendidik anak-anak.
Kredit:- Umi Kalsom Omar via Majlis Ilmu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.