Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia dan suami tidak merancang untuk menambah zuriat memandangkan mereka kini sudah punya sepasang cahaya mata selepas melahirkan anak keduanya pada Mei lalu.
Tambah Shila lagi, dia juga tidak mahu mengambil sebarang risiko memandangkan kedua-dua anaknya dilahirkan secara pembedahan (caeserian).
Menerusi Insta Storynya, Shila menjawab pertanyaan peminat yang bertanyakan mengenai hasratnya untuk ‘menutup kilang’ dan tidak lagi menambah cahaya mata.
“Dalam tiga tahun lagi, saya dah berusia 37 tahun. Sangat berisiko untuk ada anak dalam usia macam itu,” katanya.
Ads
Tambah Shila lagi, dia tidak sanggup untuk melahirkan anak secara pembedahan buat kali ketiga malah mahu memberikan perhatian sepenuhnya untuk membesarkan dua orang anaknya.
“Disebabkan sebelum ini anak-anak bersalin melalui pembedahan kecemasan, jadi cukup-cukuplah.
Ads
“Dah sepasang. Kita nak anak-anak kita dapat 100 peratus perhatian semampu kita,” katanya lagi.
Berkongsi kisah perkembangan terkini anak keduanya, kata Shila anaknya, Rhea Akira kini sudah pandai ajak bersembang setiap kali diagah.
Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial Ubai pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu. Shila turut mempunyai seorang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulunya, Seth Uwais.
Jemunya makan lauk rebus dan panggang setiap hari. Apa kata di hujung-hujung waktu pantang kita cuba menu bergoreng pula.
Serunding yang dihasilkan daripada halia dan ikan bilis ini memang lain daripada yang lain. Malah nak memasaknya pun teramatlah mudah berbanding serunding lain. Paling penting halia kena banyak supaya dapat buang angin dalam badan. Kasi panas!
Serunding Halia Pantang yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini mendapat sambutan menggalakkan daripada netizen. Malah caranya yang menunjukkan dengan langkah demi langkah buat semua teruja. Jom cuba resipi serunding halianya.
Bahan-bahan:
1/2kg ikan bilis
5 biji bawang besar
5 labu bawang putih
4 inci halia
2 sudu besar lada hitam
Caranya:
1. Lada hitam tu cikpooja goreng ya. Kalau tak nak goreng pakai minyak, sangai pun boleh.
2. Hiris dan potong semua bahan seperti dalam gambar.
3. Dah potong semua bahan, goreng la ya. Minyak kena banyak dan biarkan bahan gorengan berenang renang. Goreng semua bahan asing-asing sampai kekuningan.
4. Lepas tu, toskan la ya. Letak tisu di bawahnya supaya serap minyak.
5. Dah siap goreng semua bahan, tunggu sejuk dulu dan kisar guna blender kering sampai hancur. Kalau nak tumbuk pun boleh, ikut pada citarasa masing-masinglah ya. Cikpooja blander bahan-bahan ni asing-asing, lepas tu baru gaul sebati.
6. Siap. Buat untuk makan sendiri. Simpan dalam balang kedap udara je. Tak payah masuk peti ais pun. IsyaAllah berbulan-bulan tahan. Kalau buat betul-betul kering elok.
Kredit: Cik Pooja
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apa yang dikongsikan oleh Amalina Hasin tentang pengalamannya disahkan mengidap Ovarian Tumour Malignant ini semoga dapat memberi info dan dalam masa yang masa menyuntik kekuatan emosi kepada wanita lain andai mengalami nasib sepertinya.
Kisahnya pernah tular suatu ketika dulu, dek kerana perkongsian tersebut. Dan terbaharu apabila dihubungi, nyata perkembangan kesihatannya cukup positif kini.
“Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke 9 selepas operation. Semakin baik. Cuma ada waktunya perut masih ngilu sikit. Tapi tak kerap. Jadi untuk kekalkan tahap kesihatan, so far apa yang saya buat regular checkup 6 bulan sekali (ultrasound) dan buat ujian darah di klinik pakar sakit puan. Lepastu saya kurangkan pengambilan makanan yang membuatkan sel cyst aktif lebih cepat. Saya ambil vitamin C untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman.”
Malah gadis berusia 23 tahun ini tidak lokek untuk terus berkongsi info dan tip untuk manfaat bersama. Dan ini antara tip yang dikongsikannya.
Ekstra Tip
Bagi mereka yang mungkin alami penyakit macam saya (yang dalam operation, menunggu operation)
1. Elakkan makan segala jenis makanan yang akan aktifkan sel cyst sebelum dan selepas operation.
2. Jangan ambil pati ikan haruan atau gamat. Sebab nanti jika terjadi next operation, semua organ dalaman perut akan melekat-lekat – (Doktor pakar bedah yang maklumkan dan nasihatkan saya)
3. Regular check up 6 bulan sekali
Manakala ini pula adalah posting terdahulu yang dikongsikan olehnya selepas berjaya menjalani pembedahan dan pernah menjadi viral dek kerana gambar cyst yang berjaya dikeluarkan bersaiz besar hingga 28cm dan seberat 5kg!
Jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
CYST ATAU KANSER ? WANITA JANGAN AMBIL RINGAN. PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
OVARIAN TUMOUR MALIGNANT
Alhamdulillah. Hari ini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar di bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MasyaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah.
Tak sangka selama ni bawa makhluk sebesar ini dalam perut. Doktor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda-tanda sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (Saya jenis terlalu positif dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal)
Macam mana saya dapat tahu ?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari-hari, jalan pula tengah buat construction, memang lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan.
Selepas itu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dapat keputusan baru refer ke hospital sebab tak nak tunggu lama kalau terus ke hospital, memang akan ambil masa yang lama. Yang ni bersyukur tunggu 3 minggu saja tunggu dari tarikh mula-mula refer hospital, dah dapat tarikh operate, sebab cyst dah besar sangat dan boleh pecah.
Tanda-tanda & punca
Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sebab cyst ni ada banyak jenis, yang aktif, yang tidak, yang biasa, yang kanser, yang satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yang fibroid, yang ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda-tanda dia berbeza pada semua orang. Untuk saya, ini tanda-tandanya:
1.Senggugut yang teruk setiap kali datang bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam) 2. Mudah kejang pada kaki 3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat 4. Benjolan pada sekitar perut (macam saya sudah terlalu besar, sudah penuh satu abdomen, benjolan sudah dapat rasa sikit sahaja dari bawah dada, dah ada benjolnya) 5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sebab cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan) 6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sebab cyst boleh timbul jugak di payudara)
Punca-punca :(Doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan-soalan yang di tanya pada saya, kemungkinan inilah beberapa puncanya) 1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study) 2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya. 3. Keturunan (jika kanser) – macam saya arwah maklong ada kanser 4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sangat teratur setiap bulan, lain orang lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period) 5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor memang bising sangat-sangat – ubat untuk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Punca dia mmg tak banyak. Sebab itu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound sahaja dekat mana-mana klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos.
Kebetulan doktor yang merawat memang doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound sahaja. Untuk yang sudah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tapi ultrasound pun sudah memadai untuk peringkat awal check up.
Kos Pembedahan
Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu sahaja untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat-ubat.
Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab itu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman orang lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya sahaja. Doktor yang rawat saya memang ramai. Ternyata pakar di sini memang ramai dan sangat-sangat baik. Thanks doktor dan nurse, Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InsyaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda-tanda kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat-cepat buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi orang di luar sana. Bagi yang alami masalah yang sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yang ada. Mudah mudahan. Terima kasih juga pada yang mendoakan kesihatan saya.
Geram tengok kotoran dalam telinga anak terutamanya yang baby, tapi boleh ke kalau nak cuci telinga bayi ni?
Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr. Nik Hisyam, Perunding & Pakar Bedah ENT.
Sesetengah ibu bapa bertanya adakah perlu telinga anak mereka dicuci dan dibersihkan.
Sebenarnya permasalahan tahi telinga selalu berkumpul dalam telinga kita. Sebenarnya tahi telinga ini tak perlu diusik dan dikacau pun ataupun dikorek dengan cotton bud dan apa jua cara sekalipun.
Kalau mak ayah ada nampak kotoran di bahagian luar kawasan telinga, hanya bersihkan bahagian luar sahaja. Jangan sekali-kali memasukkan apa-apa alat ke dalam saluran telinga kerana berisiko berlaku pelbagai masalah.
Contohnya tahi telinga akan masuk ke dalam dan sampai satu tahap tak boleh keluar. Lama-kelamaan tahi telinga ini akan menjadi keras dan menyebabkan dia berkumpul dan susah nak keluar dengan sendiri.
Ini menyebabkan anak merasa sakit jika terlalu banyak dan pendengaran anak juga akan terjejas.
Yang kedua, sekiranya penggunaan alatan mengorek telinga seperti besi, kayu dan sebagainya akan menyebabkan risiko dimana saluran telinga akan luka, berlaku pendarahan dan bengkak. Malah boleh juga berlaku jangkitan kuman pada saluran telinga.
Sebaik-baiknya janganlah dikorek telinga anak-anak. Kalau nampak terlalu kotor, hanya bersihkan bahagian luar sahaja dan ada caranya.
Tip cuci
* Guna cotton bud, celup dengan minyak bayi dan bersihkan kawasan cuping telinga sahaja.
* Elakkan dicuci masuk ke dalam saluran telinga bagi mengelakkan kecederaan, implikasi dan sebagainya.
Penggunaan cotton bud ini disarankan untuk cucian sahaja tetapi bukan untuk mengorek telinga.
Dihujung saluran telinga letakkan di mana gegendang telinga dan apabila tahi telinga menghampiri gegendang ini, memang susah akan keluar dengan sendirinya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.