Keadaan kuku yang sihat akan memberi tanggapan terhadap kesihatan tulang dan kecantikan diri seseorang itu. Ini bermakna adalah sangat penting, kita menjaga kesihatan kuku agar bukan sahaja nampak bersih malah tidak rapuh.

Menurut portal rasmi, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, plat kuku ialah bahagian sebenar kuku yang diihat oleh mata kasar, terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina.

Plat kuku ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel lama ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat.

Kuku tangan tumbuh dengan kadar tiga milimeter sebulan iaitu dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki. Dasar kuku pula ialah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna sebenar kuku mengikut rona dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar. Justeru, warna kuku boleh mencerminkan tahap kesihatan diri kita.
Kuku Cerminan Tahap Kesihatan Kita. Nak Jadikan Ianya Nampak Sihat & Bersih Buat Amalan Ni!
Tanda kuku sihat:
1. Bersih
2. Permukaan licin tanpa alur
3. Warna seragam
4. Bebas daripada tompokan , pudar dan berubah warna.

Oleh yang demikian, apa kata dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kuku kita amalkan petua yang mudah ini. Jom semak!

Limau Nipis

Caranya cukup mudah, dimana anda perlu potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian barulah dibilas dengan air. Amalan ini jika dilakukan secara rutin dapat memastikan  kuku sentiasa cantik dan sihat.

Kuku Cerminan Tahap Kesihatan Kita. Nak Jadikan Ianya Nampak Sihat & Bersih Buat Amalan Ni!

Bawang Putih

IKLAN

Kupas kulit bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Cuci dengan air sehingga bersih.

Kuku akan lebih berkilat dan dalam masa yang sama bawang putih boleh menguatkan struktur kuku. Ia baik dalam mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

Belimbing Buluh

Kuku Cerminan Tahap Kesihatan Kita. Nak Jadikan Ianya Nampak Sihat & Bersih Buat Amalan Ni!
Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri.

Lemon
Kuku Cerminan Tahap Kesihatan Kita. Nak Jadikan Ianya Nampak Sihat & Bersih Buat Amalan Ni!
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat.  Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.

IKLAN

Kulit Tembikai

Kuku Cerminan Tahap Kesihatan Kita. Nak Jadikan Ianya Nampak Sihat & Bersih Buat Amalan Ni!

Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.

 

Minyak Zaitun

IKLAN

Gunakan minyak zaitun dengan cara merendam kuku anda pada minyak tersebut. Minyak zaitun dipercayai boleh memberikan kepadatan dan menguatkan jika kuku anda mudah patah. Rendamlah kuku anda dengan minyak zaitun yang telah dicampur dengan air suam setiap dua hari sekali selama 15 minit.

Selain amalkan petua untuk cantikkan kuku dari luaran, ada juga beberapa makanan yang perlu diambil  bagi memastikan zat yang diperlukan dapat dibekalkan.
Contoh :
  1. Oat

Oat mengandungi mikronutrien seperti tembaga dan zink yang penting untuk kuku sihat dan penyelenggaraan tulang. Ia juga mempunyai mangan, silikon, dan vitamin B-kompleks, iaitu yang menggalakkan kuku dan tulang yang sihat.

  1. Telur

Satu lagi makanan yang berasid iaitu telur mempunyai tempat dalam diet tulang sihat. Ia adalah salah satu sumber vitamin D, dan kandungan protein yang terkandung adalah penting untuk kuku yang kuat. Tidak seperti daging, protein dalam telur adalah sangat mudah dicerna dan mudah diambil oleh badan.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI