Kisah anak syurga Adam Rayqal terus mendapat respond dari pelbagai pihak termasuk selebriti.  Antaranya termasuklah Faizal Ismail. Dia yang pernah kehilangan anak akibat penyakit jantung berkongsi perasaan dan pengalaman tersebut.

Pernah melalui pengalaman menghantar anak ke nursery, awalnya tiada sebarang masalah. Selepas itu, dia menyedari ada yang ‘tak kena’ pada anaknya, membuatkan dia meminta isterinya berhenti kerja dan beri tumpuan pada anak.

Walau Tak Kaya tapi Cukup. ‘Janji Hati Tenang & Tak Bimbang Pasal Anak Sebab Isteri Jaga’- Faizal Ismail

Walau Tak Kaya tapi Cukup. ‘Janji Hati Tenang & Tak Bimbang Pasal Anak Sebab Isteri Jaga’- Faizal Ismail

Walau Tak Kaya tapi Cukup. ‘Janji Hati Tenang & Tak Bimbang Pasal Anak Sebab Isteri Jaga’- Faizal Ismail

IKLAN

Pendapatan yang tidak seberapa dengan kehidupan di Kuala Lumpur yang serba mencabar menyebabkan hati bapa anak 5 ini mengharapkan isterinya kembali bekerja untuk membantu kewangan keluarga.


Kami redah kehidupan di KL yg serba mencabar ini dan berserah kpd Allah.
Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan di sudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula utk membantu kewangan keluarga.

IKLAN

Selepas satu fasa yg agak lama isteri berada di rumah, kami dpt merasakan perubahan yg lebih positif berlaku kpd hidup. Walau gaji tak setinggi mana, dari segi kehidupan kami lebih berjimat kerana tiada kos utk isteri keluar bekerja, tiada bayaran tambahan utk nursery atau org gaji, tidak makan di luar dgn kerap. Paling penting, hati semakin tenang kerana tiada kebimbangan tentang anak yg kini di bawah jagaan ibunya sendiri.

Pintu rezeki
Secara tidak sedar, motivasi diri saya semakin meningkat dalam semua aspek termasuk pekerjaan dan tak lama selepas itu segala2nya sgt positif, pintu2 rezeki terbuka entah dari mana dan saya berjaya mencapai tahap yg saya mahukan dlm kerjaya saya sbg seorg penyampai dan pengacara. Alhamdulillah!

IKLAN

Selepas kehilangan anak kedua, Allah gantikan dengan tiga lagi cahayamata dan sehingga kini semua di bawah jagaan kami tanpa perlu isteri bekerja semula. Kami tidaklah kaya tetapi Alhamdulillah kami rasa semuanya cukup dan bahagia. Itu adalah definisi “kekayaan” sebenar buat kami.

Berazam jaga anak sendiri
Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna.. namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam utk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa.

Usaha dan berserah padaNya
Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak akan cukup.. tetapi jika kita seimbangkan dgn faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan.. InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dgn RM berjuta.
.
Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan org lain. Usaha dan berserahlah kpd Dia.. Maha Mendengar dan Memberi.

Sumber: faizalfbi76

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI