Membesarkan anak-anak ini yang pelbagai ragamnya diakui penuh dengan ujiannya yang tersendiri. Sebagai ibu ayah, kita juga sedar amanah yang dikurniakan ini harus dijaga dengan sebaik mungkin.
Menyuntik motivasi dan kesedaran pada diri, elok kiranya kita fahami apa yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew ini dalam menyantuni anak-anak dan seluruh keluarga umumnya.
Ini perkongsiannya.
Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.
Ads
Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya. Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.
Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak
Ads
Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka.
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time. Kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.
Setinggi pengorbanan dan sedalam kasih sayang daripada seorang ibu memang tidak ternilai. Begitulah yang diterjemahkan oleh wanita ini yang sanggup melakukan kerja-kerja mengutip botol, tin dan sebagainya demi memastikan pendidikan anak-anaknya sempurna.
Apa yang lebih membanggakan, usaha mencari rezeki yang halal dengan cara begitu telah memberi satu kepuasan bagi Puan Rahimah Dollah apabila ianya dibalas dengan kejayaan manis daripada 3 orang anaknya. Ini sebagaimana yang dilaporkan kisahnya di Sinar Harian dan ikuti perkongsian tersebut. Semoga kisah-kisah sebegini dapat menginsafkan dan sekali gus menyuntik semangat untuk terus berusaha memajukan diri.
Ini perkongsiannya.
Ketabahan seorang ibu tunggal menjalankan kerja mengutip sampah sehingga dipandang jijik segelintir masyarakat sekeliling membuatkannya nekad memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anaknya.
Rahimah Dollah, 54, yang bergelumang dengan sisa buangan dan barangan terpakai itu sejak 2003 bagi menyara kehidupannya bersama tiga anak masih belajar, sanggup memekakkan telinga mendengar kata-kata sinis pihak tertentu terhadap pekerjaannya itu.
Berkat kesabaran Rahimah itu, dua anaknya kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi iaitu anak sulungnya, Zainal Abidin Che Hassan, 25, di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam bidang Mekatronik, manakala anak kedua, Siti Zaitun, 18, pula mengikuti pengajian A-Level di Kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Nerang, Kedah selepas memperolehi 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Anak bongsunya, Zainal Asyraf Che Hassan, 16, memperoleh keputusan 8A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan bulan lalu.
Rahimah berkata, dia melakukan kerja tersebut bagi membantu menambah pendapatan arwah suaminya yang hanya bekerja kampung.
"Ketika itu saya terdesak untuk membeli susu anak yang sedang kelaparan, hendak tunggu suami pula petang baru pulang dan belum tentu bawa wang.
"Dari situlah saya mula kutip sampah seperti botol, tin dan sebagainya di sekitar kejiranan. Dengan hasil jualan itu, saya memperoleh hampir RM50 dan dapat membeli susu anak serta makanan lain ketika itu," katanya.
Bagaimanapun pada 2010 katanya, dia dan anak-anaknya berdepan ujian cukup berat apabila suami, Che Hassan Mohamed, 61, yang merupakan tonggak keluarga meninggal dunia akibat kanser tiroid.
"Hasil jualan botol, kotak dan barangan kitar semula inilah saya menyara keluarga, selain menghantar anak ke sekolah," katanya.
Rahimah berkata, setiap hari dia akan berjalan kira-kira 30 kilometer sekitar Rantau Panjang untuk mengutip barangan terpakai menggunakan kereta sorong dan kadang-kala menaiki basikal disebabkan kudratnya tidak sekuat sebelum ini.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata, dia tidak pernah malu dengan pekerjaan dilakukan ibunya itu. Malah katanya, dia cukup bangga dengan usaha tidak pernah jemu ibunya dalam mendapatkan rezeki halal.
"Jika ada masa terluang, saya akan bantu ibu kerana inilah rezeki buat kami sekeluarga," katanya.
Impian semua umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah. Namun semua maklum untuk ke sana memerlukan perruntukkan yang tinggi. Maklumlah biasanya untuk ke sana kita akan mendapatkan khidmat agensi pelancongan untuk menguruskan urusan pergi balik, penginapan dan jadual di sana.
Namun bagi mereka yang sudah pernah ke sana sudah tentunya ia tidak menjadi masalah jika pergi tanpa melibatkan agensi pelancongan.
Begitulah perkongsiannya inspirasi oleh wanita ini, Hajjah Rosma Ali yang berkongsi tip pergi umrah secara sendiri atau kata lain DIY tanpa melibatkan agensi pelancongan.
Lebih istimewa telah lebih 10 kali mengerjakan umrah ke tanah suci. Jom ikuti perkongsiannya.
Lebih 10 Kali Buat Umrah DIY
“Sebelum saya bawa jemaah umrah ke Tanah suci..saya dah pergi umrah lebih 10kali. Boleh kata skali je pergi dengan travel agen, lain-lain saya umrah DIY je. Tapi masa tu saya guna visa umrah la. Minta kawan saya buatkan, kebetulan saya kenal kawan-kawan yang kerja dengan syarikat travel agent, so mudah la.”
Selepas keluar berita tentang kerajaan Arab Saudi umum kebebasan masuk ke negara dia tahun lepas. Baru saya mula start bawa jemaah ke Tanah suci. Sebab dah ada visa tourist. Alhamdulillah sangat.
“Sekarang anda boleh di mana mana sahaja. Anda boleh datang ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah…”
Ini bukan statement saya. Ini Statement dari kementerian Haji dan Umrah dari kerajaan Arab Saudi sendiri.. Anda blh dtg ke Arab Saudi dengan mudah.
Masyallah kan. Berita baik untuk seluruh umat islam di seluruh dunia.
Allahuakbar. Bukan kah ini yang kita nanti nantikan untuk kita ke Tanah suci dengan mudah. Bila-bila masa bolh pergi dan boleh pergi sendiri-sendiri.
Bulan 10 ni pulak. Saya dengar-dengar penerbangan Air Asia pun dah nk mulakan operasi mereka..
So tuan puan blh beli tiket penerbangan Murah Air Asia dan blh pergi umrah dgn harga bajed.
Best kan. Boleh duduk di Mekkah tanpa batas. Kalau tuan puan nak pergi Mekkah untuk tempoh 22 hari kan iaitu 10 malam di Mekkah dan 10mlm di Madinah.
7 Tip Ke Tanah Suci Secara DIY
Ni saya nak kongsi tip.
1) Untuk Tiket flight, tuan puan blh letak bajed RM3150. Insyallah blh dpt murah lg klu naik Air Asia. Beli dkt website je..mudah
2) Visa pulak, tuan puan buat sendiri..buat visa tourist je, harga RM650 lebih kurang.
3) Hotel ni sangat-sangat flexible. Biasa saya kongsi hotel yang jarak 100M kan. Sekarang saya nk kongsi hotel yang jarak 1.5KM pulak.
Jika tuan puan pilih hotel yg jarak 1.5KM, harga satu mlm, kita blh dpt hanya la SR80 je satu mlm, hotel besar, bilik luas, dan blh dpt hotel 3 start. Tuan puan dtg 4 org, kongsi2 bilik..jadi kos seorg SR20.
Jika tuan puan duduk 10mlm di Mekkah, maka kos hotel di Mekkah SR200 atau RM240. Tuan puan tak perlu risau, biasa hotel yg jarak 1.5km ke Masjid Al haram ni, mereka ada sediakan bas shuttle. Setiap 30 minit, ada bas. So blh rancang perjalan kita nk ke Masjid dgn mudah..InsyaAllah.
Hotel di Madinah plk..tuan puan cari yg ekonomi sikit, yg jarak dlm 300M ke masjid Nabawi. Kos dlm SR 120 semalam. Kongsi2 4 org, so satu mlm kos dia SR30.
Kita duduk di Madinah 10mlm, kos dia SR300 atau RM360.
Tuan puan bayangkan, kos penginapan 22 hari 20 mlm dgn hotel bajed ni hanya la RM600. Masyallah kan..tersangat2 murah.
4) Bimbingan Mutawif plk, kita dtg 4 org kan..kita share2 Mutawif RM200 seorg, so Mutawif akan bimbing kita di sana untuk buat umrah dan bw kita ziarah2.
5) Bahagian transport plk..memandangkan kita pergi ber4 je, tuan puan blh guna speed train untuk bergerak dari Mekkah ke Madinah harga lebih kurang RM180.
Untuk tambang teksi bg ziarah2 lain..tuan puan letak bajed seorg RM200, dan guna teksi untuk pergi ziarah. Sgt2 mudah.
So kos transport untuk speed train dan tambang teksi untuk ziarah2 ialah RM380.
6) Makan minum, tuan puan blh jimat..dtg ber4 kan..kongsi2 bw beras, bw rice cooker, bw makan2 yg mudah di masak, dan sebagainya. Letak la bajed untuk makan minum selama 22 hari 10 mlm ni, RM30 sehari × 22hari = RM660.
7) Beli travel insurance under etika tripcare360 harga RM59.90 blh cover RM100k. Dan satel bab insurance.
Ready untuk beli simkad SR100, atau RM120, untuk mudah kita nk berhubung dgn kwn2 kita..so kena ada internet. So total kan la semua skali bajed tu…
Nk pergi umrah yg 22hari 20 mlm tu. Ok..jika saya tambah semua skali..kos dia RM5819.90
Kos RM5819.90 ni tuan puan…dah termasuk semua skali, termasuk makan, termasuk simkad, termasuk insurance, termasuk ziarah,termasuk tiket train, termasuk tiket flight pergi blk, termasuk hotel 22hari 20mlm, termasuk bimbingan Mutawif dan visa.
Boleh pergi Mekkah 22hari 20mlm tuan puan Blh solat 40 waktu di Masjid Nabawi
Boleh solat 40 waktu di Masjid Al haram MasyaAllah…sini yang kita nk kejar…pahala solat Street 40 waktu di Masjid Al haram dan 40 waktu Street solat fardu di Masjid Nabawi…pahala sgt2 besar …
Ada yang tak pandai. Ada yang takut…
Don’t worry tuan puan…skrg ramai dan sgt2 ramai org pergi umrah sendiri2…
InsyaAllah… Try pergi skali..pasti tuan puan akan jatuh cinta untuk pergi dan pergi dan pergi lagi ke Tanah Suci…
Ramai beranggapan, lelaki apabila sudah berkahwin sudah tak boleh melepak tengah-tengah malam seperti waktu bujang. Kononnya kena ‘ikat’ dengan isteri di rumah. Tak kurang yang melabelkan mereka ini takut bini. Walhal, bukan itu yang berlaku sebenarnya.
Bagi yang belum berkahwin terutamanya, mereka tidak faham kekangan yang dialami oleh insan bergelar suami ini yang mahu mengimbangkan masa antara sosial dan keluarga.
Justeru, apabila si suami ini memaklumkan kepada isteri setiap gerak geri, maka berbunyilah suara usik-mengusik yang mengatakan si suami ini takut bini.
Realitinya, si suami ini bukanlah takut bini, tetapi cuma menghormati insan bernama isteri yang sentiasa berada di sisinya.
Tapi, perkara itu sukar untuk dijelaskan menerusi perkataan kepada orang sekeliling lagi-lagi kepada rakan-rakan. Bak kata mat salleh “it’s complicated”.
Situasi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Matt. Dalam satu insiden, beliau berjaya memahamkan situasi itu kepada rakan-rakannya apabila disindir kerana melaporkan kepada isteri yang dia akan pulang lambat sedikit.
Lebih dari itu, Encik Matt juga berkata dia berjaya mengubah persepsi rakan-rakannya terhadap perkara ini.
Ikuti perkongsian dari Encik Matt.. Keluar masjid selepas isyak malam tadi terus rakan ajak minum di kedai. Saya kata sekejap nak bagi tahu isteri balik lewat sedikit. Kawan mula perli cakap takut bini, saya diam sehingga mula bercakap di kedai makan. Kita bukan takut isteri, tetapi kita perlu respect dan hargai isteri kita. Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal persekolahan anak, makan minum anak. itu belum hal kita lagi, berus gigi kita pun mereka tahu bila perlu tukar, ‘gillette’ kita pun mereka boleh tahu bila perlu tukar. Kadang-kadang diri sendiri pun tidak terutus, makan pun tidak sempat. Mata pun boleh lebam sebab tak cukup tidur. Kita malam boleh tidur lena, tetapi tidak isteri, berjaga malam susukan anak, tukar lampin anak, betulkan posisi anak. Lagi penat bila anak demam, sanggup berjaga malam, itu pun sempat selimutkan kita untuk pastikan kita tidur lena, taknak ganggu tidur kita agar esok tidak mengantuk ditempat kerja. Bila kita bangun nak tolong disuruhnya tidur kembali. Tidak mengapa sayang boleh jaga anak, demam biasa-biasa je ni, abang tidur ya..Allahurabbi, banyak jasa isteri tak mampu kita nak balas, sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi mengungkit. Apa salahnya kita suami bagi perhatian kepada isteri, jadi pendengar yang setia setiap keluhan mereka. tatkala kita sedang ‘mengeteh’ sehingga larut malam, isteri menanti kesunyian dirumah. Bagilah masa yang ada ini untuk hargai mereka, luangkan masa bersama mereka dari buang masa mengeteh setiap malam. Selalu hadiahkan sesuatu untuk isteri tanda menghargai mereka. Ada masa, ada wang, ajak mereka shopping, masuk SPA. Tidak mengapa bang kita susah cari rezeki, ini rezeki untuk anak-anak dan isteri juga. Isteri pun faham kemampuan kita. Dia lagi faham apa perlu dan apa yang tidak perlu.Sebab dia kenal ‘Poket’ kita. Rakan matt mula on telefon. Matt jap aku nak call isteri dah makan ke belum dia. Betullah matt apa yang ko cakap, kadang-kadang kita tidak nampak susah payah mereka. Tanya dah makan ke belum isteri dah suka, walaupon kita dah tahu dia dah makan tadi. Betullah setiap hari perlu hargai isteri.
Kafein dan rambut gugur sering menjadi topik perbincangan selepas beberapa kajian menunjukkan kafein berpotensi membantu merangsang pertumbuhan rambut serta mengurangkan kesan hormon DHT terhadap folikel rambut.