Jika ada antara orang lain berlumba-lumba menyertai #10yearchallenge sehingga sanggup memuat naik gambar yang tidak bersesuaian, berbeza pula dengan Mizz Nina.
Seperti yang diketahui ramai, dia kini sudah tidak lagi berminat untuk menyanyi kini sibuk mendalami ilmu agama memberitahu,
Isteri kesayangan penyanyi Noh Salleh ini bagaimana pun tidak ketinggalan melakukan cabaran #10yearchallenge. Akui Mizz Nina, dia bukan berkongsi gambar sebaliknya perubahan hidup yang dialami sejak 10 tahun lalu.
Menerusi Instagram, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, pada 2009, dia langsung tidak mengenali Alif Ba Ta dan hanya menghafal surah al-Fatihah dan tiga Qul.
Malahan, Mizz Nina turut mengakui bahawa dia hanya mulai belajar membaca al-Quran pada usia 33 tahun.
“Jangan pernah mengadili kehidupan orang lain. Mungkin kamu tidak tahu bagaimana saya berusaha untuk menjadi insan dan muslimah lebih baik. Galakan itu adalah kunci.
“Saya tidak pernah bayangkan akan mengalami perubahan besar secara luaran mahupun dalaman. Allah menuntun saya kembali mengamalkan ajaran Islam.
Mizz Nina yang jkini sedang mengikuti kursus diploma Ta’leem al-Quran dalam masa yang sama turut aktif melakukan dakwah serta memberikan ceramah.
Akuinya, dalam mempelajari Al-Quran, tidak timbul isu lambat atau cepat.
“Kita tidak pernah terlambat untuk belajar al-Quran. SubhanAllah. Alhamdulillah atas semua berkat. Jadi, yang tengah berusaha memperbaiki diri usah berputus asa.
“Jujurnya, banyak perkara yang berubah dan saya berdoa agar Allah terus memimpin semua orang ke jalan lurus,” ujar Mizz Nina lagi.
Menerusi perkongsian itu juga, Mizz Nina mendedahkan dia pernah berputus asa mencari pasangan hidup dan hanya fokus pada kerjaya seni.
“Pada 2009, saya berusia 29 tahun, masih solo dan fokus pada kerjaya. Saya putus asa mencari pasangan hidup dan hanya tumpukan pada latihan menyanyi. Saya tidak sangka bertemu dengan suami pada penghujung 2009. Alhamdulillah, Allah satukan kami dan berkahwin tidak lama selepas itu.
“Hidup saya perlahan-lahan mulai berubah. Malahan, perubahan itu saya mulai saya rasai ketika abang saya meninggal dunia. Walaupun tidak solat lima kali sehari tetapi saya tidak menutup hubungan saya dengan Allah,” katanya menerusi laman instagramnya semalam.
Perkongsian Mizz Nina menimbulkan rasa sebak dan terharu dikalangan netizen. Rata-rata mengakui cukup tersentuh hati dan menyatakan Mizz nina adalah sumber inspirasi mereka.
swimsuit_bellaammara SubhanAllah…im so touched here! May Allah gives bless all of us ❤️
danialcyborg The world need more people like you. I adore you so much. Please keep inspiring us. Youve change so much. Semoga terus istiqamah. Thank you for inspiring million of youngsters . Thank you so much.
justanotherinsta___ You are definitely my inspiration. Thank you mizz nina for sharing. Alhamdulillah.
bulbuliathreads How inspiring, may the Almighty continue to guide and bless all of us In Shaa Allah Ameen ?
zurianaharun subhanAllah…pray for us too….thnks for sharing this story.. so inspiring❤️
herdianamhedir ❤️❤️ may Allah continue to guide and and blessed us with guidance too.. #inspired?
razziahkhan The most perfect #10yearchallenge challenge!!! ♥️♥️♥️
zaireennisa We would have cross path when you came to grenoble almost 10 years back .. May Allah bless you and give you strength and remain steadfast in your journey towards Allah ..
Sumber: IG officialmizznina