Bakso Homemade, Resepi Ibu Dari Indonesia. Wanita Ini Kongsi Cara Membuatnya, Memang Terangkat Rasanya!

Share

Sudah tentu ada yang mengemari hidangan bakso. Rasa dan aromanya memang menyelerakan. Nak buat sendiri tentu ada yang tidak tahu, malah ada yang akan membelinya di kedai sahaja.

Namun kepada penggemar menu ini, ikuti resipi bakso homemade daripada ibu Puan Fara Amirullah dari Indonesia. Memang licin bila dihidangkan bersama keluarga. Boleh cuba resipi ni.

IKUTI PERKONGSIAN INI

Bahan Sup Bakso


– bawang besar / 2 biji
– garlic in olive oil / 2 sudu makan
– halia / 2 inci
– lada hitam / 1 sudu makan

Blend halus kesemua bahan ni

Panaskan minyak and tumis bahan blend tadi, masukkan 2,3 helai bay leaf

Dah naik bau masukkan air. Ikut la nak banyak mana, i masukkan 3 jug blender. Garam sikit, sup bakso ni tak payah masak sedap2 sbb nanti kite nak balance kan rasa dia dgn kicap, sos and sambal bakso.

Resepi Bebola Daging Bakso
– daging kisar / 250gm
– tepung ubi / 3 sudu makan
– garlic in olive oil / 1 sudu makan
– lada putih / 1/2 sudu makan
– putih telur / 1 biji
– garam secukup rasa

Blend kesemua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk and uli

Nak senang pakai senduk spaghetti ni 😂 i tekan yg lubang tengah tu kat daging yg i blend tadi, then sudu kan je daging ke dalam sup. Senang mudah ringkas.

Daging yg dah blend tadi dah uli terus masukkan ke dalam sup yg kite dah buat, masak sampai daging empuk. Rupa daging tu buruk nau 😂 tu menandakan daging betul2 lembut tak banyak tepung. Bebola bakso ni jgn banyakkan tepung, tak sedap!

Kalau malas nak uli2 bagai beli je bebola bakso yg dah siap tu, tuang terus dalam sup. Kalau malas lagi, beli jela bakso kat kg pandan tu bersepah2 bakso sedap2 😋 kalau malas jgk kau jadi kucing jela semua benda nak malas.

Bahan Sambal Bakso
– cili api / 20 batang
– cili padi / 10 batang
– cili kering / 5 batang
– bawang putih / 2 ulas
– apple cider / 1/2 sudu makan
– garam secukup rasa

Blend halus

Mcm ni,  jaga2 cili ni pedas gila! Kalau tak tahan pedas kurangkan kuantiti cili. Esok kalau buasir i tak nak tanggung.

Sambal bakso, Daun sup & daun bawang dan Bawang goreng.

Celur bihun dgn air panas sekejap and toskan. Kalau nak pakai mee pon boleh.

Sos cili. Kicap (patut nye pakai kicap pekat tp i tak ada.

Satukan la mereka didalam mangkuk , adjust rasa sos cili, kicap and sambal tu. 3 bahan ni yg penting dalam bakso kite.

Sedapnya!

Selamat menjamu selera!

Kredit:Fara Amirullah‎ vi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

IKLAN