Bila balik kampung, mungkin ada yang sering mengalaminya di mana muka merah-merah dek kerana tak tahan dengan gigitan nyamuk. Rasa gatal-gatal tu satu hal, lagi dibimbangkan jika disebabkan seekor nyamuk ada pula yang terkena demam denggi. Itu lagi merisaukan!
Oleh itu, selain kita sering menggunakan bahan penyembur nyamuk untuk hapuskan nyamuk tersebut, ada eloknya gunakan cara atau petua ini yang lebih mesra alam dan tidak membahayakan kesihatan. Nak tahu apa dia, jom semak.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
Ads
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Ads
Selain cara ini, ada satu lagi petua yang berkesan dan mudah untuk disediakan yang dikongsikan oleh Fauziah Samad, iaitu dengan menggunakan limau yang dipotong dua. Kemudian dicucuk dengan cengkih seberapa banyak di atasnya.
Cara ini lebih jimat dan udara di dalam rumah lebih bersih dan selamat dari menggunakan bahan kimia penyembur nyamuk.
Untuk nampak cantik, gunalah kreativiti anda dan bubuh limau tu dalam bekas-bekas comel dan letak di kawasan dalam rumah yang sering jadi tempat persinggahan lalat dan nyamuk.
Manakala jika ingin cara yang berbeza, boleh juga ditumbukkan beberapa helai daun limau, kemudian letakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap. Dikatakan juga dapat menghalau nyamuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu kita pernah dengan kata-kata ini, ‘Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Namun, diharap kita bukan dari golongan itu. Kita perlu menghargai dan membalas jasa ibu bapa kerana mendidik dan membesarkan kita dari kecil hingga ke dewasa.
Jangan sikap kita itu mengakibatkan doa ibu terhenti buat kita. Sebagaimana perkongsian ini. Moga jadi iktibar bersama.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
IBU KORBAN SEGALA
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik.
Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ini kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Rasanya tidak cukup sekadar kita mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan yang dilakukan oleh mereka petugas kesihatan barisan hadapan dalam usaha mereka berjuang menyelematkan nyawa pesakit Covid-19. Bukan sehari dua usaha mereka malah sudah setahun lamanya mereka berpenat lelah.
Menyelami apa yang dirasai oleh frontliner pada masa ini, jom kita baca luahan rasa daripada seorang doktor ini. Semoga sedikit sebanyak dapat menyentuh hati dan memberi kesedaran betapa kita perlu saling bantu membantu menangani wabak ini dan sekali gus mampu memutuskan rantaian Covid 19.
Ini nukilannya;
Tahu tak apa yang membuatkan kami lelah? Bukan kerana perlu pakai PPE dan mandi 5-6 kali sehari. Bukan juga kerana menjaga beratus pesakit kritikal kategori 4 & 5 setiap hari.
Bukan. Tetapi kerana perlu buat keputusan, pesakit mana satu kami pilih untuk berikan ventilator terakhir kami setiap hari.
Adakala setelah kami susah payah saring dan pilih seorang dari 20 pesakit untuk ventilator terakhir kami, tiba-tiba datang pula seorang pesakit yang lebih muda, lebih kritikal dan lebih layak untuk ventilator tadi.
Namun apakan daya. Tiada ventilator untuk dia buat hari itu. Terlewat beberapa minit. Dah jadi rezeki orang lain.
Tahukan apa akan jadi pada mereka yang tak dapat bantuan ICU atau ventilator pada saat kritikal itu? Umpama dijatuhkan hukuman mati penuh siksa.
Setiap mereka yang tak dapat ventilator asyik bertanya bila giliran mereka nak dibawa masuk ke ICU; dah tak mampu bernafas, penat sangat.
Mereka yang kekurangan oksigen dah tak tentu arah cuba bernafas dalam pelbagai posisi. Baring tak kena, duduk pun tak kena. Ada yang merangkak atas katil, ada yang menyangkung bawah paip oksigen.
Masing-masing cuba memaksa sebanyak mungkin oksigen dari topeng masuk ke paru-paru yang dah membengkak dan keras. Cuba dan cuba sehinggalah jantung tak mampu menanggung.
Bayangkan mereka itu adik beradik kita, ibu bapa kita, tuan puan. Kami bila habis on call dan pulang ke rumah akan asyik teringat dan rasa bersalah. Betulkah pilihan yang aku buat semalam? Patutkah aku beri ventilator pada pakcik tu? Atau pada adik tadi? Lambat sangat kah aku bawa pesakit tadi masuk ICU? Patutkah aku switch-off lebih cepat ventilator makcik yang tiada harapan hidup, untuk memberikan katil ICU itu buat pakcik yang dah lama menunggu?
Kami cuba lupakan. Jika tidak nanti akan terbawa-bawa dan menganggu kerja. Lusa nak on call semula. Itulah yang membuatkan kami kecewa dan lelah. Bukan kerana penat selamatkan nyawa. Tapi kerana kami tak mampu nak selamatkan semua.
Sekiranya anda dan pasangan sebelum ini hanya melakukan sekadar bersahaja, sudah tiba masanya cubalah lakukan sesuatu agar menjadi lebih baik. Ini bukan apa, setiap manfaat dan kebaikkan yang dilakukan akhirnya akan kembali kepada anda jua.
Hal ini dikongsikan oleh Encik Azlan melalui pengalamannya sendiri setelah konsisten mengamalkan ucapan terima kasih kepada pasangannya. Siapa sangka ucapan yang seringkas itu, akhirnya memberi impak luar biasa.
Nak tahu kisah lanjut, jom semak perkongsiannya itu.
Macam mana kita layan pasangan, macam tu lah mereka layan kita.
Pernah terfikir tak, kenapa pasangan kita tetap macam tu juga, walaupun dah cuba habis cara untuk ubah dia?
Ini pengalaman yang saya alami sendiri.
Ada sekali tu, saya terfikir untuk buat benda baru. Bukan tak pernah buat sebelum ni, cuma tak konsisten. Tak jadi habit.
Saya tanam azam dalam diri, setiap hari saya akan UCAP TERIMA KASIH kepada surihati. Kali ni memang target saya untuk jadikan berterima kasih ni satu habit.
Apa saya buat, setiap hari bila sampai di tempat kerja, saya hantar whatsapp kepada surihati. Saya selitkan sekali kalimah penghargaan tu,
“Papa dah sampai ni. Terima kasih sebab bagi bekal untuk papa.”
Saya ulang setiap hari tanpa gagal.
Alhamdulillah sekarang dah melekat. Asal sampai di ofis je, terus capai fon untuk info dan say thank you kepada surihati.
Dalam proses ni, ada dua benda yang saya belajar.
Pertama, saya jadi seorang yang sentiasa cari kebaikan yang pasangan saya buat. Sekecil kecil kebaikan dia, saya akan puji dan hargai. Saya alert bila nampak kebaikan yang dia buat. Terus masuk dalam kepala, benda ni yang aku akan terima kasih lepas ni.
Kedua, ini benda utama yang saya nak kongsikan dengan kalian bab nak ubah pasangan tadi.
Satu hari tu, saya perasan ada perubahan pada reply whatsapp yang saya terima.
“Tq kat papa juga sebab banyak tolong mama”
Kali ni surihati juga ucapkan terima kasih kepada saya. Bila baca tu, saya rasa wow. Satu perasaan gembira masuk dalam hati saya.
Rupanya inilah maksud “Change yourself, your world will change”
Benar sekali, keadaan sekeliling anda akan berubah dengan sendiri bila anda ubah diri anda dahulu. Bila saya mulakan berterima kasih kepada surihati, dia perasan apa yang saya buat, dia juga buat benda yang sama.
Suami-suami percayalah bila anda ucap terima kasih kepada pasangan,
1. Hati pasangan akan gembira
Siapa pun akan gembira bila diucapkan terima kasih. Terutama isteri. Lebih lagi kalau yang ucap tu suami. Berbunga-bunga je hati.
2. Tanda kita ni cakna atau alert dengan apa yang pasangan buat kepada kita
Isteri akan rasa kalian ambil berat tentang diri dia. Ambil tahu apa yang dia dah susah payah buat untuk suami dan anak-anak. Percayalah, isteri bangga dengan suami yang caring macam ni.
3. Kepuasan kepada pasangan walau penat
Tak kiralah isteri kita surirumah atau bekerja. Seharian bekerja, urus rumah, urus anak, urus suami. Kadang tu sampai urus diri sendiri pun tak sempat. Penat dia Tuhan je yang tahu. Bila dengar ucapan terima kasih, hilang semua oenat tu tadi.
4. Rasa dihargai
Paling senang nak hargai usaha isteri adalah dengan terima kasih. Mungkin kita nampak kecil usahanya. Tapi untuk jayakan, kita tak tahu banyak mana yang telah dikorbankan. Isteri akan rasa pengorbanan dia tak sia-sia.
5. Sebagai kata-kata semangat
Balik dari kerja, penat tak hilang lagi terus singsing lengan baju uruskan rumahtangga. Tengah lembik tu, ada orang ucap terima kasih, terus rasa full charge balik.
6. Kasih sayang wujud
Suami bila selalu hargai, ambil berat, gembirakan dan support satu sama lain, kasih sayang akan terbit dalam hati isteri.
Kini saya percaya, bila kita nakkan perubahan, kena mulakan dengan diri sendiri dulu. Tak boleh terus nak ubah orang lain.
Sebab bila ubah diri, kita akan improve diri. Orang sekeliling akan rasa perubahan itu dan secara ‘unconscious’ nya, timbul dorongan untuk berubah juga.
Sama juga dalam rumah tangga, diri kita adalah cermin kepada pasangan. Isteri akan tiru apa yang suami buat. Buat baik, baiklah pasangan. Buat jahat, jahatlah pasangan. Na’uzubillah.
Mulai hari ni, jangan tanya kenapa isteri tak boleh jadi pasangan terbaik. Sebaliknya tanya diri sendiri apa perubahan anda boleh buat untuk jadi suami terbaik kepada pasangan anda.
Faizal Ismail mencuri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak ketika menjadi wali dalam majlis pernikahan anak sulungnya, Nur Khairina Iman, yang berlangsung di Cyberjaya.