Semua antara kita menginginkan sebuah keluarga bahagia. Begitu juga kita turut mengharapkan agar suatu hari nanti, anak-anak kita juga dapat membina sebuah keluarga bahagia seterusnya seluruh generasi keturunan Kita hidup dalam suasana yang  membahagiakan.

Untuk realisasikan harapan ini, ada baiknya kita hayati perkongsian daripada Dr. Hana Hadzrami untuk kebaikan dalam membina legasi kekeluargaan.

LEGASI

Saya berbual dengan besan ibu saya baru-baru ini di majlis sambutan ulangtahun kelahiran adik saya.

Menarik sekali katanya; “Makcik memang suka anak-anak makcik bermanja dengan pasangan masing-masing. Memang makcik akan suruh anak-anak makcik layan pasangan dengan baik.”

Besan ibu saya ini memang sama prinsipnya dengan ibu saya sendiri. Mereka bukan ibu mertua kuno seperti yang dimomokkan dalam drama atau sinetron. Tetapi ibu mertua yang ada visi jauh ke hadapan.

IKLAN

Kenapa saya katakan begitu?

Tahukah anda, ibu yang menitikberatkan kebahagiaan anak menantu bukan sekadar mempamerkan hiasan untuk halwa masyarakat sekeliling. Tetapi sebenarnya mereka sedang melindungi keturunan mereka sendiri.

Bila Anak Menantu Bahagia, Cucu-cucu Pun Membesar Dengan Bahagia! Deep Perkongsian Ni.

Mereka tahu jika anak menantu mereka bahagia, cucu-cucu mereka juga akan membesar dengan bahagia, berpandukan ‘role model’ yang baik.

IKLAN

Mereka tahu yang mereka sedang menubuhkan jaringan perlindungan untuk anak-anak yang lain juga. Anak menantu yang berkasih sayang akan melindungi adik beradik sendiri dan biras mereka juga.

Suami yang iparnya amat melindungi adiknya (iaitu isterinya) takkan berani nak cari pasal nak kahwin cerai atau berpoligami sesuka hati. Apalagi nak menganiaya atau mendera isteri sendiri.

Suami yang menyaksikan biras yang menzalimi isterinya (iparnya) pasti terdorong untuk melakukan hal yang sama terhadap isterinya sendiri. Dia tahu tiada siapa yang berani membuka mulut disebabkan jaringan perlindungan kekeluargaaan yang rapuh pada keluarga mertuanya.

“Abang kau sendiri pun kahwin cerai, jadi kau jangan nak bising kalau aku buat benda yang sama!”

IKLAN

“Kakak kau pun kena poligami, apa salahnya aku madukan kau jugak!”

Anak-anak yang bahagia dan teguh jatidirinya datang dari rumahtangga yang bahagia. Hanya mereka yang diberi kasih sayang, tahu memberi kasih sayang.

Jadilah kita nanti ibubapa dan mertua yang bijak. Ibubapa yang berpandangan jauh. Ibubapa yang membina kota kebal bagi melindungi seluruh keturunannya.

Hana Hadzrami
Usaha melindungi keturunan bermula dari sekarang

Sumber : Hana Hadzrami

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI