Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pengumuman memberitahu perjalanan rentas negeri termasuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Walau bagaimana pun dibenarkan untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
”Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
Ads
Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan,” kata beliau.
PERUTUSAN KHAS | Perjalanan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah setelah terkandas di kampung. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Mengimbau kisah hidup gadis berusia 22 tahun, Rohana dahulunya ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia. Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan. Namun dek kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.
Hari ini meskipun Rohana gembira bergelar mahasiswa universiti awam, namun Rohana Abdullah berat hati untuk berpisah dengan ibu angkat yang kian meniti usia emas.
Memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, Rohana, 22, yang dijaga seorang bekas guru berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, 84, berkata, di sudut hatinya tetap ada kerisauan kerana selama ini mereka banyak menghabiskan masa bersama selain ibu angkat semakin tua.
Menurutnya, ibu angkat yang mesra dipanggil Laoshi sempat menitipkan beberapa nasihat kepadanya sebelum mendaftarkan diri sebagai pelajar Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
“Jaga Solat…”-Laoshi
Katanya, Laoshi juga berpesan agar dia sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.
“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mendaftarkan diri di Kompleks Dewan Kuliah UTeM di Durian Tunggal di sini, pada Isnin.
Tambahnya, ini pertama kali dia berpisah dengan ibu angkatnya itu dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.
“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.
“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi dah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.
Rohana yang ayu berbaju kurung berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya.
Media sebelum ini pernah melaporkan kisah gadis yang tular di media sosial kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi.
Kisah hidupnya itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka lukisan pada arca Putrajaya yang diletakkan di Dataran Putra selebar 1.5 meter dan tinggi 2.4 meter itu dilukis seorang remaja autisme berusia 17 tahun, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri.
Lebih membanggakan, pemilihan lukisan itu dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lukisan berkenaan dipilih untuk diletakkan pada arca sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.
Jika dilihat secara dekat, lukisan yang memaparkan konsep struktur bangunan dan jambatan yang terkenal di Malaysia itu sebenarnya turut dihiasi dengan doodle wanita dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban serta Jalur Gemilang.
Ibu remaja berkenaan, Noorhashimah Mohamed Noordin, 58, berkata Perbadanan Putrajaya (PPj) ada berjumpa dengan dirinya dan berminat untuk meletakkan lukisan anaknya pada arca.
Katanya, sudah tentu berita berkenaan memberi kegembiraan kepada dirinya sebagai ibu, malah turut berbangga dengan bakat dimiliki Wan Jamila.
“Memang setiap kali tiba bulan kemerdekaan, saya akan meminta dia untuk melukis apa sahaja yang bertemakan kemerdekaan. Daripada pemilihan warna hinggalah corak, semuanya dibuat olehnya tanpa bantuan sesiapa.
“Untuk lukisan pada arca berkenaan, dia berjaya siapkan dalam tempoh sebulan setengah. Dia banyak habiskan masa dalam galeri miliknya dari pagi hingga malam untuk melukis,” katanya pada pertemuan dengan Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Bercerita lanjut mengenai anak keempatnya itu, Noorhashimah berkata, kemahiran melukis Wan Jamila dikesan sejak berusia empat tahun.
“Ketika kecil, dia suka meluahkan perasaannya melalui lukisan. Dia boleh melukis secara terperinci sesuatu kejadian itu walaupun hanya melihat sekali imbas,” katanya.
Anak keempat daripada lima beradik itu mengambil masa sebulan setengah untuk menyiapkan lukisan sebesar 152cm x 274.5cm sebelum dicetak semula untuk arca Putrajaya.
“Dia selalunya melukis dari pagi sampai malam, kadang-kadang lapan hingga 10 jam. Tetapi bergantung juga kalau dia ada acara (di luar) dia terpaksa berhenti (melukis),” katanya.
Wan Jamila mendapat pendidikan awal di sekolah rendah biasa sebelum diteruskan dengan pendidikan di rumah (homeschooling) dan terapi.
“Oleh kerana sejarah adalah subjek wajib, saya tidak rasa dia boleh membuat penilaian kritikal (critical view). Kalau matematik dan sains dia boleh buat, tetapi yang melibatkan susunan ayat dia tak boleh,” katanya.
Noorhashimah yang merupakan seorang bekas arkitek berkata beliau kini menguruskan galeri seni ‘artjamila’ yang terletak Seksyen 7, Shah Alam yang telah dibuka sejak anak istimewa itu berusia 14 tahun.
Menurut Noorhashimah, Wan Jamila pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Autism Star Artist pada National Autism Champion 2019 dan tempat ketiga di National Abilympics Painting Competition 2018.
“Dia juga dipilih sebagai impact art artist oleh sebuah organisasi berpengkalan di Switzerland kerana bagi mereka karya dia karya dia memberi impak.
“Salah satu kepakaran di melukis ikan, jadi organisasi itu berminat dengan lukisan tersebut dan minta dia melukis mengenai pencemaran laut dan mereka membeli lapan keping lukisan dengan tema itu,” jelasnya lagi.
Sejak kebelakangan ini, isu pengambilan vaksin untuk kanak-kanak kembali tular. Malah, satu pendebatan mengenai isu vaksin tersebut berlangsung di salutran TV Al Hijrah. Perdebatan tersebut mendapat perhatian daripada netizen.
Ramai yang bersetuju dengan hujah yang disampaikan Datuk Dr Musa selaku Pakar Perunding Pediatrik.
Pelbagai pandangan dan pendapat diberikan orang ramai tentang hal ini. Antara nya termasuklah Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Menerusi laman instagramnya, Dr Halina berkongsi mengenai topik yang kini hangat diperkatakan.
Menurutnya, sebagai ibu bapa kita hendaklah memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Salah satu cara adalah dengan memberikan vaksin untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit.
Namun, dengan adanya golongan yang menolak vaksin, anak-anak turut terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya.
“Kenapa saya tulis panjang lebar pasal vaksin ni.. sebab anak-anak saya pergi sekolah sama dengan anak-anak awak semua. Sebab anak-anak kita semua berkawan, mungkin bukan sekarang… tapi suatu hari nanti inshaAllah.
“Jadi, fikir-fikirkan lah.. kita hidup bermasyarakat. Islam ajar kita supaya hormat dan sayang jiran tetangga… jangan pentingkan diri sendiri…
Kalau awak rasa bumi ni flat… sukati lah.. tapi kalau awak antivaccine sampai memudaratkan orang lain.. saya kesah!,” tulis Dr Halina lagi.
Pandangan daripada isteri Angkasawan Negara ini juga dipersetujui oleh para netizen. tambahan pula kini terdapat pelbagai penyakit yang melibatkan kematian kanak-kanak disebabkan sikap degil dan pentingkan diri ibu bapa.
nikhazwani Agree @drhalina! Kita kesah sb kita ada anak2 vaccinated..Sy sgt x setuju bila dia bangkitkan isu side effects lps vaccination sampai ada yg mati la apa la..apo?? Paling koman lps vaksin anak demam 2 hari je lah..tu pn sb terkejut kena jarum agaknya
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.