Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik anak-anak sudah membesar. Yang baru memasuki pra sekolah sudah pun tamat dan bakal menjejaki sesi persekolahan biasa. Sebagai ibu bapa pasti rasa terharu dan gembira melihat perkembangan si anak.
Tak kira orang biasa mahupun selebriti, pasti akan terselit rasa teruja dan bahagia melihat perkembangan anak masing-masing. Demikian juga yang dialami sendiri oleh pelakon terkenal, Fasha Sandha apabila dua anaknya Rayfal dan Jemyma telah menamatkan pendidikan pra-persekolahan semalam dengan jayanya.
Berkongsi perasaan gembira tersebut, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu dilihat memuat naik beberapa gambar di sekitar majlis graduasi anak-anaknya yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Ready for big School, Maknanya anak2 ibu dah besaq ?
Ads
Syukur Alhamdulillah , successfully completed Pre school Education (rayfal 6 year, Jemyma 4 years 8months old) Thank You dear teachers and friends, Till we meet again ❤️
Ads
Demikian perkongsian Fasha Sandha dalam instagramnya semalam.
Seperti mana majlis atau proggram yang membabitkan anak-anak, pasti kelibat Jejai tidak ketinggalan turut serta. Begitu juga dalam majlis graduasi ini, Jejai turut bergambar bersama Fasha dan anak-anak.
Ads
Rata-rata netizen memuji sikap kedua-duanya yang sangat profesional dan bertolak ansur terutama hal yang membabitkan anak-anak.
Cool & classy
elly_erly76 Suka tgk sis walaupun dah xde ikatan still Baik dg x husband tu.. Kalau kita ni Langsung x berhubung dah block no hp bagai apalg bg nafkah anak pun tidak Tp Alhamdulillah suami yg skrg Sangat Baik, Semua anak2 duduk dg kami
jateeldean So adore you kak fasha ! Walaupun dah takde apa apa but still you didnt left their father behind on every special occasion. You look so cool and classy ?
Contoh yang baik
mashithaha Baguihnya ada ayah2 yang bertanggong jawab tengok anak membesar bersama depan mata
Kulit muka yang dah mula gelap gara-gara beraya sakan sepanjang minggu ini ada baiknya dipulihkan segera. Maklumlah barulah lebih yakin nak kembali bekerja minggu hadapan.
Tak perlu gunakan toner, menyental sepanjang malam atau membersih berkali-kali untuk cantik dan cerah. Cuba usahakan cara tradisional guna dua bahan ni je. Superb hasilnya.
Inilah yang disarankan oleh Huda Seman. Katanya keesokkan harinya, bangun pagi muka semakin cantik dan gebu. Ayuh cuba!
Mek dah try memang best weh hasil kejadian, bila amalkan puas hati. Yang bestkan musim raya ni nak glowing mowing meh cuba ni je. Takat nak flawles, harga jimat diykan je. Hehe betul, bukan untuk flawless je, jerawat, parut jerawat atau muka blackout kalau amalkan sure cantik.
Rasanya dah ramai yang tau kan. Jom kita pakat buat dan cantik. Rayakan sebulan korang.
Bahan yang diperlukan:
1/2 biji timun
Gel Alovera (beli kat guardian)
Botol kosong
Penyagat buah
Penapis teh
Cara caranya okey mudah je.
1. Korang just sagat timun tu je.
2. Lepas tu korang kena asingkan sebab nak air timun je. Perah bagi dapatkan air timun.
3. Lepas tu letak dalam mangkuk asing dan campurkan dengan alovera.
4. Kacau air timun dengan alovera tu sebati dulu tau.
5. Baru masukkan dalam bekas spray atau bekas untuk korang senang guna.
6. Dan simpan kat dalam peti ais ye.
7. Tahan lama minimum dalam 2 minggu atau sebulan.
8. Cara pakai waktu korang nak tidur atau masa free, spray kan aje takda masalah. Hehe best. Esok bangun tidur sure pegang muka, gebu gebas rasa.
Cukup mudah untuk mengatur pertemuan bersama personaliti Arena Wan Mun-Yi Iman Wan yang juga merangkap Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019 baru-baru ini. Tahniah Arena!
Cantik, yakin dan penuh motivasi antara keistimewaaan yang dimiliki oleh anak sulung daripada tiga beradik ini. Mesra disapa sebagai Arena, gadis berusia 19 tahun seorang yang merendah diri serta tidak lokek dengan senyuman. Tapi siapa sangka, gadis manis ini bertubuh kecil ini seorang yang tabah dan kuat semangat bagi memberikan yang terbaik buat adik beradik dan ibu bapa.
Arena merupakan kakak kepada Adam Wan ‘Adam Autism Family’ , menyifatkan keluarganya adalah inspirasinya untuk mengorak langkah lebih yakin dalam hala tuju kehidupannya.
Kisah keluarganya yang pernah viral sebelum ini berkisar adiknya Adam, seorang Autisme telah mendapat perhatian ramai, Arena menyifatkan itu sebagai perkongsian yang bermanfaat supaya mendapat kesedaran daripada masyarakat apa itu Autisme ini. Malah ketika ditembual oleh Keluarga, kelihatan tangan Arena ada kesan luka selepas Adam mengamuk di rumah.
“Bagi saya, ada segelintir masyarakat segelintir yang tidak tahu apa sebenarnya autisme. Ada yang kata down syndrom atau penyakit dan boleh sembuh. Hakikatnya autsime adalah kekurangan dalam diri yang dialami oleh seseorang individu.
“Kita tak boleh mengira sejauh mana kekurangan itu tetapi boleh membaikinya. Ia bukan penyakit. Autisme ini ada karektor. Ada yang boleh jaga diri sendiri , bercakap, melakukan rutin, boleh faham dan menjaga diri.
“Manakala bagi yang jenis memerlukan perhatian lebih, mudah mengamuk. Paling menyedihkan ada segelintir mengatakan mereka ini tidak waras. Saya berharap masyarakat jangan mudah menghukum tanpa mengetahui punca sebenar ia berlaku.
“Saya dan ibu bapa sendiri mengalami situasi yang sama apabila masyarakat tidak faham apa yang kami lalui. Saya masih ingat, ketika adik saya, Adam mengamuk sehingga ayah terpaksa meredakan keadaan Adam dengan cubaan untuk baringkannya ke lantai. Ia bertujuan untuk mengelak Adam secara tidak sengeja mencederakan orang awam yang berdekatan.
Tanpa diduga, ada individu telah menghubungi pihak polis setelah menganggap ia unsur penderaan.
“Saya mohon masyarakat, jika melihat situasi ini, tolonglah bertanya dan jangan mudah menghukum. Tak tahu tolong tanya dan jangan buat andaian yang salah mengenai austime ini,” jelasnya dengan mata yang berkaca.
Hampir putus asas
Menyentuh pula mengenai kejayaannya yang meraih gelaran Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019, anak kepada komposer terkenal, Iman Wan ini, tidak menyangka mendapat gelaran khas melalui pertandingan anjuran Majalah Remaja itu setelah beliau hampir putus dan keadan emosi yang tidak stabil ketika menghadiri uji bakat buat pertama kali.
Sebelum tersenarai sebagai 12 finalis Dewi Remaja 2018 / 2019, Arena telah terlebih dahulu dipilih sebagai peserta Top 20.
“Ibu bapa saya memang memberi galakkan untuk saya menyertai pertandingan ini. Cuma pada hari uji bakat yang melibatkan ratusan calon, saya hampir putus asas.
“Ketika itu Adam mengamuk. Ayah pula kerja luar kawasan. Melihat situasi itu membuatkan saya putus asas untuk menghadiri casting itu. Lebih-lebih lagi ketika itu Adam sudah mula semakin agresif.
“Ibu tetap mahu saya menghadiri uji bakat itu. Dalam kereta Adam mula menendang kerusi, Saya mula risau Adam akan mencederakan ibu dan adik yang baru berusia 7 tahun. Ibu hanya sempat menghantar saya separuh jalan. Selebihnya saya pergi sendiri menaiki kenderaan awam.
“Saya tak sangka terpilih. Walaupun ketika itu emosi saya tidak stabil. Malah saya amat bersyukur, walaupun ini adalah casting pertama buat saya, saya terpilih,” ujarnya mahir bermain gamelan, piano, ukulele dan gitar.
Anak sulung yang tabah
Arena juga tidak menafikan kehidupannya banyak tertumpu kepada keluarganya setelah Adam disahkan autisme seawal tiga tahun.
“Dulu saya mempunyai perasaan malu apabila mempunyai adik sebegini. Biasalah perasaan seorang remaja. Namun, saya belajar untuk lebih bersabar dan redha. Belajar untuk terima seadanya.
“Oleh kerana anak sulung, saya banyak memberi tumpuan kepada keluarga sehingga saya tidak pandai bersosial dan tidak ramai kawan. Malah ada yang kata, saya tak pandai bersosial.
“Saya tidak berkecil hati jika dikatakan begitu. Bagi saya jika mempunyai ahli keluarga yang ‘istimewa’ sebegini, saya perlu berkorban. Saya lihat bagaimana ibu dan ayah saya berhenti kerja untuk memberi fokus kepada Adam. Begitu juga saya,” katanya dengan nada sebak.
Harapan
“Selalu saya berbual dengan ibu bapa dengan membayangkan jika Adam seorang anak yang normal tentu kami akan pergi melancong, Adam punya ramai peminat dan pastinya akan buli saya.
Setiap kali selepas solat, saya doakan Adam kurang agresif masa hadapan.
“Apa yang saya bimbangkan adalah mengelak daripada mencederakan ibu ayah. Masa sentiasa bergerak, usia ibu ayah saya semakin meningkat. Mereka akan berusia dan mudah letih dan adik bongsu pula semakin membesar.
“Dan ini semua adalah tanggungjawab saya untuk menjaga mereka. Saya berharap dapat melangkah lebih jauh dalam industri ini supaya dapat membantu menambah pendapatan keluarga terutaman kos pengurusan terapi Adam agak mahal.
“Saya ikut the flow, Ingat tuhan dan mengharapkan yang terbaik buat keluarga,” jelasnya yang mengharapkan sinar kejayaan akan mengiringinya kelak.
Sumber: Majalah Keluarga Mac 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.